kenape ek?
Sekarang musim study weeks pasti ramai student akan ambil peluang ni pulang ke kampung halaman untuk jumpa parent masing-masing, ade jugak Universiti yang dah mula final exam. Tapi UUM baru start study weeks so aku ambil peluang ni balik gombak. Hari ni cadangnye beli tiket ondaspot. Alor Star - Kuala Lumpur. InsyaAllah. semoga perjalanan dipermudahkan semuanya.
Bila nak naik bus perjalanan jauh ni ( 6jam perjalanan ) agak seram sejuk dan cuak jugak sebab pertama kali aku naik bus sejauh ini dan sejak kebelakangan ini banyak pulak cerita yang keluar mengenai kemalangan bus. Jadi aku ade la cari sikit beberape amalam sebelum melakukan perjalanan jauh untuk di kongsikan dekat sini.
- Mulakan membaca Ayat Qursi - 1x
- Hasbunallahu wa ni'mal wakiil wala hawla wala quwwata illa billahi aliyyil 'adzim - 3x
- Bismillahilladzi laa yadhuru ma'asmihi syai un fil ardhi wala fissama' , wahuwas sami ul 'aliimm. - 3x
- "Ya Allah aku berlindung denganMu dari segala musibah dan selamatkanlah perjalananku (sekeluarga) dari segala musibah yang tidak diingini, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung"
- Allahu Akbar - 3x
- Selawat ke atas Nabi.
- Doa naik kenderaan (Subhanallazi....hingga Kalibun)
- Kesemuanya dibaca didalam hati/bibir mulut sahaja.
- Amalan ayat-ayat diatas terutama No. 2 elok juga dibaca untuk berlindung
Ini saje yang aku mampu cari, kepala ni makin berdenyut pulak. Link die pon aku tak sempat nak save dah tertutup terus, tapi sememangnya hasil pencarian kat goggle. Semoga dapat di amalkan . InsyaAllah semua selamat dengan kehendak Allah. Bagi yang bawak kereta sendiri jangan lupe periksa kereta anda dan pastikan pakai tali pinggang keledar dan tolong dapat tidur yang secukupnya. Dan yang naik bus nanti apakata kita pakat-pakat pesan kat drebar bus supaya bawak bus hati-hati. Dalam keadaan sekarang ni Nyawa lebih bermakna dari masa. Biar lambat asal semua nyawa terselamat. Kemalangan boleh dielakkan , Jadi Berhati-hati dijalan raya. Pandu Khemah Jiwa Selamat.
No comments:
Post a Comment