Tuesday, December 21, 2010

Update laju ikot MHI - Penyebab bunuh diri .

Penyebab bunuh diri adalah penyakit mental . Tanda-tanda orang yang kearah ni adalah individu yang mengalami kemurungan yang melampau sehingga menjadi  penyakit . Kemurungan adalah biasa tapi bila terlampau dia akan bertukar menjadi penyakit . Perasaan sedih yang terlampau, takde minat , tiada semangat . Dan selalu nya individu yang mengalami keadaan macam ni berada dalam keadaan putus harapan dan merasakan tiada lagi jalan selain membunuh diri . Untuk pengetahuan semua kemurungan adalah satu penyakit yang ada ubat .Pesakit hanya perlu tampil kedepan dan berjumpa dengan pakar kesihatan , bukannya menyimpan sendiri segala tekanan dan kemurungan .

Peratusan kemurungan dekat Malaysia ni Wanita melebihi lelaki . Tetapi wanita lebih cenderong mencari penyelesaian dengan berjumpa doctor atau counselor. Berbanding dengan lelaki , mereka lebih ego dimana akan cuba mencari penyelesaian sendiri . Seperti minum arak , ambil dadah  dan banyak lagi lah . dan kebanyakan nye mereka lebih cenderong mengambil altenatif yang negatif  dimana bersifat sementara dan akhirnya jadi la 'bunuh diri' .

Untuk berhadapan dengan individu macam ni , orang sekeliling tak digalakkan marah dan bagi tekanan kepada mereka. Tetapi lebih digalakkan berbincang dan mendengar luahan mereka . kemudian nasihati mereka untuk berjumpa dengan pakar atau pon doctor .

Kebanyakan kes bunuh diri  adalah terdiri dari golongan dewasa , sekarang orang muda juga semakin kerap membunuh diri mengikut statistik (kenyataan lisan dari penceramah jemputan MHI ).Paling membayakan apabila ada laman sosial yang memberi cara-cara bagaimana untuk 'membunuh diri' dengan menyenaraikan cara-cara dan ubatan-ubatan dengan sukatan berlebihan .

Kesimpulannya kalau kita ada nampak tanda-tanda kawan-kawan kita or adik beradi kita yang macam ke arah sakit mental . tolong selamatkan dengan segera . Bukan sakit jiwa je sakit mental , banyak lagi yang boleh di klasifikasikan sebagai penyakit mental. Sila google kalau nak tau . (hak hak) So jangan ambil mudah . Be alert with your surrounding .

Nota kaki : sumber tv 3 . Malaysia Hari ini 21/12/2020 .


p/s : dah rasa macam buat kesimpulan paper bm SPM . HA HA HA .

No comments: