Wednesday, November 03, 2010

Banjir makin teruk.

Bismillahhirohmanirrahim.


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sejak semalam bertambah buruk hari ini apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Yea. makin teruk dan buruk. aku ingat makin baik dan elok. Sepanjang perjalanan balik KL-Sintok aku tidur . Maklumlah hati hiba menangis tak henti-henti. Baik gua tido dari bunyi tangisan ni jadi muzik orang kiri kanan. Tapi bila celik mata ja tengok tepi tingkap kawasan sawah padi dah macam laut. Penuh dengan air. Kesian . Mesti rugi beribu . Kesan bencana Alam . SubhanaAllah . Nauzubillah .


Dalam pada itu katanya, bencana tersebut turut menjejaskan tanaman padi di seluruh negeri ini sehingga menyebabkan seluas 3,980 hektar padi tenggelam.
petikan utusan online.

seluruh negeri ini merujuk kepada negeri Perlis tapi memandangkan Sintok ni dekat sangat dengar Perlis so memang view die tetap sama la kan. Tiada lagi sawah padi yang ada hanya takungan air.

Macam-macam perasaan ada. Takut ada, Risau ada, Sedih ada, Teruja pun ada. Ape ke hee la teruja tu pun aku tak tahu. Tapi sejujurnya inilah pertama kali aku berhadapan dengan situasi ini. Walaupun kat Kachi ni takde banjir tapi kesan sampingan tetap terasa. terputus hubungan, kekurang makanan dan Kekurangan topup (penting gila ni) . Tapi yang paling sedih terputusa hubungan. Aku tak pernah terpikir semua ni masa aku isi form online permohonan upu dulu. Kalau la aku tahu. Kalau lah. hmm

Apa-apa pun aku bersyukur disini tak seperti disana. Tak seperti di Kangar. Tak seperti Di Kelantan. Tak paling penting tak seperti di Indonesia. Bencana yang lagi menduga. Bencana yang meragut nyawa. Sesungguh setiap bencana da hikmah nya dari Allah. Diharap semua rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik untuk semua yang terlibat. Supaya semua berjalan lancar dan tiada lagi korban nyawa.

Pesanan kepada mereka yang terlibat (konon-konon depa baca lah kan) : jangan main ayaq banjiq na. tak baik tok kulit. Ayak kotoq. Lagi teruk kalau ang mati lemaih, So ingat lah orang tersayang. Maq Paq ang kat rumah nun. Beq p baliq tolong depa. lagi baguih. (ejaan daripada saya sebutan daripada anda)

Ok setakat ini sahaja.
Please guys pray to Allah to stop this disaster.


p/s : Berikan ku sedikit masa . Takutnya tak sempat.
Lambat lah masa. Lambat lah isnin.
Cepat lah kau surut. Cepat lah.
amin

No comments: