Showing posts with label noin. Show all posts
Showing posts with label noin. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

From Gabai to Chiling

Gambarajah : WaterfallofMalaysia .
Current Mood : Keterujaan nak mandi sungai .


pfffttt . Guys I will be there today. yaw!
So excited , hope everything goes 'smooth criminal' . haha . *sigh

ok bye!

Tuesday, December 14, 2010

Budak Zaman sekarang dah Tak main McD dah.

Klik gambarajah untuk tumbesaran yang Gemok .



ke aku yang belagak terlalu tua, sampai tak sedar semua ni -__-

@ kau budak kecik yang belagak dewasa, konon tak makan McD .

@ kau membesar terlalu cepat ! tak ikot turutan yang sepatotnya .

hahahaha . Ok bye !



monolog dalaman : kenapa aku blind kan nama fb aku ? . Mungkin feel macam famous blogger kot . Identiti di rahsiakan . wakakaka .



p/s : kenapa aku rasa kasar sangat bila budak kecik guna perkataan KAU dan AKU ? hmm
Maybe we should stop use KAU dan AKU in front of 'budak kecik' . Sangat tak sopan bila mereka menggunakannya . Kasar !

Monday, December 13, 2010

Dah malas nak letak url dekat gambar.

Aku dah jarang update kan. Masalah aku ni . Tapi aku gagahkan jugak update blog ni . So enjoy picture je lah. aku dah tak mampu nak berkata-kata. nak menaip pon dah malas gila sampaikan nak letak url kat gambar pon dah malas. Harap-harap takde pape la. risau jugak mane la tau kan orang ambik salah satu gambar lepas tu salah gunakan ke. sape tahu. Malang tak berbau .
ok . bye .


























p/s : sekarang ni rasa macam lagi suka letak gambar banyak-banyak jer dari membebel. Mungkin sebab bila balik rumah aku dah ada tempat nak membebel ^^ .
p/s/s : LAPTOP AKU ROSAK ! haa kasik besar sikit. bold and red color lagi. atau mungkin sebab ni aku malas nak update blog -__-

Tuesday, December 07, 2010

Balik Haji .

Umihabibah Abu Talib . sedap tak nama? sangat bermakna kan.. dah macam orang-orang zaman Rasul s.a.w . Dia kawan aku, dari sem 2 sampai sem 5 duduk serumah. Dia dah pergi haji, so kene panggil dia Hajjah Umi :)



dan ini aku dengan akma ... Alor Star ----> Kuala Lumpur










Dan ini beg aku ....







20 KiloGram





Ala-ala macam orang nak pergi haji ,
Tapi versi taknak balik Malaysia dah -__-
berat sangat tau! jangan tanya aku bawak macam mana.

p/s : semakin hari , semakin kuat , rindu rindu ku padamu. Tak tahan ku menanggung.

Hip hip Horeyy ! Hip Hip




GEDEBUK!


Gambarajah : Keadaan di tempat kejadian
Hampasss!

'Kau study betol-betol tak ? '
'Betul-betul la , mana ada study main-main'
-__________________-


p/s : yeaaa. exam dah habis . Tapi rasa dia lain bila kita tak All Out masa study , macam takda beza . Lebih kurang la .

Selamat Menyambut Awal Muharam.

Sunday, December 05, 2010

Rimaslah aku dengan perangai kau ni

Pernah dengar perkataan habit ? habit = habitat .?

Entah la tak pasti, malas nak mencari maklumat tapi yang selalu aku dengar mak cakap 'habit' . Aku ada satu habit yang sampai sekarang aku tak mampu nak control lagi, dan selalunya habit ni akan jadi bila aku jadi blank atau pun mati akai . Contoh kalau aku tiba-tiba blank bila taip entry sebab takdak idea, haaa nanti tiba-tiba jugak lah tangan aku naik buat pe'el 'habit' pelik ni .

Korang ada habit ? Jangan la malu-malu . Sharing is caring . hihi . Aku dah hidup dengan habit ni sejak form 1 lagi, macam mana tercetusnya habit ni pon aku tak pasti. Tapi mak dengan ayah aku memang marah habis dengan habit aku ni . RIMAS. Diorang cakap la. Tengok pon rimas. boleh rimas ke ? Tak paham lah . Nak tau apa habit aku .. habit aku adalah MAIN BULU MATA .

Rimas tak dengar ? kalau rimas maksudnya memang rimas lah . kalau dulu , sebelum kene tegur . Tengah tengok tv pon aku boleh main bulu mata . Lagi-lagi kalau cerita adventure tak pun cerita yang ala-ala jumanji yang buat kita kene memikior apa ending cerita tu . Tah apa kaitan dengan habit ni pon aku tak tau . Kadang aku rimas jugak , sampai aku rasa nak cabut semua bulu mata ni , supaya tangan aku tak gedik-gedik dah nak pi main bulu mata . Tapi akal aku tak mampu nak mengawal . sampai sekarang lah aku dengan penyakit ni . Nanti kalau korang nampak aku main-main bulu mata. Jangan cakap aku gila pulak (-_-') .



Sebelum



Selepas
sila abaikan serombong asap tu


Ambik kau. Tebelalak mata. Nampak tak ? Tak de beza pon kan. Tapi korang boleh kira tak berapa helai bulu mata aku ? dah la sikit straight pulak tu. Dah macam bulu mata gajah. Pakai lah 100kali maskara yang 360 curl pun , takde lentiknye bulu mata gajah aku ni. Tapi ade kelebihan. Bulu mata aku panjanggg. Kalau habuk nak masuk mata tu percentage dia sangat rendah la.Tapi tak tau la kenapa dalam gambar ni nampak pendek. Mungkin taknak bagi aku riak kot . ^^

ok aku ada teka teki .....

Cuba korang bayangkan kalau aku takda bulu mata?

eyh tak payah aku lah, cuba bayangkan kat diri sendiri pon dah cukup. Kalau nak trill lagi bayangkan korang takde kening jugak . haa amacam ?


p/s : tu teka teki ke?


Up coming entry .... HEADER BARU ;)

Friday, December 03, 2010

Good Bye Suhail :)

Aku ada kawan, seorang KAWAN lelaki . Untuk pertama kali aku ada kawan LELAKI. Untuk erti kata kawan lelaki yang sebenar . Erti kata sebenar disini. Kawan yang kawan. Bukan kawan yang kerana sekelas atau kerana se'course' . Tapi kerana dia KAWAN. Get it ? aku buke nye nghama saing ngan budok jate. Mintak maaf la budak2 kelantan . tiba-tiba je rasa nak guna loghat kelantan. Harap-harap betul lah sebutannya. Kawan lelaki aku ni bukan budak kelantan. Tapi budak bilik dia budak kelantan.haha. dia tah la! aku pon tak tau budak mana . Tapi dia orang Malaysia lah .

Nak jadi cerita budak ni dulu Junior aku masa aku study dekat PUO. Tapi langsung tak kenal dia . Terserempak ? haa ni lagi sedih nak cakap. Sebab dekat dekat department kitorang ni ada dua orang muka serupa, dia dengan lagi sorang mamat ni, tapi lain course la. Dia ni si Junior dan Mamat yang aku tak tau nama ni si Senior. Nak jadi cerita aku pelik kenapa lah si Senior ni tak abeh-abeh blajor sebab aku sem 6 dia still ada lagi kat PUO tu . Tah kan aku tengok tu Si Senior tu tak pon Si Junior nih. Konfius. Aku bace ayat aku pon dah konfius. Tapi POINT utama dia aku tak kenal lah si budak Junior ni .

Dan Tanggal Minggu ke- 2 bersamaan selepas orentasi , Masuk lah budak-budak rayuan untuk Second intake UUM. Dan dari situ aku mula kenal budak ni . Kenal pon dari Ieka Zukifli , kawan sekelas merangkap KAWAN sebenar lah . Bukan sekadar kawan sekelas . Pada mula nya aku dengan dia ni takde lah rapat mana (si junior), Aku berkawan ala kadar je. Tak nak di cop sombong . Bila dalam nak dekat sebulan , aku dengan dia mula rapat . RAPAT sebagai kawan yea. Tolong jangan salah paham . Dah ade awek mamat ni. Cun gila wa cakap lu . Muka biasa je tapi awekkk ... Fuhh! untung jadi lelaki . Mulut manis ? jalannn ...

ok2.. sambung balik ... dia bukan rapat dengan aku je. dia rapat dengan semua orang. Aku rasa sape pon kenal dia boleh rapat dengan dia, sebab jenis mesra alam budak nih, memang senang masuk lah . Yea lah aku ni spesis yang SUSAH sangat nak MESRA dengan lelaki .Tapi dengan budak ni tak sampai sebulan dah rapat . lebih kurang la kiraan tu . mungkin dia tu aku dah anggap macam adik aku je. Perwatakan pon adalah sikit-sikit same. Tak semua. So aku rasa selesa and selesa lah kan . adoii .

Perlu ke aku huraikan panjang lebar pasal budak ni? hahaha!

tak perlu kottt....

pendek cerita macam ni lah . Dia satu semester je dengan kitorang ( aku, myra, akma, diana and Ieka ) . I mention sume nama supaya u allz sume tak rasa macam dia kawan ngan i sorang je .. errr !

Ok so and so kemudian dia, macam tak boleh cope dengan situation dekat sini . Me also tapi aku takde choice dah . tapi dia ada . Dia dapat UNITEN . dan dia Blah! . Lepas tu jadi lah perpisahan yang menyedihkan. wakaka! so sad kot. tak tahu la kenapa . pelik . bukan aku sorang je sedih.
SEMUA SEDIH!

lu guna ilmu apa mat !?

Sebelum dia pergi tadi kami ramai-ramai makan sama. dan aku ,akma and diana yang lambat lah kan. Memang lah bangun lambat satu hal , lagi dua halnya tiba-tiba aku ni terlintas nak buat kad untuk budak ni . Tapi memang aku dah ada niat nak buat kad untuk SEMUA kawan-kawan aku dekat UUM ni. tak tak terbuat sebab aku abeskan masa bukat kad untuk didi. hahahaha ! sorry guys . Tapi sempat jugak aku buat kad untuk suhail even tak cantik mana. Tapi bagi aku itu lebih bermakna , sebab kita buat sendiri . kan? sentimental value tu yang penting. Dan paling utama KEIKHLASAN. dan tiba-tiba jugak lah terlintas dalam kepala otak aku ni nak cutting duit beli kek . wahhh nampak nye semua idea aku. so kiranya aku ni kawan yang baik jugak lah kan . jom kawan dengan aku ramai-ramai .

baik ko pegi hempas kepala kan dinding la.
GILA!
(aku rasa kalau budak ni bace mesti cakap macam ni)
tapi kesah pulak aku kan .

Kawan yang baik Disayangi . so aku boleh katakan dia kawan yang baik. sebab bukan aku sorang je yang terasa . Tapi SEMUA ORANG terasa dengan pemergian dia .


Owh mak aih sedih ok ...

nak kene cakap kat sini ke ayat-ayat mereka-meraka yang aku dengar ????? cakap je lah kan .
  1. siapa nak ambik kita bila sampai UUM malam sem depan?naik teksi sudah .
  2. siapa nak ambik aku kat changlun nanti?naik teksi sudah.
  3. dia selalu mesej bila aku dah naik bus, siap tanya no plat bus lagi . ermmm...
  4. siapa nak gado dengan kau nanti ?takpe akma ade.
  5. dah takde la kawan lelaki dalam group kita nanti ..kita cari yang baru.
  6. mesti terasa sebab dia sorang je lelaki. ramai lagi lelaki.
  7. ok yang ni 7 ni aku dah tak ingat ape-ape ......... kah kah kah

cakap lah apa pon, setiap insan yang kita gelarkan kawan belom tentu mampu ditukar ganti. Sebab setiap orang ada nilai dan kualiti tersendiri . Hanya kita yang mengenali mampu menilai .

Orang lain yang melihat . Sila tutup Mulut .

nampak nye kesan 2 bijik penadol yang aku makan tadi dah mula menunjukkan function nya. Pusing-pusing dah. tiba-tiba aku terfikir KENAPA aku perlu tulis panjang lebar pasal budak ni.

Gila lah ! kalau kau tak menangis terharu aku tak tau lah kan.

Punya panjang membebel, lupa pulak nak bagi tau nama. Nama dia Suhail. Sila search dekat fb kalau nak kenal lebih lanjut. hahaha . Ok lah .

To Suhail. Good Luck Tomorrow . Buktikan dekat ayah kau yang keputusan kau ni betol. Be Good dan jangan nak menggatal . Ailin sorang sudah ! and kalau nak gado cari lah aku .

ok dah sedih .

tengok gambar la pulak . enjoy picture .









Kata-kata terakhir untuk kau yang gila .

Terima Kasih sebab sudi berkawan baik dengan aku dan kawan-kawan yang lain dan yang paling penting dapat scholarship jangan lupa belanja kakak-kakak yang gojes dekat SINTOK ni ek ;)


p/s : Thanks to LIYANA sebab bawak kitorang , kalau tak hari peristiwa ni tak akan jadi sejarah :) dan thanks to LHEA untuk camera untuk gambar yang cantik jelita ni ;)

p/s/s : Didi dekat mana sekarang? sayang rindu :'(

Sunday, November 21, 2010

Kau dah lebih .

First time aku terasa sampai rasa nak nangis .
Cukup-cukup lah . Aku tak tahu mane kau tahu or ape kau tahu or sape bagi tahu .
Yang tu semua aku tak nak tahu .
Yang aku Tahu kau tak tahu ape yang aku tahu dan aku lalui sebenar-benarnya .
SEBENAR-BENARNYE .
Semua pon tak tahu .
SEMUA .
So Tolong lah .


Kalau ape jadi pon dengan jalan hidup aku . Ini pilihan aku dan aku tanggung sendiri .
Dan lepas ni aku takkan cari sapa-sapa lagi untuk kongsi cerita ni .
Sebab aku rasa macam bodoh gila .
Cukup lah setakat ni saja aku merelakan orang berkata-kata dekat belakang aku .

CUKUP !

Aku betol-betol fed up . give up .


p/s : emosi lebih stabil . Entry lebih sopan berbanding di tumblr .

Do and Don't

remember is do , forget is don't

Iloveyou is always , Besideyou is forever , safety is first .

Happy Working


p/s : Study la gila !

Thursday, November 18, 2010

Senanyer kan

Dah Jatuh cinta kat dia .....................











didi nak belanja tak? bhaaaahaa.....


p/s : nak wane itam tau sebab myra dah pakai putih :P

Wednesday, November 17, 2010

Dia Panggil saya Nurul !

Macam berbunga-bunga sangat bila orang panggil aku nurul. haha . Rasa ala-ala ayu gitu . I happy got your call baby. Muah muah .


Okay cukup. Karang ade yang termuntah . Tadi aku tanya ad , aku nak letak gambar dia dekat blog, dia kata jangan la dia malu. Tapi malangnya aku dah letak . Banyak pulak tu. haha . So simpan je la malu u tu ek busuk . hihi

Orait Nothing much to tell about.

Raya?

tadi kami beraya ni Padang Balang . Rumah lama kami sebelum pindah ke Gombak . Mak bawak aku dengan adik aku pergi rumah Nenek Kiah . Dia ni yang jaga aku dengan adek aku yang no 2 tu. So mak saja bawak kami jalan pergi rumah die sebab dia nak sangat tengok aku . haha. Tulah masa kecik-kecik dia selalu marah aku. tengok , sekarang dah rindu.

Pergi rumah dia, mak banyak betol tanya dalam perjalanan tu, akak ingat ini tak? akak ingat itu tak? haishh . waktu tu umur aku 3 tahun, mane nak ingat . yang aku ingat dia selalu marah aku je . hahaha .

So kita jangan marah-marah budak kecik sebab diorang akan ingat sampai umur 22 tahun atau mungkin sampai bila-bila . huhu .

sesampai je dirumah . ayat first . ini ke Nenek kiah ? kecik nye dia ......

melampau tak?


Bila dia bukak mulut je... fuhh minang abes ..
dalam hati aku.. waktu aku kecik-kecik mesti aku pandai cakap minang ...
sayang nye sekarang dah tak pandai .. sebab time balik tu aku tanya mak aku,
mak kate aku memang pandai cakap minang dulu ^_^ tapi dulu la -_-"


Nenek Kiah hidang kami rendang. Rendang minang. Perghhhh! terangkat.
Sedap gila babun . Pastu mak cakap dia segan nak bagi rendang sebab rendang nenek memang terbaik! memang pon , habes licin kitorang tibai rendang dia ;)

Layanan dia tiptop. Tapi aku dengan adik aku rasa sedih sangat bila tak mampu ingat apa pun kenangan kitorang waktu dekat rumah tu , yang paling sedih adik aku lah sebab waktu tu dia baru setahun lebih or 2 tahun mungkin . Memang tak ingat lah kan. Lepas tu anak-anak nenek boleh cakap ' ini lah firdaus kawan usop dulu ' . Adek aku sengeh-sengeh je. dia tak mampu ingat ape-ape -_- .

Dan aku pulak, tengah-tengah syok makan tiba aku dengar ade sorang cucu nenek dengan anak dia baru kuar dari dapur . Ada satu suara berbunyi ' eh, tu ain kan mak ?' . Tapi aku hanya mampu menoleh je . dan Sambung makan rendang yang sedap gila tu -__- . Aku tak ingat apa-apa . Maafkan aku . huhu . kenapa korang boleh ingat . ? Mungkin sebab aku suka makan semut .


Dan bila salam-salam time nak balik, sorang anak nenek cakap dekat cucu dia .

'salam kakak ni, kakak ni nenek jaga masa die kecik dulu ,sekarang dah besar '

^__^

Memang sedih kan? bila jadi macam ni . Tak mampu ingat zaman kanak-kanak dulu.

Tapi ape yang aku mampu ingat 4 perkara je ;-

1- nenek selalu marah aku ,
2- nenek tak suka aku,
3- anak-anak nenek pon tak suka aku,
4- aku penah main kejar-kejar dengan cucu nenek sambil inai ade dekat jari, last-last aku kene marah yang aku tak tau sebab ape lepastu bila bukak inai. Inai aku tak berwarna -_- .


Aku tak tahu kenape 4 ni saje yang aku ingat .
So moral of the Story .


Jangan Marah Kanak-kanak secara berlebihan
.

Friday, November 12, 2010

Entry sajew-sajew .

Assalamualaikum.

Tiba-tiba hari ni hati tergerak nak ber'taip-taip' pasal ni( ini lah ) . Kalau lebih terang lagi ejaan lah. Mesti korang penah guna kan bahasa singkatan? mesti pernah punya. Macam tu jugak aku. Kalau dulu aku suka jugak tapi dah lame-lame aku rase meluat pulak sebab semakin lame semakin banyak bahasa singkatan atau ejaan singkatan yang kadang-kadang bunyi dia agak 'gewdix' . Bagi aku la. Contohnya ejaan gewdix tu tadi dah menampakkan betape gedik nye si penulis atau si penaip? (haha!) itu pada penilaian aku.

Rasanya itu bukan lagi singkatan tapi lebih kepada stail ejaan .. kan ?
kalau salah tolong betulkan.

Kalau sikit-sikit, boleh terima tapi makin lame makin teruk dan menjadi pulak. Dulu, kalau aku taip mesej singkatan bagi 'aku' = ak . Padahal lagi satu hurup je . Betape malasnye lah kan? Tapi sekarang dah 'Aq = Aku ' . If 'kita' pulak. Macam kebiasaannya ejaan akan bertukar jadi 'kite' (ejaan aku macam ni). Tapi yang melampaunye sekarang ni ade yang jadi 'titew' 'kitew' (haha!). Sumpah lawak gila. Kalau ade bloggers yang guna ejaan macam ni jujurlah aku bace dua baris ayat je aku dah tekan butang atas belah kanan tu. Menyampah .

Gunalah bahasa yang sepatutnya. Macam mane kite sebut macam tu lah ejaannya. Bukan perlu 100% baku. Tapi jangan lah sampai kedengaran terlampau annoying sangat . Aku bukan lah pandai sangat menulis tapi aku selalu berblog walking ke blog-blog orang secara silent-senyap . So macam-macam jenis penulisan aku baca dan jumpa. Pada aku buruk sangat la kalau kita gunakan ejaan semacam tu. Sungguh tak manis dan selalunya dan mejoritinya blogger perempuan lah. Yang ala-ala nak nampak cute gitew . (nyampah!) aku bukan saje nak bercerita ape, tidak menunding pada sesiapa,kalau bace entry aku yang setahun lepas pon pasti ade singkatan ejaan tapi tidak lah sampai semacam tu rupanya. Blog ni pon tak banyak readers so tak de lah heran sangat kan aku pun just mengeluarkan pendapat sahaja sebab dah sekian lama atau mungkin tak pernah buat entry begini. Yelah! asyik pasal feeling je. Aku pon bosan!

sekali sekala ape salah nya .. (berubah angin)
kan?

sekian .

p/s : penulisan dari hati . Blog anda pilihan di tangan anda =)
p/s/s: Kalau korang perasan ejaan aku pon salah .
tapi ikot sebutan lah kan .
p/s/s/s : dah mula dah. nak enjoy katanya. suka hati kau lah ...


Thursday, November 11, 2010

Adik beradik sama ja.

Same . sepesen . Seacuan . Perangailah kan . Belagak dan Sombong. Takpe :)


Hari-hari yang sangat membosan kan. Semangat belajar sememangnye tak timbul-timbul lagi. Tiba-tiba aku dengan kawan aku terberangan yang lepas belajar ni kami nak keje kat oversea................................................. ?






ok tak?


sape tahu kan ;)


p/s : bersemangat .

Monday, November 08, 2010

Aku tak bahagia

Aku tak bahagia walaupun aku berada pada kedudukan yang aku mahukan sekarang
Aku tak bahagia walaupun aku dapat apa yang aku impikan
serta aku dapat tunaikan apa yang aku hajat kan
aku tak bahagia
itu lah kenyataan nye.

'Boleh jadi sesuatu yang kamu inginkan adalah tidak baik untuk mu dan
boleh jadi sesuatu yang kamu tidak mahu itu adalah terbaik untuk kamu'

lebih kurang bunyi begini la ayat dia. Mungkin ramai dah penah dengar, aku pon. Selalu sangat dengar tapi aku tak penah nak pikir kan disebalik maksud ayat tu. Dan apabila kita melanggar sesuatu takdir jadi la macam sekarang. Perasaan yang tidak diinginkan walaupun kita sudah melaksanakan kehendak hati . Yea. Aku tak bahagia .


Penyesalan memang dah tak de guna buat masa ni. Nak undur masa pun memang dah tak akan boleh. Lalui je pilihan jalan yang kita dah pilih. Tapi satu je yang ade dekat dalam hati dan fikiran aku sekrang ni....

p/s : mak. akak rindu .

Thursday, November 04, 2010

Main kasar tu der...

Memang kasar aktiviti aku hari ni, satu hari tak henti-henti buat kerja. Tapi puas hati gila sebab akhirnya saya mampu berbakti kepada negara , agama , masyarakat dan bangsa. (cewah) gambar ada tapi aku penah gila. Keadaan sekarang pun dah agak kelam kabut. Aku serabut gila. Tekanan. Tensyen. Macam-macam aku rase, Sumpah ini pengalaman yang sangat bermakna. Berita terbaru. Makanan,bekalan air dan elektrik akan dicatu. dan exam kami di tangguhkan selepas Raya Haji (yeah!). setakat ini saja. Aku dah tak larat sangat. Rasa nak cabut semua tulang. Salam sayang. Jaga diri Jaga hati. Sekian.

p/s : Mintak-mintak ape yang di rancang berjalan lancar sebab aku berniat ikhlas .

Gambarajah : Google
Adui baru putus tak sampai sebulan kau dah letak gambar kau dengan perempuan lain. Memang kasar tu der. Takpe lah. Aku doakan bagi pehal Ex kau. Semoga kau happy la dengan ape yang kau buat, bukan ape kalau lah niat kau nak buat dia sakit hati. Aku rasa kau dah berjaya. Tahniah la. Kepada kau orang yang aku tak pernah kenal dan jumpa. Kuat dan terus bertabah.

Tahan Kencing. Best Giler.

Korang penah ke? aku penah. tak payah la nak malu segan cover kate tak penah. mesti penah. Berape lame korang penah tahan? (haha) aku 2 jam! ;) ingat lagi aku, dulu waktu kelas kimia masa tingkatan 5. Cikgu aku cukup pantang student die keluar kelas time dia mengajar dan dia tak suke alasan 'cliche' terutamanya nak pergi tandas buang air. Mesti dia cakap macam ni.

' Saya masuk lambat 5 minit dan pada masa tu kamu boleh pergi buat ape yang patot, bila saya dah masuk kelas pintu akan ditutup tiada siapa yang dibenarkan masuk dan keluar kelas. Kalau nak terkencing. TAHAN. manusia boleh tahan kencing selama 3JAM . Paham?'


ayat lebih kurang macam ni la. aku reka-reka sikit bagi sedap tapi isi die same mungkin penggunaan ayat yang berbeza . hah! mampu ke? mau pecah pundi kencing korang kan. Tapi aku sayang die. Seorang guru yang berkualiti. Itu je nak cakap.

Disebabkan tak tidur satu hari. Gua konon nak study lah kan, Tapi bila dah berhadapan dengan laptop macam semua harapan tingal harapan. Aku tengok movie. Sempat la layan Narnia. 1 and 2 tau. Syok pulak tengok cerita tu padahal dalam hati risau exam. Disebabkan terlampau bosan study management. Memang tak la aku nak bukak buat masa sekarang ni.

Lepas tu pergi baca balik semua Olders post aku. Mak ngai! sumpah! malu , geli , bercampur aduk. Tak tau nak cakap rase ape dah. Macam 10 jenis buah yang diblender sekali. agak-agak teruk tak rasa die? Mana tak nya. Entry 2 tahun lepas. Waktu umur baru awal -awal berblog ni. Ayat pun budak-budak lagi. Ejaan pun 'teringkas' tak ingat. Kalau ade kuase aku nak ubah je semua tu. Tapi tak mampu la mak. So tengok je la. Bukan ade orang nak pergi bace balik yang tahun 2008 tu. (ade ke?) haha. Segan betul. Sungguh-sungguh ni. Malu sendiri aku bace. Agaknya macam tu lah orang bace entry aku waktu tu.

'eeee Syiok sendiri budak ni'


Biar lah blog aku kan (cakap baik-baik) . tapi memang geli la kan sekarang bila bace balik. rase nak delete je semua post tu. Rasa je la tapi tak sampai hati nak buat pon.

berkenaan Entry bawah ni. Semalam tadi ke pagi tadi. I'm not sure. aku dah pergi kat blog dia. dan komen aku dah publish pon, fuh lega aku komen sebagai anonymous letak name (silent reader) . hihi . Mungkin bukan sekarang untuk die tau sapa aku. atau mungkin sampai bila-bila dia tak akan tahu. w0w! misterinya (haha). Doa terbaik untuk dia InsyaAllah :)

sekian.

p/s : Hari ni nak jadi sukarelawan banjir. Bersemangat! walaupun tak tido satu hari ^_^


sambungan Eyh Kantoi ke?

sambungan entry hari tu.....


Macam mana ye ?? selalunya perempuan yang jadi mangsalah kan itu belum kira yang kaki pukul lagi. Jarang-jarang kita dengar kisah cinta yang perempuan kuat mencarut lelaki baik gila dengar je si awek mencarut. pernah ke? aku tak pernah lagi lah. Kalau korang ade kongsi la. Bila duduk dalam keadaan macam ni. Lagi sadis . Perempuan bila dah sayang. pasti akan terima dan redha je. Lembut hati lah kata kan. Tapi kalau aku? Wakluuu! gua balas balik la kan. Mungkin sejak azali lagi aku dilahirkan dengan perasaan melawan yang sangat kuat.


Tapi pesan aku pada mereka pada situasi ini. Anda bersabar lah jangan macam aku. Takut di benci. Lelaki tak sama macam perempuan. Menasihati dan menyayangi. Tapi kalau dah tak tahan dan takde perubahan agak-agak dah ade yang korang hold ape lagi. Putus lah! (haha) Sampai bila mahu bertahan? pikirkan. Kalau aku dengar cite macam ni aku tak cakap korang curang la kan. Kalau dah hari-hari kene hadap ayat pu****k. Dayus sangat tu. Nasihat tak makan. Dah tegur tak jalan. Apa lagi mampu dilakukan. masih ramai yang mampu sayang anda dan menghargai anda. Percayalah.

Last but not least. Satu je pesanan aku. Doakan yang baik-baik untuk orang yang anda sayang. Walau pun mereka membuang anda memaki anda mencemuh anda Putuskan anda. Doakan saja yang terbaik. Mungkin ini cara Allah mengajar kita . Kadang-kadang kita jugak membuat kesilapan. Bila sesuatu terjadi. Muhasabah diri pikirkan kesilapan lampau. Ada tak? kalau ada pikirkan macam ni 'mungkin ini balasan untuk kesilapan dulu' (yang ni aku selalu pikir la ) tapi korang boleh pikirkan benda len. Sebagai untuk menerima keadaan 'putus cinta' tu dengan lebih tenang sedikit sangat-sangat. Supaya tak guling-guling sangat. (aku tertungging jatuh katil. Sebab nangis guling-guling. huhu) sebab tu lah realiti.

Pada yang penah lalui mesti cool je bila dengar orang putus cinta macam tu. dan mungkin ada yang cakap 'relex la putus cinta standard la' dan sebagainya lagi ayat yang korang penah dengar . Aku nak tanya dulu la kan. Korang cakap macam ni sebab korang yang putuskan ke atas korang diputuskan. Takpun time korang bercintaan cintuan tu korang ikhlas ke tak? Tak pun cinta monyet ke cinta cipanzi? kalau korang betul - betul ikhlas dan sayang pasangan korang betol-betol dan talak bohong punya la kan. Tak payah nak bohong sunat sangat la. Tak cool pon. Gua tanya lu orang. Putus cinta ni mampu mengubah salah satu tabi' korang yang biasa korang buat tak. ? Walaupun tak guling-guling macam aku lah kan. Contoh dulu selalu senyum 360 darjah tapi sekarang 180 darjah je tak pon senyum kambing ala sengih , muka pulak dah tak bersinar macam selalu. kalau lelaki tu tiba-tiba berjambang bagai (novel la kan) rambut kusut masai. Kalau dulu makan sekarang kurang makan. Ade jugak jadi kuat makan (macam aku). Jadi muram suram. Betol tak ? Tepuk dada sikit. Walaupun bermacam-macam motivasi dan bermacam cerita membangkitkan semangat. Sementara je semua tu. Bila lama sikit, Korang akan kembali kepada asal. dengan dunia sendiri. Menangis dalam hati.

Tapi.... Kalau ade musibah lain yang membuatkan korang lebih kuat itu mungkin. Contoh keluarga bergantung dengan kau. Oleh sebab itu korang pon sedaya upaya jadi kuat gile. boleh jadi jugak la kan. Tak pon anda anak tunggal tanak parents nampak kesedihan korang. depan mak senyum 360 darjah. belakang mak! hamek kau clubbing bagai. Ade yang macam ni. Jangan! jangan rosakkan diri dengan benda macam ni. Minum arak. nak hilangkan tekanan perasaan. sampai bila ggg? nanti korang ketagih. Betol. Tapi yang ni bukan pengalaman aku. Pengalaman member aku. Aku ade ramai kawan. Berkawan dengan semua jenis orang. Tapi walaupun kita berkawan tak semestinya kena ikot kawan kan? Kesimpulannya lagi ramai kawan lagi banyak pengalaman. (cewah) Buatlah benda lain yang melekakan. Jadi workaholic ke? lagi bagus dari alcoholic kan?

Tadi aku kata dah last. Tapi tiba-tiba makin banyak. Rasa macam dah melalut. Better stop now. Nanti kalau ada masa dan idea lagi aku curahkan dekat sini. InsyaAllah.



p/s : Doa senjata mukmin. Pada yang menunggu teruskan menunggu
sebab aku juga seorang Penunggu yang tak berhantu ;)

Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah
KERANA ALLAH.
wasalam.

Wednesday, November 03, 2010

Banjir makin teruk.

Bismillahhirohmanirrahim.


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sejak semalam bertambah buruk hari ini apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Yea. makin teruk dan buruk. aku ingat makin baik dan elok. Sepanjang perjalanan balik KL-Sintok aku tidur . Maklumlah hati hiba menangis tak henti-henti. Baik gua tido dari bunyi tangisan ni jadi muzik orang kiri kanan. Tapi bila celik mata ja tengok tepi tingkap kawasan sawah padi dah macam laut. Penuh dengan air. Kesian . Mesti rugi beribu . Kesan bencana Alam . SubhanaAllah . Nauzubillah .


Dalam pada itu katanya, bencana tersebut turut menjejaskan tanaman padi di seluruh negeri ini sehingga menyebabkan seluas 3,980 hektar padi tenggelam.
petikan utusan online.

seluruh negeri ini merujuk kepada negeri Perlis tapi memandangkan Sintok ni dekat sangat dengar Perlis so memang view die tetap sama la kan. Tiada lagi sawah padi yang ada hanya takungan air.

Macam-macam perasaan ada. Takut ada, Risau ada, Sedih ada, Teruja pun ada. Ape ke hee la teruja tu pun aku tak tahu. Tapi sejujurnya inilah pertama kali aku berhadapan dengan situasi ini. Walaupun kat Kachi ni takde banjir tapi kesan sampingan tetap terasa. terputus hubungan, kekurang makanan dan Kekurangan topup (penting gila ni) . Tapi yang paling sedih terputusa hubungan. Aku tak pernah terpikir semua ni masa aku isi form online permohonan upu dulu. Kalau la aku tahu. Kalau lah. hmm

Apa-apa pun aku bersyukur disini tak seperti disana. Tak seperti di Kangar. Tak seperti Di Kelantan. Tak paling penting tak seperti di Indonesia. Bencana yang lagi menduga. Bencana yang meragut nyawa. Sesungguh setiap bencana da hikmah nya dari Allah. Diharap semua rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk semua yang terlibat. Supaya semua berjalan lancar dan tiada lagi korban nyawa.

Pesanan kepada mereka yang terlibat (konon-konon depa baca lah kan) : jangan main ayaq banjiq na. tak baik tok kulit. Ayak kotoq. Lagi teruk kalau ang mati lemaih, So ingat lah orang tersayang. Maq Paq ang kat rumah nun. Beq p baliq tolong depa. lagi baguih. (ejaan daripada saya sebutan daripada anda)

Ok setakat ini sahaja.
Please guys pray to Allah to stop this disaster.


p/s : Berikan ku sedikit masa . Takutnya tak sempat.
Lambat lah masa. Lambat lah isnin.
Cepat lah kau surut. Cepat lah.
amin

Eyh kantoi ke?

Nak gelak ke nak garu-garu kepala ke nak buat ape? kan hari tu aku ade cakap yang aku baru jumpa dia balik. ingat tak? dan secara rasminya aku pergi komen la dekat salah satu entry die. aiyaakkk! aku betol-betol tak ingat samade aku buat anonymous atau pun aku letak name aku. Tanak die kenal sape aku. Tanak die tau pon. Even mungkin dia tak heran la kan. Tapi tanak die tau jugak! Sebab ex die kawan AD And aku tanak die tau la kan. Sebab aku dengan AD pon gitu-gitu je sekarang dah lah si ex die ade sebut-sebut name si dia dalam komen entry die. tapi tatau la orang yang sama or tida. ramai kot guna nama tu. Tapi sekarang ni rasa macam risau je kalau dia tau aku silent reader blog dia. sebab ape pun tak tau la. haish


Pernah tak anda semua memalukan diri sendiri atau lebih kurang merendahkan martabat diri untuk seseorang yang anda sayang?Jangan salah paham. Aku maksud kan membuat sesuatu atau lebih kepada usaha lah kan. contoh : sanggup pergi pinjam duit kat Ahlong sebab nak jumpa orang yang korang sayang (jumpa tau bukan nak beli Felali tok dape). tak pon penah tak korang dok p mintak sedekah semata-mata nak dapat duit sikit untuk jumpa mereka.?

Entry ini tidak di tujukan pada sesiapa. Bukan apa cuba bayangkan. Kalau orang tu tahu adakah mereka menghargainya? Mungkin mereka hargai kalau mereka sayang kita sama macam kita sayang depa tapi Kalau diorang dah tak rasa sayang tu tapi kita je yang terhegeh-hegeh. Mesti percuma je korang dapat ayat macam ni. ' Yang kau bodoh sangat buat kerja tu kenapa?' , tak pun ' kita dah tak de ape-ape, lantak kau lah, buat benda tak guna otak'. Aduhai kejam nye kenyataan kan? tapi itu untuk yang dah membenci lah kan. Tapi pada yang masih ade hati perut pasti die menasihati. contoh ayat macam ni 'Awak jangan la buat semua ni, benda ni tak mampu ubah ape-ape' atau pun 'Saya tak perlukan pengorbanan awak lagi, pikirkan diri sendiri dulu, jangan macam ni lagi'. Mungkin la kan. ayat ni aku reka je. kot-kot korang ade ayat lain ke. ha share la kan.

Tapi bagi kita yang di tinggalkan mesti merasakan usaha tu perlu supaya kita tak menyesal kemudian. Kadang-kadang aku pun ade terfikir macam tu. Aku selalu fikir macam ni. 'ehmm kene ke?' tak pun 'aku takot die nak tengok aku macam mane je' tak pun bila dah lame-lame aku cakap macam ni 'tah-tah dia nak tengok kesungguhan aku kot' . Tapi aku ni jenis ego. Ade sedikit ego tapi tak setinggi ego lelaki. Buat masa ni ego aku tu dah berkurangan semua sebab si AD ni. Sebab tu aku kata dia berbeza . Tapi yang berbeza tak semesti nya untuk kita.

Tapi mesti macam pelik kenape dia nak tengok kesungguhan aku pulakkan? Jangan la fikir aku penah curang ke ape. Ade sebab tertentu kenape dia rasa begitu. Dan aku paham.

Cinta ni bukan untuk kita mengubah seseorang tau. Tapi kita sendiri akan berubah bila kita mencintai seseorang. Hanya yang bercinta je paham. InsyaAllah la. So and so tak perlu kita memaksa. Aku kurang suka bila dah putus salah seorang merayu-rayu. Jangan! itu sama macam menjatuhkan maruah diri. Dan takut mereka terima anda kembali atas dasar SIMPATI. Penah tak dengar ayat ni ' Kalau kita sayang kan orang tu kita lepas kan dia pergi tapi kalau dia datang balik maknanya orang tu memang sayang kita' ( lebih kurang la. aku bukan ingat sangat) Jadi Tolong lah, Lagi sakit bila kita tau dia masih dengan kita kerana simpati. Bila dia kata putus. Kita just OK. eyh! kering sangat ayat tu. Tanya dulu kenapa. Bila die dah bagi alasan, Kita terima je. Walaupun dalam hati rase tak masuk akal. Takpun rase macam gila je alasan tu. Pedulikan. Terima keadaan setenang-tenang je. Lepas beberapa jam baru nangis macam orang gila (bila baru sedar yang kita dah putus.haha.) eyh.Yang pasti ucapkan TERIMA KASIH. cukup . (yang ni aku penah buat) . dan waktu tu pada yang ada hati pasti rase serbasalah. time tu la kita main tarik tali. yeah bebeh!

Tapi ingat JANGAN SESEKALI MEMAKI HAMUN. Kita pegang pada satu ayat ni. JANGAN BUAT BENDA YANG KITA TAK SUKA ORANG BUAT KAT KITA. (maaf bahasa melayu pasar). Kalau kita pegang benda ni cukuplah. Bila kita dah mula mencarut - marut ni mesti teros terbiasa punya. Aku bercakap dengan pengalaman yang lepas-lepas. Bila sekali kita dah cakap babi ke babi hutan hah! bersiap sedia lah untuk balasan makian yang seterusnya dari pihak lelaki. Diorang lagi advance kadang-kadang kita kalah dan diakhiri dengan tangisan. Mungkin juga kita bukan jenis yang bergini tetapi pasangan kita pulak, bagaimana?

sambungan entry bila aku rasa nak post lagi................

Monday, November 01, 2010

Dah macam novel.

Hye Blog, imaging that aku bace blog die dalam masa sehari. dan ramai-ramai lagi aku jumpe. Aku tak tahu nak cakap ape, keadaan sangat komplikasi. Bercampur aduk. Cume aku tak suke dengan kehadirang orang ketiga (perempuan tu) hmm.. semoga kau dapat balasan yang sepatutnya sebab kau datang pada waktu yang salah. Kau bagai racun untuk bunga yang dah semakin layu. Kau mengahasut dan kau mengaburi pandangan (mungkin) . Aku benci keadaan tu. Nauzubillah untuk aku dan rakan-rakan ku. Doa aku sentiasa untuk kau. Manusia tak lepas dari kesilapan. Apa dan bagaimana kau dahulu usah diingat lagi. pandang kedepan hidup masih panjang. Untuk perempuan dan lelaki itu dan juga untuk semua yang menghentam . Ingat! ALLAH MAHA ADIL. salah macam mane pon hanya Allah yang mampu. What goes around comes around. Bumi ini bulat sayang :)


p/s : kalau aku dekat tempat kau Orked, tak tahu lah ape yang akan aku buat. Be Strong girl :)