Thursday, November 04, 2010

sambungan Eyh Kantoi ke?

sambungan entry hari tu.....


Macam mana ye ?? selalunya perempuan yang jadi mangsalah kan itu belum kira yang kaki pukul lagi. Jarang-jarang kita dengar kisah cinta yang perempuan kuat mencarut lelaki baik gila dengar je si awek mencarut. pernah ke? aku tak pernah lagi lah. Kalau korang ade kongsi la. Bila duduk dalam keadaan macam ni. Lagi sadis . Perempuan bila dah sayang. pasti akan terima dan redha je. Lembut hati lah kata kan. Tapi kalau aku? Wakluuu! gua balas balik la kan. Mungkin sejak azali lagi aku dilahirkan dengan perasaan melawan yang sangat kuat.


Tapi pesan aku pada mereka pada situasi ini. Anda bersabar lah jangan macam aku. Takut di benci. Lelaki tak sama macam perempuan. Menasihati dan menyayangi. Tapi kalau dah tak tahan dan takde perubahan agak-agak dah ade yang korang hold ape lagi. Putus lah! (haha) Sampai bila mahu bertahan? pikirkan. Kalau aku dengar cite macam ni aku tak cakap korang curang la kan. Kalau dah hari-hari kene hadap ayat pu****k. Dayus sangat tu. Nasihat tak makan. Dah tegur tak jalan. Apa lagi mampu dilakukan. masih ramai yang mampu sayang anda dan menghargai anda. Percayalah.

Last but not least. Satu je pesanan aku. Doakan yang baik-baik untuk orang yang anda sayang. Walau pun mereka membuang anda memaki anda mencemuh anda Putuskan anda. Doakan saja yang terbaik. Mungkin ini cara Allah mengajar kita . Kadang-kadang kita jugak membuat kesilapan. Bila sesuatu terjadi. Muhasabah diri pikirkan kesilapan lampau. Ada tak? kalau ada pikirkan macam ni 'mungkin ini balasan untuk kesilapan dulu' (yang ni aku selalu pikir la ) tapi korang boleh pikirkan benda len. Sebagai untuk menerima keadaan 'putus cinta' tu dengan lebih tenang sedikit sangat-sangat. Supaya tak guling-guling sangat. (aku tertungging jatuh katil. Sebab nangis guling-guling. huhu) sebab tu lah realiti.

Pada yang penah lalui mesti cool je bila dengar orang putus cinta macam tu. dan mungkin ada yang cakap 'relex la putus cinta standard la' dan sebagainya lagi ayat yang korang penah dengar . Aku nak tanya dulu la kan. Korang cakap macam ni sebab korang yang putuskan ke atas korang diputuskan. Takpun time korang bercintaan cintuan tu korang ikhlas ke tak? Tak pun cinta monyet ke cinta cipanzi? kalau korang betul - betul ikhlas dan sayang pasangan korang betol-betol dan talak bohong punya la kan. Tak payah nak bohong sunat sangat la. Tak cool pon. Gua tanya lu orang. Putus cinta ni mampu mengubah salah satu tabi' korang yang biasa korang buat tak. ? Walaupun tak guling-guling macam aku lah kan. Contoh dulu selalu senyum 360 darjah tapi sekarang 180 darjah je tak pon senyum kambing ala sengih , muka pulak dah tak bersinar macam selalu. kalau lelaki tu tiba-tiba berjambang bagai (novel la kan) rambut kusut masai. Kalau dulu makan sekarang kurang makan. Ade jugak jadi kuat makan (macam aku). Jadi muram suram. Betol tak ? Tepuk dada sikit. Walaupun bermacam-macam motivasi dan bermacam cerita membangkitkan semangat. Sementara je semua tu. Bila lama sikit, Korang akan kembali kepada asal. dengan dunia sendiri. Menangis dalam hati.

Tapi.... Kalau ade musibah lain yang membuatkan korang lebih kuat itu mungkin. Contoh keluarga bergantung dengan kau. Oleh sebab itu korang pon sedaya upaya jadi kuat gile. boleh jadi jugak la kan. Tak pon anda anak tunggal tanak parents nampak kesedihan korang. depan mak senyum 360 darjah. belakang mak! hamek kau clubbing bagai. Ade yang macam ni. Jangan! jangan rosakkan diri dengan benda macam ni. Minum arak. nak hilangkan tekanan perasaan. sampai bila ggg? nanti korang ketagih. Betol. Tapi yang ni bukan pengalaman aku. Pengalaman member aku. Aku ade ramai kawan. Berkawan dengan semua jenis orang. Tapi walaupun kita berkawan tak semestinya kena ikot kawan kan? Kesimpulannya lagi ramai kawan lagi banyak pengalaman. (cewah) Buatlah benda lain yang melekakan. Jadi workaholic ke? lagi bagus dari alcoholic kan?

Tadi aku kata dah last. Tapi tiba-tiba makin banyak. Rasa macam dah melalut. Better stop now. Nanti kalau ada masa dan idea lagi aku curahkan dekat sini. InsyaAllah.



p/s : Doa senjata mukmin. Pada yang menunggu teruskan menunggu
sebab aku juga seorang Penunggu yang tak berhantu ;)

Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah
KERANA ALLAH.
wasalam.

No comments: