Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Kenape?

Kenape ko still sayang dia, walau dia dah tinggal ko ??
Kenape ko still sayang dia, walau dia dah buang ko ??
Kenape ko still sayang dia, walau dia dah hancurkan ht ko ??
Kenape ko still sayang dia, walau dia dah pijak cinta ko ??
Kenape ko still sayang dia, walau dia runtuhkan mahligai ko ??
Kenape ko still sayang dia, walau dia pergi tanpa belas ??
Kenape ko still sayang dia, walau ko menangis dia pandang ko penuh benci ??
Kenape ko still sayang dia, walau dia tak pernah pikir susah ko ??
Kenape?Kenape?Kenape ko still sayang dia ??? !!~


SEBAB ......
bila dia tinggal aku ... aku sedar kelemahan diri aku
punca dia pergi ...

bila dia buang aku .. aku makin dekat dengan Tuhan ,
dan aku tahu ujian ini utk aku baiki diri .. bukan merosakkan diri aku dgn kebencian

bila dia hancurkan hati aku .. aku teringat betapa byk hati dia aku hancurkan ,
tanpa aku sedari ..

Bila dia pijak cinta aku .. aku tahu cinta tuh dh lamer x berkembang tak d baja ..
atas kelalaian dan kealpaan aku ..
bila d pijak baru aku tercungap untuk bernafas ,
dan cuba bangun dan kembang semula

Bila dia runtuhkan mahligai aku .. saat tuh , ia hanya mahligai kaca .. yg pudar sinarnya
hanya tiang cinta yg mmbuat ia terus berdiri ..

Bila dia pergi tanpa belas ...
Aku kenal dia , aku tahu dia berperang dengan diri ...
mencari kekuatan untuk berlalu pergi

Bila dia pandang aku penuh benci ... itu kerana dia sayang aku , walau dia cuba nafikan perasaan sendiri

Bila dia tak pernah pikir susah aku .. sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan aku ..

dan kerana itu ,
aku still sayang dia ..
dan mengharapkan peluang dari Tuhan untuk perbaiki segalanya .. !!~
dan aku berjanji ,
walau sesaat aku takkan sia kan ...

endless love


in order to be a better person.
in order to live ur life happily.




p/s : Copy dari FB. Touch dol :')

Saturday, April 16, 2011

4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat … ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?
Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? 
Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas…kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat.)


4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu….nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. karena ibu juga insan biasa… sekali lepas dari melakukan dosa…selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya)


Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.



Firman Allah S.W.T;

“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu”

Thursday, March 17, 2011

Nak tegor ke tak ?

Bissmillah ...
Ada kisah yang aku nak cerita .


Kisah 1 .

N jalan-jalan on the way nak pergi kelas, sekali lalu lah seorang hamba Allah yang N rasa macam kenal tapi nak tegor takot hamba Allah tu pulak tak kenal. Takot malu pulak salah tegor orang. Tapi si hamba Allah macam pandang-pandang N. hmm . Esoknya si N jumpa la seorang member yang bekermungkinan kenal si hamba Allah ni, N pon cerita lah yang die jumpa hamba Allah ni. Rupanya si hamba Allah ni pon cam si N tapi same jugak la macam si N takot tak kenal nanti malu sendiri.

Kisah 2 .

N jalan-jalan dekat pasar malam, tengah sebok-sebok tu tiba-tiba die ternampak la kelibat seorang hamba Allah yang die kenal. Tapi die macam teragak-agak nak tegor, takot orang tu tak layan. Yang selebihnya hati die kata, buat ape tegor kalau hamba Allah tu nampak N pon bukan die tegor. So N pon tak tegor die blah je dengan alasan hamba Allah tu pon tak akan tegor kalau die nampak N. ni kira macam ego plus takot tak di layan la. Lepas tu tiba-tiba ada cerita timbul kate N sombong. pulakkkk!

Kisah 3 .

N ni memang jenis pemalu, bukan pemalu kot tapi takot perbuatan die tak kene tempat. Satu hari die tengah duduk makan dekat kedai makan tiba-tiba ada sorang hamba Allah duduk dekat belakang die, dia toleh. Eh kenal. tapi die nak tegor macam takot tak kene tempat sebab hamba Allah ni dengan kawan. Segan pon yer, takot timing tak sesuai pon yer. so die diamkan je, dengan sedikit harapan kalau si hamba Allah tu tegor die, die akan tegor si hamba Allah dengan mesra. 

Kisah 4 .

Ni dengan roommate pulak. Kalau dah memang mempunyai masalah, memang la sentiasa berkaitan je masalah si N ni. Kalau dengan roommate lain cerita dia, ada masa dia dengan roommate mesra, ada masa suam-suam kuku. Si N ni jenis yang tido awal bangun awal. roommate sebaliknya, bila si N bangun roommate dah tido, so bila si roommate bangun si N dah tercangak la bangun. So si N macam tak tau nak cakap ape SELAMAT PAGI! ke atau NAK GI MANDI KE?.  hmm . kadang-kadang kalau N balik awal, die tengah study roomate die baru balik die macam tak tau nak greet macam mane. nanti die mesti kejap-kejap toleh kat roommate nak tengok tengah buat ape, kalau time sesuai die tegor la . PENAT KE? or KELAS MACAM MANE?. tapi tak sempat tanye sekali lagi toleh roommate die dah tidoooo. zzzZZzzzz.

the end...




Kesimpulanya :
kesian N. Aku tak tau la nak cakap ape dengan dia, tapi aku cume boleh bagi die satu nasihat je, untuk die jadi kan peringatan or garis panduan ke kan, nak cakap lebih-lebih kadang-kadang aku pon 2 x 10 je. Aku tulis kat blog supaya orang yang bace pon boleh kongsi sama lah kan , mana tau korang pon ada masalah yang serupa ke kan ?

muka suci murni takan nak tipu pulaakkk   :P *tiba-tiba



Hadis ;

Hassan bin Ali berkata, " Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulallah  SAW kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah( yang memiliki nama samaran Abu'Abdullah). Hind adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulallah SAW. Antara sifat yang dikisahkan oleh Hind yang ada kaitan dengan menegur/memberi salam kepada orang lain.


'' Apabila Rasulullah SAW berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Beliau melangkah dengan mantap, dan berjalan dengan tenang dan tawaduk. Jika beliau berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah beliau sedang turun ke tempat yang rendah. Apabila di panggil, beliau akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.

Pandangan matanya terarah kebawah. Beliau menunduk kepala menatap bumi lebih lama daripada memandang ke langit.

Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah SAW akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, beliau yang akan terlebih dahulu memberi salam. "




Jadi bersama-sama lah kita berdoa supaya N mampu berubah. Sempena malam Jumaat yang Mulia rajin-rajin la baca Yassin. Pesanan kepada semua Peringatan untuk diri Saya, tapi aku bulan merah. haha :P


Yang baik hanya dari Allah.
Yang batil dari diri aku sendiri. Wallah hu alam.

bye!

Tuesday, March 15, 2011

Ada sapa-sapa tahu tak ?

Bissmillah ...

Aku blogwalking baca blog orang sekali aku terbaca satu comment yang ada sebut pasal sabda Rasulullah SAW,aku tak sure kesahihanya. tapi hujah dia sangat bagus. dia jawab pasal orang pertikaikan manusia yang beriman (warak') tapi buat dosa. dan aku rasa hujah-hujah dia boleh pakai untuk perkara-perkara yang berkaitan jugak la kan (paham-paham laa).

Someone said :

aku percaya memang ada orang yang nampak alim, kuat sembahyang,zikir ada buat kerja-kerja tak bermoral mcm _________________________________________________________..

tp pada aku aku tak pandang serong pada diorang..sebab diorang manusia..memang akan buat salah..dan sebb tu juga nabi ada berkata..ada manusai di sebelah pagi dia beriman manakala disebelh petang dia kufur, ada manusia di sebelah pagi dia kufur dan sebelah petang pula dia beriman..nak menunjukkan juga manusai ni tak lari dari buat kesalahan..sebab kita bukan maksum...sebab tu Allah akan timbang amalan baik dan buruk kita kelak di atas timbang tara..kalau kita banyak buat kebaikan pastinya kita di bals baik..

persoalannya di sini..adakah kita terus tidak solah atau buat baik semata-mata kerana kita ada buat jahat atau benda yang tak bermoral..so kalau kita tak solat, puasa zakat..dan pada masa yang sama kita tak bermoral,jahat buat dosa..agak-agak timabng tara kita mcm mana...pastinya negative..

sifirnya mudah..cuba guna konsep matematik...negative(dosa) plus negatif(dosa)equal negtive, positive (pahala) plus negative (dosa) equal yang mana lebih banyaklah..itu kalau konsep mudahlah dalam beramal..tapi perkiraan Allah mempengaruhi banyak faktor lain...Akidah, ibadat muamalat..mcm mengumpat..pastinya pahal orang yang diumpat itu akan bertamabah dan orang yang mengumpat itu akan berkurang...tp kalau akidah terus kosong..

so..kesimpulannya jagn mudah membuat andaian orang yang pakai kopiah tak boleh pakai..bercakap je pandai..iabadah je kuat..tp _________________..

Dari mana, tak payah bagi tau lah. Tapi hujah dia, boleh pakai la, memang betol kita nanti akan ditimbang tara baiknya positif dosanya negative. Mungkin kita dah salah tafsir bila sesorang tu baik sikit warak' sikit so tak boleh buat salah tak boleh ada dosa. Kita bukan maksum, tak lepas dari dosa. Kiri kanan kita masih ada malaikat yang mencatit amalan. Wallah hu alam.


p/s : yang blank tu terpaksa buat macam tu sebab ayat-ayat tu akan mencemarkan blog aku ni. kwang kwang.

I'm realy in love with you.

Bissmillah....

Hadis ;

Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan, Nabi Muhammad S.A.W berpesan;

" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku "



Di dalam Al-Quran ; surah Al-Ahzab ayat 56 :
Bissmillah ....

" Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya "

Sadakallah hulazim.



Baca lah Selawat ; " Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wa as - haabihi ajma' iin "
Maksudnya ; " Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat beliau "



Wallah hualam.
Yang baik daripada Allah S.W.T.
Yang buruk daripada aku sendiri.

Thursday, March 10, 2011

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,   
"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"     
   
   

Entry Copy and Paste.


p/s : mak aku email. comelkan mak aku. hahaha . selamat beramal.

Wednesday, March 09, 2011

Transformasi , ini panjang punya entry :D

Bissmillah....


Risalah hati, kalau aku dapat betol kan semua memang banyak yang aku nak betol kan. Tapi aku tak mampu, tu aku tau. Terlalu banyak kebencian yang bersarang, rase menyampah memang dah terlalu. Sampai aku menangis sebab nak hilangkan benci ni. Tapi aku tak mampu, kadang-kadang aku cari jugak mungkin ada silap aku. Tapi aku tak nampak. Mungkin ada tapi tak ketara atau mungkin sedikit. Mustahil lah aku tak penah buat salah kan. Tapi benci tu tetap ada dalam hati walau macam-macam aku fikirkan bagi menyedarkan aku ni yang bukan semua nya sempurna. Tapi aku tak mampu jugak.

Mungkin dekat situ dah nampak yang aku pon tak sempurna, tak mampu untuk buang rasa benci ni. Terlampau benci dan menyampah sampai tak tau nak cakap macam mane. Terlalu! Kalaulah ada alat untuk diukur tahap kebencian ni, aku rasa rosak dah benda tu. Tapi aku tetap cuba kawal, memang dah guna kan 100% kekuatan iman yang ada untuk cuba kawal. Dalam banyak-banyak bahagian diri HATI lah yang paling susah dikawal. dan kalau aku lah kan, kita cakap pasal aku tak payah nak bandingkan dengan sape-sape. Aku yang pemarah, dan cepat melenting ni dah kira cukup penyabar dan penahan la sekarang ni bila aku mampu kawal keadaan yang boleh dikatakan sempurna. Alhamdulillah. Allah Maha Adil.

Walau kadang-kadang aku rasa tak kene, tapi Allah datang kan 1001 keselesaan dan kedamaian. Sesungguhnya Allah bagi apa yang kite perlu dan bukan ape yang kita mahu. So kalau macam tu aku tak perlulah nak persiakan sebab sesuatu yang sememangnya tak perlu. Tapi agak sikit terkilan sebab aku dah buat beberape keputusan sebelum ni yang membuatkan aku terikat dengan keadaan ni, keadaan yang aku tak boleh lari yang membuat kan aku kene berhadapan jugak benda-benda macam ni. Kalau putus cinta kita tau masalahnya, masalah cinta la. Tapi kalau masalah macam ni kita tak tau punca nye. Mungkin hati. Susah nak paksa hati ni. Sangat susah.
the end ........

Monday, January 10, 2011

Lepas bace ni jangan terus delete pulak ^^

Kenapa kita tak digalakkan showingshowing gambar kita dengan orang tersayang dekat umum ? haa penah terpikir dak ?

Bila baca entry bloglist aku pasal gambar ni terus aku cakap .
'aku nak share tak kira!'

tapi aku tak tuju kat sape sape sebab aku pon penah showing jugak der. tapi sebab menarik nak kasik bubuh sini lah . so aku ambik point penting je .dan segala contoh aku gubah balik . sajeeeee :D

  • bila kita letak gambar kita suami isteri (ehem) dekat facebook or manemane web konferm ke ada orang yang cakap 'masyaAllah sweetnye' bila tengok gambar korang? tak semua orang suke kita kan, takot je ada yang cakap ' dorang ni tak padan la, suami dia ensem isteri dia buruk! macam beauty and the beast ' (puaka gila). kan ke doa tu ?
  • Lepas tu pulak, kalau lah ada orang orang yang tak suka hubungan kita dengan suami kita . Lepas tu mulut lepas pi cakap macam ni ' eleh tak lame la ni , tengok pon dah tau ' . Kalau 100 orang tengok , 100 tu cakap macam tu cane ? (T_T)
  • Kalau pulak bonus nya suami korang tu ensem gila (pengsan) , takpon kaya ke, kacak bergaya sampai yang tengok pon dengki . Lepas tu depa guna gambar tu tok tujuan tak baik cane? (pikirsendiri2)
  • ini point aku tambah,macam mane pulak kalau orang pegi super impost gambar korang cane? (ada kene mengene ke?) * mula dahhh.
COMELNYEEEE .



Then kesimpulan dari apa yang aku baca , kita boleh buat macam macam benda untuk kebahagian rumah tangga dan hubungan kita , tapi kita kene ingat cemburu, doa buruk, iri hati , hasad dengki yang selalunya buat rumah tangga seseorang tu goyah .

Tapi ape ape pon kalau boleh , kalau kita tengok gambar orang cakap la yang baik baik kan. Kalau kita nak orang cakap yang baik baik jugak tok kita nanti .

Dan lebih baik korang bace original version punya , dekat blog yuyuzulaikha. aku ni suka tokok tambah je . copy sikit sikit , tambah perisa banyak banyak . kang salah pulak ape aku sampaikan , sebab aku ni kira penyampai ke .... tah  .

bye!

p/s : saje letak bawah bawah link yuyu kasik korang bace
entry aku dulu. hahahaha ( evil lough )
p/p/s : aku ada entry nak post lagi, tapi kalau dah 6 post dalam sehari .
ape kejadahnya! terpaksa menahan @_@

Tutorial 1

Ok awal-awal lagi aku nak bagi tau yang aku bukan nya pro benda-benda gini , apa yang aku share ni aku belajar dengan kawan aku . Nadya . Ok say hye too nadya.


Hye Nadyaaaa !!!! * sambil lambai-lambai tangan .

Dia banyak gila la, tolong aku dalam make up blog aku ni . Sampai ada orang puji comel ^^ hahahaha! sumpah geli menaip macam ni. Tapi bagus jugak aku buat macam ni, nanti takdak aku lupe an. kalau lupa cari balik la kat sini. apa ada hal .

* Nad ko jeles tak ? :P  (mainmain je laaaa)


Ok. So 1st tutor , pasal tuka back ground blog ni . Korang boleh tuka bila-bila mase yang korang nak mengikut cita rasa hanya dengan 2 langkah saje .

  1. Cari url background yang kalian berkenan.
  2. Copy and paste dekat edit HTML 

Mula mula 
lepastu  Find ( sila tekan crtl F ) body background

Then code lebih kurang macam kat bawah ni . lebih kurang sebab selalunya code ada lain sikit ikot korang punya theme .

Variable name="body.background" description="Body Background" type="background" ........... value="#840c15 url(URL PILIHAN) repeat fixed top center /* Credit: loops7 (http://www.istockphoto.com/googleimages.php?id=10418566&platform=blogger)


than preview dulu, kalau semua alright . Save .
Siap .



Selamat mencuba .

bye !

p/s : theme aku dari google jugak ye .

Saturday, January 08, 2011

I'm Depress .

Just now my friend Sue , ask me a favor to do some test about depression . Two days a go we have chat about our relationship , and we think that we had a same type or Boyfie . I think we get on this 'depress' situation cause of them kot . haha i just don't know why . But i do the test and i answered 8 YES form 10 Question . and what the test said is , i may be suffering from clinical depression . wah !



I'M DEPRESS NOW!


haha. So why not u guys try kan ;)




Depression Test Directions As you take the depression test, answer each question as honestly as possible.


  • Q: Do you feel sad or irritable?
  • Q: Have you lost interest in activities once enjoyed?
  • Q: Have you experienced changes in weight or appetite? 
  • Q: Have you experienced changes in sleeping pattern? 
  • Q: Do you have feelings of guilt? 
  • Q: Are you unable to concentrate, remember things, or make decisions?
  • Q: Have you experienced fatigue or loss of energy?
  • Q: Have you experienced restlessness or decreased activity noticed by others? 
  • Q: Do you feel hopeless, or worthless? 
  • Q: Have you had thoughts of suicide or death?
According to The National Mental Health Association, 5 or more yes answers indicates that you may be suffering from clinical depression. This test cannot substitute for a visit to a mental health professional. It is meant only to give you an idea where to start a dialogue with your healthcare provider.



p/s : Ok, have no one to share about my routine . Where are u didi i'm miss u  :'(    *Depressed

Friday, January 07, 2011

Yea Akhirnya !

Assalamualaikum.



Aku nak share something ni . Dulu aku cuba nak buat , tapi tak boleh . padahal member aku dah ajar banyak kali . Tapi sekarang dah reti dah . hahaha . So nak share dekat sini kot2 lah ada yang baca blog ni and tak tahu . So jadi tahu la kan . kan ?

Apa yang aku maksud kan is ALT CODE . tau tak ? haaa meh aku nak share :)


  • ¤ - Alt 15       ¶ - Alt 20            § - Alt 21         | - Alt 124        Ç - Alt 128 
  • ü - Alt 129     é - Alt 130         Æ’ - Alt 131       ä - Alt 132       à - Alt 133  
  • ª - Alt 166      º - Alt 167          ¿ - Alt 168       ¬ - Alt 170       ½ - Alt 171 
  • ª - Alt 166      º - Alt 167          ¿ - Alt 168       ¬ - Alt 170       ™ - Alt 0153
  • ¼ - Alt 172    ¡ - Alt 173           « - Alt 174       » - Alt 175        ¦ - Alt 179
  • ß - Alt 225     ¶ - Alt 227          µ - Alt 230       ± - Alt 241        ÷ - Alt 246
  • ° - Alt 248      • - Alt 249           · - Alt 250         ² - Alt 253        ¤ - Alt 271
  • ¶ - Alt 276     § - Alt 277           ! - Alt 289        … - Alt 0133    Å’ - Alt 0140
  • ‡ - Alt 0135    ‰ - Alt 0137     Å  - Alt 0138     ‹ - Alt 0139    
  •  - Alt 0141      • - Alt 0149         – - Alt 0150     — - Alt 0151   
  • Å¡ - Alt 0154    › - Alt 0155        Å“ - Alt 0156     Ÿ -  


Paham tak ? buat² paham je lah eh. hihi :P

Banyak lagi weyh . tapi ni je yang larat aku nak copy paste . hahaha macam penat je nak copy paste tu kan. Ok cara² nak menzahirkan abjad² kat atas ni korang hanya kene tekan ATL dan di ikuti nombor² belah kanan ALT dekat dalam kotak pink atas ni, bila dah tekan code tu nanti keluar lah code sebelah kiri tu. Pening !

Kalau guna keyboard Computer means normal keyboard korang boleh tekan ALT and number dekat side kanan tu teros . Sebab number dekat belah atas keyboard , yang sekali dengan simbol² memang tak function . Kalau tak percaya cuba lah . Tapi toksah buang masa lah sebab aku dah cuba memang tak boleh . La ni baru boleh . Pakcik Google ajarkan . hihi 

Pada pengguna Laptop tegar korang mane ada keyboard number side kanan tu kan? jangan bermuram durja . Kau orang boleh pegi beli external keyboard number , semata-mata untuk buat ALT code ni . hahahahaha! *annoying . 

Jangan nak lampi sangat aku perli jeee . Sila Numlock kan keyboard anda  sekarang. Then u can use this above code . Ada pahemmm ? 
eyh! tak paham lagi .?

Ok . Macam ni . see your keyboard sekarang . apa ada ? then cari perkataan NumLK . Kalau pengguna acer . Korang boleh nampak Numlck pada button F11

Nampak ?

ok. Button tu guna 2 color right ? so if you want to Lock the number please push the fn. Sebelah Crtl tu laaaaaa . then tekan F11.

Sudah ?
Cube tekan button M . dia keluar M ke di keluar 0 . Kalau 0 maknanya dah NumLK la tu . 

-then push the fn button and follow with the those number (cakap lajuk²)


DONE ! :)

Wednesday, January 05, 2011

Sentap Seketika .

Salam . Aku tengah sentap lagi ni . Satu hari aku tak tido , pukol 9 tadi baru aku tido bangun pon tengah hari la kan nak dekat pukol 1 . lebih kurang la . Semalaman tak tido sebok make up blog ni la. Tahun baru mesti la berwajah baru . hihi . Tengok cantik tak ? cantik kannnnnnn ( ye kan je la) .

Nadya yang tolong aku . Sape lagi , die je la yang aku tau nak mintak tolong . Blogger lain macam segan je nak mintak tolong , aku just follow tutorial depa and hit dorang . tu je . Kalau rajin aku link kan . tapi tak penah pon . so kali ni aku nak link sape blogger yang banyak aku ikot tutorial dorang .

  1. Ceeramoon
  2. Liyana Lunia
  3. Teratak Muncet

So 3 ni je lah buat masa ni . Teratak Muncet ni  tutorial blogger paling lame aku follow and paling banyak aku guna code dia la , dulu . Sekarang ni macam dah banyak kali ubah lepas tu ada code yang more simple . Jadi pandai2 la pilih yang terbaik tok kepala otak anda semua . Sebab buat coding for the first time memang serabut sampai rasa nak muntah . Nasib baik ada Nadya . muah muah .


*Weyh nad aku malas nak letak link blog kau la . dah banyak kali aku letak  hahaha . tapi kalau kau buat banner baru aku tepek dekat blog ni okay. hihi suke2 !


Bila tengok blog dah cantik ni , makin semangat pulak nak update . Masak la kau mata . Merah menyala lagi la gamaknye . Ok kita focus pada tajuk post yer . Sila focus . Aku sentap ni ! sentap gila !

Tau ke sentap tu ape ? sentap tu macam satu tamparan hebat yang disebabkan oleh sesuatu perkara yang kita tak jangka . Itu tafsiran aku la . Orang lain aku tak tau . Tapi memang da style zaman sekarang guna perkataan ni . contoh ;  - ayat sentap syial ! sentap dowh ! err banyak lagi . kalau letak banyak2 kang aku mengarut lagi . lepas tu orang pk aku ni liar pulak . hahaha (takde kene mengena) . Kita focus pada tajuk utama ye .

Semalam lepas habis je make up blog ni kan , aku bajet nak tido teros la sebab dah mengantuk gila . Tiba-tiba aku terbaca pasal Faizal Yusuf yang baru meninggal dunia tu . ( Al-Fatihah) meremang bulu roma aku . Meremang tu boleh lagi . Tiba aku terfikir . Kalau aku mati esok macam mane ?




Waktu tu tak payah cakap , sejuk satu badan. aku naik atas terus solat . errr bukan solat hajat . Solat taubat pon bukan . Tapi solat Isya'  -__-


Ye aku memang suka lambat2 kan solat . aku tau memang tak baik . kurang pahala . kan dah terbukak pekung di dada. huk huk . hmmm nape aku tak masukan dalam wish list ek . ' TAKNAK lambat2 kan solat '


Lepas solat tu , ingat kan cool sikit laa rupanya lagi teruk . Aku jadi takot gila sampai nangis. Teruk gila nangis sampai rasa nak pecah masuk bilik mak aku and tengok muka dorang . Tak tau la kenapa terlintas macam tu . Lepas tu kan aku jadi takot nak tido , sebab takot mati masa tido -___- ''  *Sigh .


Dasyat kan imaginasi aku ? tu la silap aku ambik accounting course ni . Patut aku ambik filem . Mesti 'wajib tayang' hahaha .

So memang satu hari tak tido . Lepas tu otak rungsing dok pikior benda bukan2 . Terus aku teringat tanda2 nak mati semua lah . Yang tak boleh belah , telinga aku ni sentiasa macam 'sub sub' macam ada angin tak pon tekanan yang tak stabil macam bila kita duduk depan kipas . haaa kan ada bunyi 'sub sub'. lebih kurang la . Aku boleh cuak and terpikir tu tanda2 nak mati . Ya Allah .

Aku ni dah gila ke ? ada nampak macam orang gila tak aku sekarang ni  ?

Nasib sekarang dah OK  . sebab dah tido tadi . So aku rasa jadi macam tu sebab tak tido . Tapi aku takot nak tido malam tadi sebab tu lah . hahaha . rumit betol . Tak payah la kau pikir .

Tapi ni kira kali ke - 2 jadi macam ni . Dulu waktu sekolah menengah aku penah kene lagi teruk . Asyik ingat mati . Sampai berminggu-minggu tak tido. Kalau tido aku mimpi bukan2. Then aku takot nak tido tapi bila berjaga fikiran aku pikir benda2 tu . Memang nak gila waktu tu . Nasib baik adik mak aku bawak aku pergi berubat dekat sorang ustaz ni . Dekat bangi. Alhamdulillah la. lepas tu aku ok sikit . Tapi tak 100% . solat and selalu bace Quran tu penting . Defend diri kita dari anasir2 macam ni . Ada baik jugak kalau tiba2 meninggal pon kita dah ada bekalan . InsyaAllah .

So kesimpulan nya . Setiap yang jadi pada diri kita mesti ada sebab . Mungkin aku lupa, aku leka sekejap . So DIA turun kan sesuatu dekat aku supaya jangan lupa JANJI DIA .

Ada hikmah . Renung-renungkan . Selamat Beramal .

Bye .

p/s : terus puasa ganti , takot kalau pape jadi . Hutang paling bahaya . Sila bayar hutang . dan jangan berhutang .

Tuesday, December 21, 2010

Update laju ikot MHI - Penyebab bunuh diri .

Penyebab bunuh diri adalah penyakit mental . Tanda-tanda orang yang kearah ni adalah individu yang mengalami kemurungan yang melampau sehingga menjadi  penyakit . Kemurungan adalah biasa tapi bila terlampau dia akan bertukar menjadi penyakit . Perasaan sedih yang terlampau, takde minat , tiada semangat . Dan selalu nya individu yang mengalami keadaan macam ni berada dalam keadaan putus harapan dan merasakan tiada lagi jalan selain membunuh diri . Untuk pengetahuan semua kemurungan adalah satu penyakit yang ada ubat .Pesakit hanya perlu tampil kedepan dan berjumpa dengan pakar kesihatan , bukannya menyimpan sendiri segala tekanan dan kemurungan .

Peratusan kemurungan dekat Malaysia ni Wanita melebihi lelaki . Tetapi wanita lebih cenderong mencari penyelesaian dengan berjumpa doctor atau counselor. Berbanding dengan lelaki , mereka lebih ego dimana akan cuba mencari penyelesaian sendiri . Seperti minum arak , ambil dadah  dan banyak lagi lah . dan kebanyakan nye mereka lebih cenderong mengambil altenatif yang negatif  dimana bersifat sementara dan akhirnya jadi la 'bunuh diri' .

Untuk berhadapan dengan individu macam ni , orang sekeliling tak digalakkan marah dan bagi tekanan kepada mereka. Tetapi lebih digalakkan berbincang dan mendengar luahan mereka . kemudian nasihati mereka untuk berjumpa dengan pakar atau pon doctor .

Kebanyakan kes bunuh diri  adalah terdiri dari golongan dewasa , sekarang orang muda juga semakin kerap membunuh diri mengikut statistik (kenyataan lisan dari penceramah jemputan MHI ).Paling membayakan apabila ada laman sosial yang memberi cara-cara bagaimana untuk 'membunuh diri' dengan menyenaraikan cara-cara dan ubatan-ubatan dengan sukatan berlebihan .

Kesimpulannya kalau kita ada nampak tanda-tanda kawan-kawan kita or adik beradi kita yang macam ke arah sakit mental . tolong selamatkan dengan segera . Bukan sakit jiwa je sakit mental , banyak lagi yang boleh di klasifikasikan sebagai penyakit mental. Sila google kalau nak tau . (hak hak) So jangan ambil mudah . Be alert with your surrounding .

Nota kaki : sumber tv 3 . Malaysia Hari ini 21/12/2020 .


p/s : dah rasa macam buat kesimpulan paper bm SPM . HA HA HA .

Monday, December 20, 2010

News Feed Problem

Assalamualaikum . hye kawan-kawan . Anda-anda yang ada listkan aku dalam blog list or yang memfollow aku mesti perasan ade update aku dalam 100update dalam masa serentak kan ? (melampau kau 100) . takde la 100 dalam 10 kot. tah aku tak kira. tapi pasti ada. Mesti pelik kan gila obses aku update sekali banyak. Memang la aku suka update blog bertubi-tubi ni , tapi bukan la sampai 10 update sekali . ahaks . 

hari ni adik aku last paper SPM. Prinsip Ekonomi tak silap . Good luck to him . * Iklan .

Aku terperasan untuk masalah ni bila aku send url aku untuk di list kat dekat blog list member aku . then dia cakap aku dah ada dalam list dia cume feed aku tak keluar . Bila dapat tahu je memang la aku tak boleh duduk diam . Even hati dah hancur luluh dengan keadaan phone sekarang , takan aku nak bagi hancur luntur pulak bila tengok blog ni tak function dengan elok kan. kan kan ?


Lepas tu aku pon godek-godek la . pegi dekat setting then 'klik' site feed . Aku terus je pandai-pandai pegi situ sebab member aku cakap maybe feed problem . so dalam raw tu satu column je ada feed . kan ?

Klik untuk view lebih baik.


Merujuk gambarajah , ade ke feed selain dalam bulatan ? takde kan (konon-konon nak kasi entry panjang membebel lebih sikit) . 

 Sebelum di betulkan . aku punye Allow blog feed tu short bukan full macam dalam gambar rajah dan 1.Post Feed Redirect URL pun ade address ni 2.http://feedburner.google.com/_________, lepas tu aku pegi tuka http://feedburner.google.com/ annoin . Segala tindakan waktu ni aku mengikut firasat hati je . Then dah save semua . Try la tengok ade tak keluar dia punya update. Takde jugak . Panas berapi la aku . Macam mana aku tahu ? mudah je . Korang follow la blog sendiri . Macam aku . hahaha . Lepas tu dengan munggunakan firasat lagi aku klik 3.FeedBurner . Seperti gambar rajah dibawah . dah siap-siap letak nombor lagi. cewah .
Klik untuk view lebih baik.


Tapi untuk gambar dekat atas ni aku letak balik address tu , sebab dah delete kan. Disebabkan nak bagi contoh , aku edit balik lah . Terharu tak ?? hahaha hampas . dan apabila aku klik FeedBurner tu . Keluar pulak page macam gambarajah dibawah dibawah , tapi sebelum tu korang akan di request untuk isi password semula. security kot .
Klik untuk view lebih baik.
Aku pun tak tahu lah macam mane aku boleh ade akaun feeds ni , tah bila pun aku tak tahu. Kalau perasan tittle blog lama aku terpampang di situ Bila Mulut Tak Mampu Bicara . See itu dah bertahun punya . Ada la setahun . Jadi maksudnya setahun itu jugak orang tak dapat update aku ek ? Terima Kasih sebab bagi tau aku . Even lambat tau pun kan . Dan sekali lagi dengan mengikut firasat . Aku delete Bila Mulut Tak Mampu Bicara tu , tapi korang kene klik 'Bila Mulut Tak Mampu Bicara' sebab dia link than dia ade keluar satu window .  korang boleh pilih , ada 3 pilihan antaranya delete. Bila dah delete dia keluar pulak page seperti dibawah .
 Klik untuk view lebih baik.

Bila dah keluar macam ni , aku tak tau sama ada aku make thing getting worse or better . Tapi aku terus dengan tujuan aku supaya news feed aku orang dapat . Then aku terus cek . sekali. Hamek kau !


Klik untuk view lebih baik.


Entry pasal Final Exam baru aku update sejam yang lepas ? gila tak gila excited aku , kalau betol la aku update pada sejam yang lepas . hahaha . Dengan Entry Breast Cancer lagi , itu cerita pasal Arwah jiran aku . tengok dah arwah dah baru nak keluar update ni dekat feed -__-  sadis gila . Tapi bila dah selesai ni kira lega la. aku dah selesaikan , Sendiri . hahaha . I don't know what i'm doing is the right thing or not . I 'm just do it with my full instinct . so sape-sape ada masalah macam ni boleh cuba lah . Tapi aku tak menangung sebarang kerugian . Tapi kalau sapa-sapa ada pembetulan aku sangat2 mengalu-alukan. TQ. Selamat Beramal  .


p/s : woi ! didi call aku tak angkat , semua gara-gara tido awal sebab phone rosak ! benci-benci . Dunia tak adil . haha.  I miss You Love .

p/p/s : I'll update pasal chiling and kenduri marhaban letter . As soon as possible . Semoga mood kembali. bye! 

Tuesday, December 14, 2010

Tahukah Anda ?

Noin selalu merasakan wajahnya apabila bangun dari tidur , adalah mukanya paling cantik yang pernah dia lihat .


eyh betul , noin selalu merasakan .....

  1. bila bangun tidur, kulit jadi cerah .
  2. semua lopak-lopak di muka seakan-akan tiada .
  3. bekas-bekas jerawat jadi takda .
  4. warna kulit muka jadi sekata .
  5. pastu ala-ala gebu gitu . cis~


eyh! betul la . tak tipu.
tapi itu hanya sementara. Hanya selama sebelum aku cuci muka la. Bila dah cuci muka, dalam 10 minit lepas tu kulit akan jadi kepada rupa bentuk asal -__-

dunia tak adil!

aku mencari jugak sebab musabab kenapa , siap search Google lagi. Tapi hampa. ceh.

Pernah jugak aku dengar orang kata, muka kita baru bangun tidur tu lah muka sebenar kita. betul kah? (haha . perasan dahhhhhh)

Dan semasa tidur kita tak di galak kan memakai apa pun jenis krim or apa sahaja pada wajah , kerana waktu tidur ni dikatakan waktu merehatkan kulit muka dari sebarang bahan2 kimia . So waktu ni kulit wajah akan merawat secara semula jadi .

tapi macam mana dengan product kecantikan yang ada krim malam or rawatan malam ??? ('',)
(pikir jap ekk)

Selain itu digalakkan jugak minum segelas air sebelum tidur, selain elok untuk wajah elok jugak untuk perut. Nanti bila korang bangun tidur senang, bangun2 teruk berak. ini aku dengar je secara tak rasmi secara mendengar, cetakan bertulisnye tiada . so tak tahu la betul ke tidak . Tapi aku memang amalkan jugak lah minum air sebelum tidur tu. Kadang-kadang lah kannn.

Minum air sebelum tidur ni jugak boleh jadi petua untuk student2 bangun awal or bangun pertengahan malam. Caranya macam ni. Korang minum air mineral or air masak satu botol besar yang 1l . Lepas tu tidur , InsyaAllah dalam 5 ke 6jam kemudian mesti lu orang rasa nak terkencing. Kadang tak sampai 5 Jam. Dan waktu tu kalau kau tahan kencing alamat kencing dalam seluar la , tapi kalau bangun pergi kencing. Sila jangan tidur balik . Tapi kalau punding kencing korang terlalu besar untuk tampung lama2 aku tak tahu lah kan. Sebab aku tak belajar Biology . So aku tak tahu . and malas nak ambik tahu . ( ayat. haha)

Selain minum air sebelum tidur untuk muka yang sehat , aku jugak pernah dengar pakai bedak pada muka sebelum tidur untuk serap minyak2 berlebihan yang keluar dekat muka semasa korang tidur. Tapi jangan salah paham, bukan bedak compact tau, yang ada foundation or two way cakes . Bukan2. Bedak yang aku maksud kan bedak serbuk . Bedak yang pakai dekat baby tu, macam bedak baby Johnson , anakku . Tapi tak digalakkan bedak yang wangi2. bedak yang dipakai dekat badan contoh bedak Palmolive. Sebab aku penah dengar orang cakap bedak yang wangi2 tak elok untuk kulit muka sebab bahan kimia mesti kuat jugak. tak tahulah betul ke tak, jangan la korang tiba2 berhenti pakai . Pakai la tapi jangan sapu dekat muka, sapu dekat badan je k. So kesimpulan nya apa saja jenis bedak tak semestinya bedak untuk baby, asalkan tak terlampau wangi tapi kalau boleh make sure structure serbuk bedak tu halus (structure you) . Itu lagi baik.

Dan mungkin sebab tu orang zaman dulu buat bedak sejuk . So ini la function dia. selain mengeringkan jerawat bedak sejuk jugak boleh menyerap minyak berlebihan pada muka semasa kau orang semua tido . So silalah pakai bedak sejuk. Tapi noin tak pakai, Sebab aku penah ada bedak sejuk dan bau dia busuk. Terus tak suka pakai.

Nampaknya ini saja yang aku selalu, pernah dan tengah amalkan .

Tapi yang paling penting sebelum tidur dan bangun daripada tidur memang wajib cuci muka , terutama untuk muka yang kulitnya berminyak yang ala2 kalau masak telur pon dah boleh masak. siap garing lagi . hah . itu lah muka aku . yeaaa !

ok nak pegi cuci muka. Bye!


Gambarajah : Google


ada link petua kecantikan nak share. Please klik here

p/s : entry dibuat sebelum mencuci muka dengan pencuci muka, kerana terlalu bersemangat nak buat entry ini. wakaka eh eh .

Thursday, November 18, 2010

Tahukah Anda ?


  1. Kanser Payu Dara
  2. Angin Ahmar



Baca lah Walau sekali seumur hidup, InsyaAllah
kita akan dihindari dari penyakit yang merbahaya ini .
Amin.


Kadang kita yang muda alpa , yang kita juga bakal tua .

Renungkan sejenak . Amal kan walau sekali InsyaAllah di berkati .

Sayangi Diri .


Thursday, November 04, 2010

sambungan Eyh Kantoi ke?

sambungan entry hari tu.....


Macam mana ye ?? selalunya perempuan yang jadi mangsalah kan itu belum kira yang kaki pukul lagi. Jarang-jarang kita dengar kisah cinta yang perempuan kuat mencarut lelaki baik gila dengar je si awek mencarut. pernah ke? aku tak pernah lagi lah. Kalau korang ade kongsi la. Bila duduk dalam keadaan macam ni. Lagi sadis . Perempuan bila dah sayang. pasti akan terima dan redha je. Lembut hati lah kata kan. Tapi kalau aku? Wakluuu! gua balas balik la kan. Mungkin sejak azali lagi aku dilahirkan dengan perasaan melawan yang sangat kuat.


Tapi pesan aku pada mereka pada situasi ini. Anda bersabar lah jangan macam aku. Takut di benci. Lelaki tak sama macam perempuan. Menasihati dan menyayangi. Tapi kalau dah tak tahan dan takde perubahan agak-agak dah ade yang korang hold ape lagi. Putus lah! (haha) Sampai bila mahu bertahan? pikirkan. Kalau aku dengar cite macam ni aku tak cakap korang curang la kan. Kalau dah hari-hari kene hadap ayat pu****k. Dayus sangat tu. Nasihat tak makan. Dah tegur tak jalan. Apa lagi mampu dilakukan. masih ramai yang mampu sayang anda dan menghargai anda. Percayalah.

Last but not least. Satu je pesanan aku. Doakan yang baik-baik untuk orang yang anda sayang. Walau pun mereka membuang anda memaki anda mencemuh anda Putuskan anda. Doakan saja yang terbaik. Mungkin ini cara Allah mengajar kita . Kadang-kadang kita jugak membuat kesilapan. Bila sesuatu terjadi. Muhasabah diri pikirkan kesilapan lampau. Ada tak? kalau ada pikirkan macam ni 'mungkin ini balasan untuk kesilapan dulu' (yang ni aku selalu pikir la ) tapi korang boleh pikirkan benda len. Sebagai untuk menerima keadaan 'putus cinta' tu dengan lebih tenang sedikit sangat-sangat. Supaya tak guling-guling sangat. (aku tertungging jatuh katil. Sebab nangis guling-guling. huhu) sebab tu lah realiti.

