Friday, December 03, 2010

Good Bye Suhail :)

Aku ada kawan, seorang KAWAN lelaki . Untuk pertama kali aku ada kawan LELAKI. Untuk erti kata kawan lelaki yang sebenar . Erti kata sebenar disini. Kawan yang kawan. Bukan kawan yang kerana sekelas atau kerana se'course' . Tapi kerana dia KAWAN. Get it ? aku buke nye nghama saing ngan budok jate. Mintak maaf la budak2 kelantan . tiba-tiba je rasa nak guna loghat kelantan. Harap-harap betul lah sebutannya. Kawan lelaki aku ni bukan budak kelantan. Tapi budak bilik dia budak kelantan.haha. dia tah la! aku pon tak tau budak mana . Tapi dia orang Malaysia lah .

Nak jadi cerita budak ni dulu Junior aku masa aku study dekat PUO. Tapi langsung tak kenal dia . Terserempak ? haa ni lagi sedih nak cakap. Sebab dekat dekat department kitorang ni ada dua orang muka serupa, dia dengan lagi sorang mamat ni, tapi lain course la. Dia ni si Junior dan Mamat yang aku tak tau nama ni si Senior. Nak jadi cerita aku pelik kenapa lah si Senior ni tak abeh-abeh blajor sebab aku sem 6 dia still ada lagi kat PUO tu . Tah kan aku tengok tu Si Senior tu tak pon Si Junior nih. Konfius. Aku bace ayat aku pon dah konfius. Tapi POINT utama dia aku tak kenal lah si budak Junior ni .

Dan Tanggal Minggu ke- 2 bersamaan selepas orentasi , Masuk lah budak-budak rayuan untuk Second intake UUM. Dan dari situ aku mula kenal budak ni . Kenal pon dari Ieka Zukifli , kawan sekelas merangkap KAWAN sebenar lah . Bukan sekadar kawan sekelas . Pada mula nya aku dengan dia ni takde lah rapat mana (si junior), Aku berkawan ala kadar je. Tak nak di cop sombong . Bila dalam nak dekat sebulan , aku dengan dia mula rapat . RAPAT sebagai kawan yea. Tolong jangan salah paham . Dah ade awek mamat ni. Cun gila wa cakap lu . Muka biasa je tapi awekkk ... Fuhh! untung jadi lelaki . Mulut manis ? jalannn ...

ok2.. sambung balik ... dia bukan rapat dengan aku je. dia rapat dengan semua orang. Aku rasa sape pon kenal dia boleh rapat dengan dia, sebab jenis mesra alam budak nih, memang senang masuk lah . Yea lah aku ni spesis yang SUSAH sangat nak MESRA dengan lelaki .Tapi dengan budak ni tak sampai sebulan dah rapat . lebih kurang la kiraan tu . mungkin dia tu aku dah anggap macam adik aku je. Perwatakan pon adalah sikit-sikit same. Tak semua. So aku rasa selesa and selesa lah kan . adoii .

Perlu ke aku huraikan panjang lebar pasal budak ni? hahaha!

tak perlu kottt....

pendek cerita macam ni lah . Dia satu semester je dengan kitorang ( aku, myra, akma, diana and Ieka ) . I mention sume nama supaya u allz sume tak rasa macam dia kawan ngan i sorang je .. errr !

Ok so and so kemudian dia, macam tak boleh cope dengan situation dekat sini . Me also tapi aku takde choice dah . tapi dia ada . Dia dapat UNITEN . dan dia Blah! . Lepas tu jadi lah perpisahan yang menyedihkan. wakaka! so sad kot. tak tahu la kenapa . pelik . bukan aku sorang je sedih.
SEMUA SEDIH!

lu guna ilmu apa mat !?

Sebelum dia pergi tadi kami ramai-ramai makan sama. dan aku ,akma and diana yang lambat lah kan. Memang lah bangun lambat satu hal , lagi dua halnya tiba-tiba aku ni terlintas nak buat kad untuk budak ni . Tapi memang aku dah ada niat nak buat kad untuk SEMUA kawan-kawan aku dekat UUM ni. tak tak terbuat sebab aku abeskan masa bukat kad untuk didi. hahahaha ! sorry guys . Tapi sempat jugak aku buat kad untuk suhail even tak cantik mana. Tapi bagi aku itu lebih bermakna , sebab kita buat sendiri . kan? sentimental value tu yang penting. Dan paling utama KEIKHLASAN. dan tiba-tiba jugak lah terlintas dalam kepala otak aku ni nak cutting duit beli kek . wahhh nampak nye semua idea aku. so kiranya aku ni kawan yang baik jugak lah kan . jom kawan dengan aku ramai-ramai .

baik ko pegi hempas kepala kan dinding la.
GILA!
(aku rasa kalau budak ni bace mesti cakap macam ni)
tapi kesah pulak aku kan .

Kawan yang baik Disayangi . so aku boleh katakan dia kawan yang baik. sebab bukan aku sorang je yang terasa . Tapi SEMUA ORANG terasa dengan pemergian dia .


Owh mak aih sedih ok ...

nak kene cakap kat sini ke ayat-ayat mereka-meraka yang aku dengar ????? cakap je lah kan .
  1. siapa nak ambik kita bila sampai UUM malam sem depan?naik teksi sudah .
  2. siapa nak ambik aku kat changlun nanti?naik teksi sudah.
  3. dia selalu mesej bila aku dah naik bus, siap tanya no plat bus lagi . ermmm...
  4. siapa nak gado dengan kau nanti ?takpe akma ade.
  5. dah takde la kawan lelaki dalam group kita nanti ..kita cari yang baru.
  6. mesti terasa sebab dia sorang je lelaki. ramai lagi lelaki.
  7. ok yang ni 7 ni aku dah tak ingat ape-ape ......... kah kah kah

cakap lah apa pon, setiap insan yang kita gelarkan kawan belom tentu mampu ditukar ganti. Sebab setiap orang ada nilai dan kualiti tersendiri . Hanya kita yang mengenali mampu menilai .

Orang lain yang melihat . Sila tutup Mulut .

nampak nye kesan 2 bijik penadol yang aku makan tadi dah mula menunjukkan function nya. Pusing-pusing dah. tiba-tiba aku terfikir KENAPA aku perlu tulis panjang lebar pasal budak ni.

Gila lah ! kalau kau tak menangis terharu aku tak tau lah kan.

Punya panjang membebel, lupa pulak nak bagi tau nama. Nama dia Suhail. Sila search dekat fb kalau nak kenal lebih lanjut. hahaha . Ok lah .

To Suhail. Good Luck Tomorrow . Buktikan dekat ayah kau yang keputusan kau ni betol. Be Good dan jangan nak menggatal . Ailin sorang sudah ! and kalau nak gado cari lah aku .

ok dah sedih .

tengok gambar la pulak . enjoy picture .









Kata-kata terakhir untuk kau yang gila .

Terima Kasih sebab sudi berkawan baik dengan aku dan kawan-kawan yang lain dan yang paling penting dapat scholarship jangan lupa belanja kakak-kakak yang gojes dekat SINTOK ni ek ;)


p/s : Thanks to LIYANA sebab bawak kitorang , kalau tak hari peristiwa ni tak akan jadi sejarah :) dan thanks to LHEA untuk camera untuk gambar yang cantik jelita ni ;)

p/s/s : Didi dekat mana sekarang? sayang rindu :'(

No comments: