Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, November 05, 2010

Tunda.

Exam tunda. Semua paper lepas raya.
Bekalan makanan dekat sintok ni pon makin tertunda.
Elektrik dan Air juga bakal ditunda (berperingkat).
Waktu perjalanan bus Jugak ditunda.
Ape je yang tak tertunda sekarang ni???


p/s : Mula-mula kata macam tu. Lepas tu kata macam ni. ape ni? haish.

Thursday, November 04, 2010

Main kasar tu der...

Memang kasar aktiviti aku hari ni, satu hari tak henti-henti buat kerja. Tapi puas hati gila sebab akhirnya saya mampu berbakti kepada negara , agama , masyarakat dan bangsa. (cewah) gambar ada tapi aku penah gila. Keadaan sekarang pun dah agak kelam kabut. Aku serabut gila. Tekanan. Tensyen. Macam-macam aku rase, Sumpah ini pengalaman yang sangat bermakna. Berita terbaru. Makanan,bekalan air dan elektrik akan dicatu. dan exam kami di tangguhkan selepas Raya Haji (yeah!). setakat ini saja. Aku dah tak larat sangat. Rasa nak cabut semua tulang. Salam sayang. Jaga diri Jaga hati. Sekian.

p/s : Mintak-mintak ape yang di rancang berjalan lancar sebab aku berniat ikhlas .

Gambarajah : Google
Adui baru putus tak sampai sebulan kau dah letak gambar kau dengan perempuan lain. Memang kasar tu der. Takpe lah. Aku doakan bagi pehal Ex kau. Semoga kau happy la dengan ape yang kau buat, bukan ape kalau lah niat kau nak buat dia sakit hati. Aku rasa kau dah berjaya. Tahniah la. Kepada kau orang yang aku tak pernah kenal dan jumpa. Kuat dan terus bertabah.

Tahan Kencing. Best Giler.

Korang penah ke? aku penah. tak payah la nak malu segan cover kate tak penah. mesti penah. Berape lame korang penah tahan? (haha) aku 2 jam! ;) ingat lagi aku, dulu waktu kelas kimia masa tingkatan 5. Cikgu aku cukup pantang student die keluar kelas time dia mengajar dan dia tak suke alasan 'cliche' terutamanya nak pergi tandas buang air. Mesti dia cakap macam ni.

' Saya masuk lambat 5 minit dan pada masa tu kamu boleh pergi buat ape yang patot, bila saya dah masuk kelas pintu akan ditutup tiada siapa yang dibenarkan masuk dan keluar kelas. Kalau nak terkencing. TAHAN. manusia boleh tahan kencing selama 3JAM . Paham?'


ayat lebih kurang macam ni la. aku reka-reka sikit bagi sedap tapi isi die same mungkin penggunaan ayat yang berbeza . hah! mampu ke? mau pecah pundi kencing korang kan. Tapi aku sayang die. Seorang guru yang berkualiti. Itu je nak cakap.

Disebabkan tak tidur satu hari. Gua konon nak study lah kan, Tapi bila dah berhadapan dengan laptop macam semua harapan tingal harapan. Aku tengok movie. Sempat la layan Narnia. 1 and 2 tau. Syok pulak tengok cerita tu padahal dalam hati risau exam. Disebabkan terlampau bosan study management. Memang tak la aku nak bukak buat masa sekarang ni.

Lepas tu pergi baca balik semua Olders post aku. Mak ngai! sumpah! malu , geli , bercampur aduk. Tak tau nak cakap rase ape dah. Macam 10 jenis buah yang diblender sekali. agak-agak teruk tak rasa die? Mana tak nya. Entry 2 tahun lepas. Waktu umur baru awal -awal berblog ni. Ayat pun budak-budak lagi. Ejaan pun 'teringkas' tak ingat. Kalau ade kuase aku nak ubah je semua tu. Tapi tak mampu la mak. So tengok je la. Bukan ade orang nak pergi bace balik yang tahun 2008 tu. (ade ke?) haha. Segan betul. Sungguh-sungguh ni. Malu sendiri aku bace. Agaknya macam tu lah orang bace entry aku waktu tu.

'eeee Syiok sendiri budak ni'


Biar lah blog aku kan (cakap baik-baik) . tapi memang geli la kan sekarang bila bace balik. rase nak delete je semua post tu. Rasa je la tapi tak sampai hati nak buat pon.

berkenaan Entry bawah ni. Semalam tadi ke pagi tadi. I'm not sure. aku dah pergi kat blog dia. dan komen aku dah publish pon, fuh lega aku komen sebagai anonymous letak name (silent reader) . hihi . Mungkin bukan sekarang untuk die tau sapa aku. atau mungkin sampai bila-bila dia tak akan tahu. w0w! misterinya (haha). Doa terbaik untuk dia InsyaAllah :)

sekian.

p/s : Hari ni nak jadi sukarelawan banjir. Bersemangat! walaupun tak tido satu hari ^_^


sambungan Eyh Kantoi ke?

sambungan entry hari tu.....


Macam mana ye ?? selalunya perempuan yang jadi mangsalah kan itu belum kira yang kaki pukul lagi. Jarang-jarang kita dengar kisah cinta yang perempuan kuat mencarut lelaki baik gila dengar je si awek mencarut. pernah ke? aku tak pernah lagi lah. Kalau korang ade kongsi la. Bila duduk dalam keadaan macam ni. Lagi sadis . Perempuan bila dah sayang. pasti akan terima dan redha je. Lembut hati lah kata kan. Tapi kalau aku? Wakluuu! gua balas balik la kan. Mungkin sejak azali lagi aku dilahirkan dengan perasaan melawan yang sangat kuat.


Tapi pesan aku pada mereka pada situasi ini. Anda bersabar lah jangan macam aku. Takut di benci. Lelaki tak sama macam perempuan. Menasihati dan menyayangi. Tapi kalau dah tak tahan dan takde perubahan agak-agak dah ade yang korang hold ape lagi. Putus lah! (haha) Sampai bila mahu bertahan? pikirkan. Kalau aku dengar cite macam ni aku tak cakap korang curang la kan. Kalau dah hari-hari kene hadap ayat pu****k. Dayus sangat tu. Nasihat tak makan. Dah tegur tak jalan. Apa lagi mampu dilakukan. masih ramai yang mampu sayang anda dan menghargai anda. Percayalah.

Last but not least. Satu je pesanan aku. Doakan yang baik-baik untuk orang yang anda sayang. Walau pun mereka membuang anda memaki anda mencemuh anda Putuskan anda. Doakan saja yang terbaik. Mungkin ini cara Allah mengajar kita . Kadang-kadang kita jugak membuat kesilapan. Bila sesuatu terjadi. Muhasabah diri pikirkan kesilapan lampau. Ada tak? kalau ada pikirkan macam ni 'mungkin ini balasan untuk kesilapan dulu' (yang ni aku selalu pikir la ) tapi korang boleh pikirkan benda len. Sebagai untuk menerima keadaan 'putus cinta' tu dengan lebih tenang sedikit sangat-sangat. Supaya tak guling-guling sangat. (aku tertungging jatuh katil. Sebab nangis guling-guling. huhu) sebab tu lah realiti.

Pada yang penah lalui mesti cool je bila dengar orang putus cinta macam tu. dan mungkin ada yang cakap 'relex la putus cinta standard la' dan sebagainya lagi ayat yang korang penah dengar . Aku nak tanya dulu la kan. Korang cakap macam ni sebab korang yang putuskan ke atas korang diputuskan. Takpun time korang bercintaan cintuan tu korang ikhlas ke tak? Tak pun cinta monyet ke cinta cipanzi? kalau korang betul - betul ikhlas dan sayang pasangan korang betol-betol dan talak bohong punya la kan. Tak payah nak bohong sunat sangat la. Tak cool pon. Gua tanya lu orang. Putus cinta ni mampu mengubah salah satu tabi' korang yang biasa korang buat tak. ? Walaupun tak guling-guling macam aku lah kan. Contoh dulu selalu senyum 360 darjah tapi sekarang 180 darjah je tak pon senyum kambing ala sengih , muka pulak dah tak bersinar macam selalu. kalau lelaki tu tiba-tiba berjambang bagai (novel la kan) rambut kusut masai. Kalau dulu makan sekarang kurang makan. Ade jugak jadi kuat makan (macam aku). Jadi muram suram. Betol tak ? Tepuk dada sikit. Walaupun bermacam-macam motivasi dan bermacam cerita membangkitkan semangat. Sementara je semua tu. Bila lama sikit, Korang akan kembali kepada asal. dengan dunia sendiri. Menangis dalam hati.

Tapi.... Kalau ade musibah lain yang membuatkan korang lebih kuat itu mungkin. Contoh keluarga bergantung dengan kau. Oleh sebab itu korang pon sedaya upaya jadi kuat gile. boleh jadi jugak la kan. Tak pon anda anak tunggal tanak parents nampak kesedihan korang. depan mak senyum 360 darjah. belakang mak! hamek kau clubbing bagai. Ade yang macam ni. Jangan! jangan rosakkan diri dengan benda macam ni. Minum arak. nak hilangkan tekanan perasaan. sampai bila ggg? nanti korang ketagih. Betol. Tapi yang ni bukan pengalaman aku. Pengalaman member aku. Aku ade ramai kawan. Berkawan dengan semua jenis orang. Tapi walaupun kita berkawan tak semestinya kena ikot kawan kan? Kesimpulannya lagi ramai kawan lagi banyak pengalaman. (cewah) Buatlah benda lain yang melekakan. Jadi workaholic ke? lagi bagus dari alcoholic kan?

Tadi aku kata dah last. Tapi tiba-tiba makin banyak. Rasa macam dah melalut. Better stop now. Nanti kalau ada masa dan idea lagi aku curahkan dekat sini. InsyaAllah.



p/s : Doa senjata mukmin. Pada yang menunggu teruskan menunggu
sebab aku juga seorang Penunggu yang tak berhantu ;)

Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah
KERANA ALLAH.
wasalam.

Wednesday, November 03, 2010

Banjir makin teruk.

Bismillahhirohmanirrahim.


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sejak semalam bertambah buruk hari ini apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Yea. makin teruk dan buruk. aku ingat makin baik dan elok. Sepanjang perjalanan balik KL-Sintok aku tidur . Maklumlah hati hiba menangis tak henti-henti. Baik gua tido dari bunyi tangisan ni jadi muzik orang kiri kanan. Tapi bila celik mata ja tengok tepi tingkap kawasan sawah padi dah macam laut. Penuh dengan air. Kesian . Mesti rugi beribu . Kesan bencana Alam . SubhanaAllah . Nauzubillah .


Dalam pada itu katanya, bencana tersebut turut menjejaskan tanaman padi di seluruh negeri ini sehingga menyebabkan seluas 3,980 hektar padi tenggelam.
petikan utusan online.

seluruh negeri ini merujuk kepada negeri Perlis tapi memandangkan Sintok ni dekat sangat dengar Perlis so memang view die tetap sama la kan. Tiada lagi sawah padi yang ada hanya takungan air.

Macam-macam perasaan ada. Takut ada, Risau ada, Sedih ada, Teruja pun ada. Ape ke hee la teruja tu pun aku tak tahu. Tapi sejujurnya inilah pertama kali aku berhadapan dengan situasi ini. Walaupun kat Kachi ni takde banjir tapi kesan sampingan tetap terasa. terputus hubungan, kekurang makanan dan Kekurangan topup (penting gila ni) . Tapi yang paling sedih terputusa hubungan. Aku tak pernah terpikir semua ni masa aku isi form online permohonan upu dulu. Kalau la aku tahu. Kalau lah. hmm

Apa-apa pun aku bersyukur disini tak seperti disana. Tak seperti di Kangar. Tak seperti Di Kelantan. Tak paling penting tak seperti di Indonesia. Bencana yang lagi menduga. Bencana yang meragut nyawa. Sesungguh setiap bencana da hikmah nya dari Allah. Diharap semua rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk semua yang terlibat. Supaya semua berjalan lancar dan tiada lagi korban nyawa.

Pesanan kepada mereka yang terlibat (konon-konon depa baca lah kan) : jangan main ayaq banjiq na. tak baik tok kulit. Ayak kotoq. Lagi teruk kalau ang mati lemaih, So ingat lah orang tersayang. Maq Paq ang kat rumah nun. Beq p baliq tolong depa. lagi baguih. (ejaan daripada saya sebutan daripada anda)

Ok setakat ini sahaja.
Please guys pray to Allah to stop this disaster.


p/s : Berikan ku sedikit masa . Takutnya tak sempat.
Lambat lah masa. Lambat lah isnin.
Cepat lah kau surut. Cepat lah.
amin

Eyh kantoi ke?

Nak gelak ke nak garu-garu kepala ke nak buat ape? kan hari tu aku ade cakap yang aku baru jumpa dia balik. ingat tak? dan secara rasminya aku pergi komen la dekat salah satu entry die. aiyaakkk! aku betol-betol tak ingat samade aku buat anonymous atau pun aku letak name aku. Tanak die kenal sape aku. Tanak die tau pon. Even mungkin dia tak heran la kan. Tapi tanak die tau jugak! Sebab ex die kawan AD And aku tanak die tau la kan. Sebab aku dengan AD pon gitu-gitu je sekarang dah lah si ex die ade sebut-sebut name si dia dalam komen entry die. tapi tatau la orang yang sama or tida. ramai kot guna nama tu. Tapi sekarang ni rasa macam risau je kalau dia tau aku silent reader blog dia. sebab ape pun tak tau la. haish


Pernah tak anda semua memalukan diri sendiri atau lebih kurang merendahkan martabat diri untuk seseorang yang anda sayang?Jangan salah paham. Aku maksud kan membuat sesuatu atau lebih kepada usaha lah kan. contoh : sanggup pergi pinjam duit kat Ahlong sebab nak jumpa orang yang korang sayang (jumpa tau bukan nak beli Felali tok dape). tak pon penah tak korang dok p mintak sedekah semata-mata nak dapat duit sikit untuk jumpa mereka.?

Entry ini tidak di tujukan pada sesiapa. Bukan apa cuba bayangkan. Kalau orang tu tahu adakah mereka menghargainya? Mungkin mereka hargai kalau mereka sayang kita sama macam kita sayang depa tapi Kalau diorang dah tak rasa sayang tu tapi kita je yang terhegeh-hegeh. Mesti percuma je korang dapat ayat macam ni. ' Yang kau bodoh sangat buat kerja tu kenapa?' , tak pun ' kita dah tak de ape-ape, lantak kau lah, buat benda tak guna otak'. Aduhai kejam nye kenyataan kan? tapi itu untuk yang dah membenci lah kan. Tapi pada yang masih ade hati perut pasti die menasihati. contoh ayat macam ni 'Awak jangan la buat semua ni, benda ni tak mampu ubah ape-ape' atau pun 'Saya tak perlukan pengorbanan awak lagi, pikirkan diri sendiri dulu, jangan macam ni lagi'. Mungkin la kan. ayat ni aku reka je. kot-kot korang ade ayat lain ke. ha share la kan.

Tapi bagi kita yang di tinggalkan mesti merasakan usaha tu perlu supaya kita tak menyesal kemudian. Kadang-kadang aku pun ade terfikir macam tu. Aku selalu fikir macam ni. 'ehmm kene ke?' tak pun 'aku takot die nak tengok aku macam mane je' tak pun bila dah lame-lame aku cakap macam ni 'tah-tah dia nak tengok kesungguhan aku kot' . Tapi aku ni jenis ego. Ade sedikit ego tapi tak setinggi ego lelaki. Buat masa ni ego aku tu dah berkurangan semua sebab si AD ni. Sebab tu aku kata dia berbeza . Tapi yang berbeza tak semesti nya untuk kita.

Tapi mesti macam pelik kenape dia nak tengok kesungguhan aku pulakkan? Jangan la fikir aku penah curang ke ape. Ade sebab tertentu kenape dia rasa begitu. Dan aku paham.

Cinta ni bukan untuk kita mengubah seseorang tau. Tapi kita sendiri akan berubah bila kita mencintai seseorang. Hanya yang bercinta je paham. InsyaAllah la. So and so tak perlu kita memaksa. Aku kurang suka bila dah putus salah seorang merayu-rayu. Jangan! itu sama macam menjatuhkan maruah diri. Dan takut mereka terima anda kembali atas dasar SIMPATI. Penah tak dengar ayat ni ' Kalau kita sayang kan orang tu kita lepas kan dia pergi tapi kalau dia datang balik maknanya orang tu memang sayang kita' ( lebih kurang la. aku bukan ingat sangat) Jadi Tolong lah, Lagi sakit bila kita tau dia masih dengan kita kerana simpati. Bila dia kata putus. Kita just OK. eyh! kering sangat ayat tu. Tanya dulu kenapa. Bila die dah bagi alasan, Kita terima je. Walaupun dalam hati rase tak masuk akal. Takpun rase macam gila je alasan tu. Pedulikan. Terima keadaan setenang-tenang je. Lepas beberapa jam baru nangis macam orang gila (bila baru sedar yang kita dah putus.haha.) eyh.Yang pasti ucapkan TERIMA KASIH. cukup . (yang ni aku penah buat) . dan waktu tu pada yang ada hati pasti rase serbasalah. time tu la kita main tarik tali. yeah bebeh!

Tapi ingat JANGAN SESEKALI MEMAKI HAMUN. Kita pegang pada satu ayat ni. JANGAN BUAT BENDA YANG KITA TAK SUKA ORANG BUAT KAT KITA. (maaf bahasa melayu pasar). Kalau kita pegang benda ni cukuplah. Bila kita dah mula mencarut - marut ni mesti teros terbiasa punya. Aku bercakap dengan pengalaman yang lepas-lepas. Bila sekali kita dah cakap babi ke babi hutan hah! bersiap sedia lah untuk balasan makian yang seterusnya dari pihak lelaki. Diorang lagi advance kadang-kadang kita kalah dan diakhiri dengan tangisan. Mungkin juga kita bukan jenis yang bergini tetapi pasangan kita pulak, bagaimana?

sambungan entry bila aku rasa nak post lagi................

Monday, November 01, 2010

Keadaan sebenar.



dalam video ni menunjukkan keadaan tasik dalam UUM
dan anak sungai di dalam UUM
serta sebatang sungai sepanjang perjalanan nak ke UUM
yang tasik tu kalau korang perasan
dah menenggelamkan sebahagian batang pokok
dan bangunan berhampiran tasik
sekian.

Sunday, October 10, 2010

Tolong Jangan buat aku mula menyampah dan meluat dengan kau :)

Kenape kucing suke pergi dekat orang yang tak suke dia dan geli dengan dia? Roommate aku geli dengan kucing, lepas abes class pagi aku balik bilik. On the way nak balik ke bilik aku jumpa kucing orange ni, comel sangat dan pandai main. Sepanjang jalan balik aku panggil-panggil dia sambil goncang-goncang kunci bilik, at last dia ikot aku sampai la kebilik. Aku letak atas katil dia taknak, dia pusing-pusing last dia pergi duduk bawah katil dak bilik aku.hahah! dan kebetulan minah ni geli kucing. See!? dia cam tau-tau je yang orang tu geli dengan dia dan itu la dia lagi suka. Ade satu part tu, dia pegi duduk kat tempat lap kaki bilik aku , tiba-tiba je tadi elok dok bawah katil jilat - jilat badan, sekali member aku masuk terkejut la makcik tu (haha!) kucing depan pintu. Comelkan? dah lah baik. Tak bising. Diammm je. Last-last dia keluar sendiri, Tatau pergi mane :)

I love cat!
I love Animal!

p/s : cita-cita dulu nak jadi Dr Haiwan, Tapi takde rezeki :P

Cinta bukan menjanjikan Pelamin.

Yea! cinta bukan menjanjikan pelamin so jangan terpedaya dengan cinta. Kalau cinta antara kite dengan Allah, keluarga dan kawan-kawan takpe, tapi kadang-kadang dengan kawan-kawan pun tak boleh nak pegang sangat. Sentiasalah berhati-hati dalam hidup ni, menilai dari segi rohani bukan jasmaninya, dari segi pelakuan dan akhlak bukan kebendaannya. Duit kita boleh usahakan, tapi akhlak dan perlakuan? percayalah! kalau sekali kita buat silap orang akan ingat sampai bila-bila, walaupun kita tak akan buat lagi selepas itu tapi pasti manusia akan sentiasa mengingati perkara buruk itu walaupun kita melakukan beribu-ribu kebaikan.

when you are right no one remember but when you are wrong no one forget

so hindari dari membuat kesalahan sebab ini memang dah memang menteliti kebanyakan orang kite buat masa ni, aku bukan nak menunding jari tapi kadang-kadang kite sendiri ter'buat'. Lepas ni dah taknak. Kita mulakan perubahan dengan diri sendiri dulu la kan. Baru nak nasihatkan orang lain sebab kita pon masih belum sempurna. sekian.


p/s : tadi aku teman myra n the geng pergi screen shoot tok telefilem UUM. Tajuk tak pastilah. Pada aku Myra dah buat sesuatu di luarkan kemampuan yang sepatutnya dia merasakan kepuasan :)



Gambarajah :



Before Screen Shoot



Penal Penilai


On Camera Rotate, Action! ;)

The End

Wednesday, October 06, 2010

Abang Asrama!

Teruja sangat sampai ASMARA pun tertaip ASRAMA :P
He's a good motivator.
Enjoyable. Humble. Relexcable. Selambeble.Hansomeble.Wangiable.
haha!

I Love Him!
tiba-tiba je.
Check this out!


Real Fazley IN MY OMNIA!

MY GOODness! ILOVEPINK! (merujuk semua gambar beliau)



Tak de Rezeki.
(gambar bawah tau)

keterangan :aku dah betol-betol sebelah dia,
camera pon dah snap! tapi lambat! hasilnya? INILAH.


Abg Fazley Nak Sign!


Keterangan : Hanya ini yang sempat :)






Sesudah itu (merujuk gambar dibawah):






Tammat Tontonan Gambar.


p/s : gua janji kat makcik ina nak cite pasal ape yang die motivate
tapi keadaan tak mengizinkan la sebab sekarang sudah jam 2:00 pagi
penat sangat, lain entry gua cerita k ;)


OI! TANGAN DIA LEMBUT OK!

Cara-cara untuk mengurangkan bebanan tanpa mengeluarkan wang ringgit.

Picture Viewing



sila abaikan susunan gambar. untuk tatapan sahaje.
Semua single and adorable available
kecuali yang lelaki tu
Please Noted!




Jawapan
: Keluar lepak dengan kawan-kawan dekat cafe DPP,
dan pow dorang belanja air ;P


p/s : kenapa dia diam bila aku tanya pasal keje? haha!
big

L . O . S . E . R


How to handle an egoistic people?

How to face them?

IGNORE

masa tengah nak tunggu kelas Ko K, tiba-tiba kucing ni lalu, sungguh sama macam my Blacky (haha!) Sayang! u ade kembar tau. sejibik! sejibun! takde lebih takde kurang. sume same. cume dia tak reti bergambar je ;) tengok la. sume gambar tak jadi! bergerak.






p/s : hallamak bro! i know u better la. Just stand where ever u want. I still can recognize you.
Gottcha!;)

Keje Last Minit Jadi Mudah Bila Ada Kerjasama.

Sokong Tak? kalau sokong.Tekan button merah kat atas belah kanan! haha. Joke la kan.hmm kalau aku , aku sokong sebab aku dah lalui nya :D tapi tak elok lah diamalkan selalu, nanti banyak sangat yang tertangguh susah pulak nak bahagikan masa. Tapi Alhamdulillah itulah yang terjadi time Assignment Financial And Reporting (FAR). Benda ni ade yang kate Thesis ade yang kate Assignment tapi bila tanye, simple Thesis? ade ke? tak kesah lah. Tapi kitorang berjaya settlekan keje keja tu dalam masa yang tak sampai seminggu, peruntukan masa yang diberi selama sebulan lebih . So tak boleh high expectation la untuk hasilnya bila dah last minute ni, kalau nak buat yang gempak giler sila lah buat mengikut masa yang diperuntukkan.Sekian

Apa-apa pun apa yang penting? KERJASAMA.

muka-muka bahagia buat assignment last minute. cekedoaut!


Gambar bawah ni Mat (kemeja putih) and Suhail (kemeja biru)
Giler Wayang!
Wayang Kulit punye.



p/s : Terima Kasih En. Farid Asraf yang banya membantu
(eh! En. Bace blog saya ke?) haha!

Tuesday, October 05, 2010

Aku Memang suke tengok perempuan bergadoh dekat khalayak ramai.

Penah tak anda semua terfikir kenapa mak aku tak bagi aku derma darah? aku sampai sekarang terfikir kenape. Tapi dak suhail ni rajin derma darah katanya, kalau boleh nak derma ikot step (3bulan sekali). Rasa best dapat buat sesuatu yang dapat membantu kata nya :) my wish oneday dapat buat sesuatu yang membantu jugak. InsyaAllah.

The Blood. Merah. Red. Berbuih-buih.Bubbly Bubbles.

Sebelum Upacara. Kasi sembang cket.

ok. Lets Go.

Si Penderma. Sempat lagi main Mesej.
Ailin tak lari la dude!

Yang kat kaki tu rasanye sijil. Derma Darah dapat sijil.



terima kasihla sebab ingat aku even gambar tengah tido.



Bestkan setakat langgar bahu dah kecoh satu Kolej, baju dah cun kebaya muke make up da macam mayat artis. Tapi mulut mak aih! paham - paham la bro. Menyampah pulak, diri ni bukan la bagus mane, jalan pon selalu jugak langgar orang tapi kalau setakat orang tu cakap

'takpe langgar la lagi'

'girl jalan tengok depan la'

kalau takat ayat gitu pon nak marah meh aku langgar ko sampai mati la. ok tak? kesimpulannya Bahasa tak seindah rupa. Aku tak kata muke dia cantik la cume kulit dia putih so kulit putih tak semestinya hati putih kan????




p/s : suke giler tengok member dia backup tadi.
Kalau aku kat tempat kejadian cane ek???

i'm wondering ;)

Sunday, October 03, 2010

Perempuan sememang nye beremosi.

Banyak entry aku tertangguh gara-gara emosi yang tak menentu. Kalau lelaki mudah je diorang mengenepikan emosi . kenape yea? hmm dah lah.. untuk permulaan yang baru ni aku nak bagi tau yang aku dah join ceramah motivasi Dr. Fazley! wahahaha... mula-mula cam biase je. siap kutuk-kutuk g ngan diana (ape la sangat dr fazley) last aku yang beria-ia nak pergi.. Tak sabar nak jumpa Dr. mane tau dapat gambar same ke kan. extually aku tak berape minat die sebagai penyanyi tapi sebagai seorang akedemikSIAN ni mungkin aku ade hati sikit kat die la ♥ so aku memang sangat tak sabar nak tengok die bercakap kat depan.

Tajuk ceramah
: Cinta, Kerjaya dan dot dot dot..............


gambar curi dari Google je


p/s : teringat lawak seorang teman. ' lepas Dr Fazley
ade Dr yang lagi best akan datang ceramah'
'Dr Mat ( merujuk pada diri sendiri)
Hak tui! hahaha

Saturday, October 02, 2010

Sayang dan Cinta diri sendiri dahulu.

Sangat sakit bila kita cuba menidakkan kehendak hati nurani ni. Sesungguhnya perasaan aku terhadap dia adalah ikhlas. Tapi ini takdir penentu. Aku akan ikot dan terus kan kehidupan ini. Melupakan dan menidakkan kau adalah perkara paling sakit yang pernah aku lalui. Tapi ini mungkin yang terbaik, cuba sedaya upaya untuk bangun kembali. semua tentang kau aku cuba jauhi. Tapi belum sampai untuk membuang, sebab aku terlalu sayang. Aku jauhkan diri dari terus dekat dengan kau sebab kau yang membuang. Ini takdir penentu betapa sakit dan seksa nya aku. Hanya yang pernah mengalami paham tanggungan aku. Bagai separuh diri ini pergi . Tapi hanya seketika. semua semangat bagai hilang. Tapi Alhamdulillah masih aku ade keluarga,kawan-kawan yang menyambut disaat kejatuhan aku. Kau bukan satu-satu nya yang aku perlukan dalam hidup ini. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Setiap malam aku berdoa supaya aku dapat Jalan dan Petunjuk, dan masa sudah sampai seharusnya aku menurut. Aku tinggalkan semua kenangan. Aku buang semua impian. Yang tinggal hanya aku yang tunggal ini untuk menempuh hidup mendatang. Tanpa Kau Sebagai Kekasih diSisi. Aku redha :)



Ya Allah Tuhanku berikan aku sedikit kekuatan dan ketabahan seperti
orang terdahulu untuk menempuh kehidupan di Dunia ini,
yang penuh dengan penindasan dan ketidak adilan.
amin ya robbal alamin


p/s : new life begin :)

Sunday, September 26, 2010

Hari Raya yang bahagia

Tiba-tiba terasa nak buat entry ni, sebab tadi belek-belek tumbdrive terjumpa gambar time beraya dekat rumah daus. Kenape aku cakap bahagia, tahun ni tahun pertama Syuhada rakan serumah dan sekelas aku time dekat politeknik dulu beraya sebagai tunangan orang. Alhamdulillah Panjang jodoh diorang, 3tahun bercinta akhirnya bertunang dan semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan keakhir hayat mereka. InsyaAllah

Yang menambahkan lagi rasa bahagia tu, bila tahun ni Raya Pertama 'anak' kesayangan ibu (Aqil Danish) yang comel, encem, montel, nakal, busuk dan semualah! comel sangat budak tu. Comel dan pandai. Garang pun ade, aku suke kacau die ♥

Aqil sayang besar nanti jadi anak yang soleh dengar cakap Mama, Mummy and Ibu okeyh. Kami sayang aqil sangat-sangat. Okeyh! jom tengok gambar :)