Pada yang penah lalui mesti cool je bila dengar orang putus cinta macam tu. dan mungkin ada yang cakap 'relex la putus cinta standard la' dan sebagainya lagi ayat yang korang penah dengar . Aku nak tanya dulu la kan. Korang cakap macam ni sebab korang yang putuskan ke atas korang diputuskan. Takpun time korang bercintaan cintuan tu korang ikhlas ke tak? Tak pun cinta monyet ke cinta cipanzi? kalau korang betul - betul ikhlas dan sayang pasangan korang betol-betol dan talak bohong punya la kan. Tak payah nak bohong sunat sangat la. Tak cool pon. Gua tanya lu orang. Putus cinta ni mampu mengubah salah satu tabi' korang yang biasa korang buat tak. ? Walaupun tak guling-guling macam aku lah kan. Contoh dulu selalu senyum 360 darjah tapi sekarang 180 darjah je tak pon senyum kambing ala sengih , muka pulak dah tak bersinar macam selalu. kalau lelaki tu tiba-tiba berjambang bagai (novel la kan) rambut kusut masai. Kalau dulu makan sekarang kurang makan. Ade jugak jadi kuat makan (macam aku). Jadi muram suram. Betol tak ? Tepuk dada sikit. Walaupun bermacam-macam motivasi dan bermacam cerita membangkitkan semangat. Sementara je semua tu. Bila lama sikit, Korang akan kembali kepada asal. dengan dunia sendiri. Menangis dalam hati.

Tapi.... Kalau ade musibah lain yang membuatkan korang lebih kuat itu mungkin. Contoh keluarga bergantung dengan kau. Oleh sebab itu korang pon sedaya upaya jadi kuat gile. boleh jadi jugak la kan. Tak pon anda anak tunggal tanak parents nampak kesedihan korang. depan mak senyum 360 darjah. belakang mak! hamek kau clubbing bagai. Ade yang macam ni. Jangan! jangan rosakkan diri dengan benda macam ni. Minum arak. nak hilangkan tekanan perasaan. sampai bila ggg? nanti korang ketagih. Betol. Tapi yang ni bukan pengalaman aku. Pengalaman member aku. Aku ade ramai kawan. Berkawan dengan semua jenis orang. Tapi walaupun kita berkawan tak semestinya kena ikot kawan kan? Kesimpulannya lagi ramai kawan lagi banyak pengalaman. (cewah) Buatlah benda lain yang melekakan. Jadi workaholic ke? lagi bagus dari alcoholic kan?

Tadi aku kata dah last. Tapi tiba-tiba makin banyak. Rasa macam dah melalut. Better stop now. Nanti kalau ada masa dan idea lagi aku curahkan dekat sini. InsyaAllah.



p/s : Doa senjata mukmin. Pada yang menunggu teruskan menunggu
sebab aku juga seorang Penunggu yang tak berhantu ;)

Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah
KERANA ALLAH.
wasalam.

Wednesday, November 03, 2010

Eyh kantoi ke?

Nak gelak ke nak garu-garu kepala ke nak buat ape? kan hari tu aku ade cakap yang aku baru jumpa dia balik. ingat tak? dan secara rasminya aku pergi komen la dekat salah satu entry die. aiyaakkk! aku betol-betol tak ingat samade aku buat anonymous atau pun aku letak name aku. Tanak die kenal sape aku. Tanak die tau pon. Even mungkin dia tak heran la kan. Tapi tanak die tau jugak! Sebab ex die kawan AD And aku tanak die tau la kan. Sebab aku dengan AD pon gitu-gitu je sekarang dah lah si ex die ade sebut-sebut name si dia dalam komen entry die. tapi tatau la orang yang sama or tida. ramai kot guna nama tu. Tapi sekarang ni rasa macam risau je kalau dia tau aku silent reader blog dia. sebab ape pun tak tau la. haish


Pernah tak anda semua memalukan diri sendiri atau lebih kurang merendahkan martabat diri untuk seseorang yang anda sayang?Jangan salah paham. Aku maksud kan membuat sesuatu atau lebih kepada usaha lah kan. contoh : sanggup pergi pinjam duit kat Ahlong sebab nak jumpa orang yang korang sayang (jumpa tau bukan nak beli Felali tok dape). tak pon penah tak korang dok p mintak sedekah semata-mata nak dapat duit sikit untuk jumpa mereka.?

Entry ini tidak di tujukan pada sesiapa. Bukan apa cuba bayangkan. Kalau orang tu tahu adakah mereka menghargainya? Mungkin mereka hargai kalau mereka sayang kita sama macam kita sayang depa tapi Kalau diorang dah tak rasa sayang tu tapi kita je yang terhegeh-hegeh. Mesti percuma je korang dapat ayat macam ni. ' Yang kau bodoh sangat buat kerja tu kenapa?' , tak pun ' kita dah tak de ape-ape, lantak kau lah, buat benda tak guna otak'. Aduhai kejam nye kenyataan kan? tapi itu untuk yang dah membenci lah kan. Tapi pada yang masih ade hati perut pasti die menasihati. contoh ayat macam ni 'Awak jangan la buat semua ni, benda ni tak mampu ubah ape-ape' atau pun 'Saya tak perlukan pengorbanan awak lagi, pikirkan diri sendiri dulu, jangan macam ni lagi'. Mungkin la kan. ayat ni aku reka je. kot-kot korang ade ayat lain ke. ha share la kan.

Tapi bagi kita yang di tinggalkan mesti merasakan usaha tu perlu supaya kita tak menyesal kemudian. Kadang-kadang aku pun ade terfikir macam tu. Aku selalu fikir macam ni. 'ehmm kene ke?' tak pun 'aku takot die nak tengok aku macam mane je' tak pun bila dah lame-lame aku cakap macam ni 'tah-tah dia nak tengok kesungguhan aku kot' . Tapi aku ni jenis ego. Ade sedikit ego tapi tak setinggi ego lelaki. Buat masa ni ego aku tu dah berkurangan semua sebab si AD ni. Sebab tu aku kata dia berbeza . Tapi yang berbeza tak semesti nya untuk kita.

Tapi mesti macam pelik kenape dia nak tengok kesungguhan aku pulakkan? Jangan la fikir aku penah curang ke ape. Ade sebab tertentu kenape dia rasa begitu. Dan aku paham.

Cinta ni bukan untuk kita mengubah seseorang tau. Tapi kita sendiri akan berubah bila kita mencintai seseorang. Hanya yang bercinta je paham. InsyaAllah la. So and so tak perlu kita memaksa. Aku kurang suka bila dah putus salah seorang merayu-rayu. Jangan! itu sama macam menjatuhkan maruah diri. Dan takut mereka terima anda kembali atas dasar SIMPATI. Penah tak dengar ayat ni ' Kalau kita sayang kan orang tu kita lepas kan dia pergi tapi kalau dia datang balik maknanya orang tu memang sayang kita' ( lebih kurang la. aku bukan ingat sangat) Jadi Tolong lah, Lagi sakit bila kita tau dia masih dengan kita kerana simpati. Bila dia kata putus. Kita just OK. eyh! kering sangat ayat tu. Tanya dulu kenapa. Bila die dah bagi alasan, Kita terima je. Walaupun dalam hati rase tak masuk akal. Takpun rase macam gila je alasan tu. Pedulikan. Terima keadaan setenang-tenang je. Lepas beberapa jam baru nangis macam orang gila (bila baru sedar yang kita dah putus.haha.) eyh.Yang pasti ucapkan TERIMA KASIH. cukup . (yang ni aku penah buat) . dan waktu tu pada yang ada hati pasti rase serbasalah. time tu la kita main tarik tali. yeah bebeh!

Tapi ingat JANGAN SESEKALI MEMAKI HAMUN. Kita pegang pada satu ayat ni. JANGAN BUAT BENDA YANG KITA TAK SUKA ORANG BUAT KAT KITA. (maaf bahasa melayu pasar). Kalau kita pegang benda ni cukuplah. Bila kita dah mula mencarut - marut ni mesti teros terbiasa punya. Aku bercakap dengan pengalaman yang lepas-lepas. Bila sekali kita dah cakap babi ke babi hutan hah! bersiap sedia lah untuk balasan makian yang seterusnya dari pihak lelaki. Diorang lagi advance kadang-kadang kita kalah dan diakhiri dengan tangisan. Mungkin juga kita bukan jenis yang bergini tetapi pasangan kita pulak, bagaimana?

sambungan entry bila aku rasa nak post lagi................

Friday, October 29, 2010

Sampai sekarang tak boleh nak terima lah.

kenape ek?



Sekarang musim study weeks pasti ramai student akan ambil peluang ni pulang ke kampung halaman untuk jumpa parent masing-masing, ade jugak Universiti yang dah mula final exam. Tapi UUM baru start study weeks so aku ambil peluang ni balik gombak. Hari ni cadangnye beli tiket ondaspot. Alor Star - Kuala Lumpur. InsyaAllah. semoga perjalanan dipermudahkan semuanya. aku tengah sakit kepala semua gara-gara makan maggie ruski dah tau kepala tak tahan nak layan jugak. Macam ni lah jadinya kalau dah lame tak makan .

Bila nak naik bus perjalanan jauh ni ( 6jam perjalanan ) agak seram sejuk dan cuak jugak sebab pertama kali aku naik bus sejauh ini dan sejak kebelakangan ini banyak pulak cerita yang keluar mengenai kemalangan bus. Jadi aku ade la cari sikit beberape amalam sebelum melakukan perjalanan jauh untuk di kongsikan dekat sini.



  1. Mulakan membaca Ayat Qursi - 1x
  2. Hasbunallahu wa ni'mal wakiil wala hawla wala quwwata illa billahi aliyyil 'adzim - 3x
  3. Bismillahilladzi laa yadhuru ma'asmihi syai un fil ardhi wala fissama' , wahuwas sami ul 'aliimm. - 3x
  4. "Ya Allah aku berlindung denganMu dari segala musibah dan selamatkanlah perjalananku (sekeluarga) dari segala musibah yang tidak diingini, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung"
  5. Allahu Akbar - 3x
  6. Selawat ke atas Nabi.
  7. Doa naik kenderaan (Subhanallazi....hingga Kalibun)
  • Kesemuanya dibaca didalam hati/bibir mulut sahaja.
  • Amalan ayat-ayat diatas terutama No. 2 elok juga dibaca untuk berlindung


Ini saje yang aku mampu cari, kepala ni makin berdenyut pulak. Link die pon aku tak sempat nak save dah tertutup terus, tapi sememangnya hasil pencarian kat goggle. Semoga dapat di amalkan . InsyaAllah semua selamat dengan kehendak Allah. Bagi yang bawak kereta sendiri jangan lupe periksa kereta anda dan pastikan pakai tali pinggang keledar dan tolong dapat tidur yang secukupnya. Dan yang naik bus nanti apakata kita pakat-pakat pesan kat drebar bus supaya bawak bus hati-hati. Dalam keadaan sekarang ni Nyawa lebih bermakna dari masa. Biar lambat asal semua nyawa terselamat. Kemalangan boleh dielakkan , Jadi Berhati-hati dijalan raya. Pandu Khemah Jiwa Selamat.

Monday, October 04, 2010

Bersabar dan belajar menerima kenyataan

Suatu hari seorang tua bijak didatangi seorang pemuda yang sedang dirundung masalah. Tanpa membuang waktu pemuda itu langsung menceritakan semua masalahnya.

Pak Tua bijak hanya mendengarkan dgn seksama, lalu ia mengambil segenggam serbuk pahit dan meminta anak muda itu untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya serbuk pahit itu ke dalam gelas, lalu diaduknya perlahan.

"Coba minum ini dan katakan bagaimana rasanya ", ujar pak tua.

"Pahit, pahit sekali ", jawab pemuda itu sambil meludah ke samping.

Pak tua itu tersenyum, lalu mengajak tamunya ini untuk berjalan ke tepi telaga belakang rumahnya. Kedua orang itu berjalan berdampingan dan akhirnya sampai ke tepi telaga yg tenang itu. Sesampainya disana, Pak tua itu kembali menaburkan serbuk pahit ke telaga itu, dan dgn sepotong kayu ia mengaduknya.

"Coba ambil air dari telaga ini dan minumlah." Saat si pemuda mereguk air itu,

Pak tua kembali bertanya lagi kepadanya, "Bagaimana rasanya?"


"Segar", sahut si pemuda.

"Apakah kamu merasakan pahit di dalam air itu ?" tanya pak tua.

"Tidak" sahut pemuda itu.

Pak tua tertawa terbahak-bahak sambil berkata:

"Anak muda, dengarkan
baik-baik.Pahitnya kehidupan, adalah layaknya segenggam serbuk pahit
ini, tak lebih tak kurang. Jumlah dan rasa pahitnyapun sama dan memang akan tetap sama. Tetapi kepahitan yg kita rasakan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki. Kepahitan itu akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkannya. Jadi saat kamu merasakan kepahitan dan
kegagalan dalam hidup, hanya ada satu yg kamu dapat lakukan; lapangkanlah dadamu menerima semuanya itu, luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu."

Pak tua itu lalu kembali menasehatkan :

"Hatimu adalah wadah itu.
Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi jangan jadikan hatimu seperti gelas, buatlah laksana telaga yg mampu menampung setiap kepahitan itu, dan merubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian."

Karena Hidup adalah sebuah pilihan.

Mampukah kita jalani kehidupan
dengan baik sampai ajal kita menjelang?

Belajar bersabar menerima kenyataan adalah yang terbaik :)