Friday, December 03, 2010

Anonymous .

Betul ke eja ?

Harap betul lah ejaan tu . Aku pernah jadi Anonymous ni. Bila comment dekat blog seseorang yang aku taknak dia tau siapa aku, Aku jadi lah Anonymous ni. dan selalunya jadi bila aku jadi silent reader dekat blog seseorang. Tapiii .. ada tapi .

Anonymous ni ada 2 jenis. 1 yang baik dan 2 yang tak baik. Dah macam manusia pulak baik tak baik, memang lah sebab anonymous ni mewakili seseorang yang taknak dirinya dikenali dialam maya ni. Kalau di BMkan Anonymous ni adalah individu tanpa nama. So kiranya kalau dekat dunia betul-betul ni macam orang yang takde nama tegur kita lah, macam tu ? ok2 sila releven . sesetengah blogger cakap Anon ni pengecut , Pengecut = takut. Kalau nak di kaitkan dengan keadaan aku bila jadi Anon , boleh serupa sama lebih kurang macam takut jugak kot . Aku taknak dia tau sape aku. Kira takut la ek?

Apekah point utama entry ni ?

Punca entry ni bila aku membaca entry blog yang aku follow lah, dah kebanyakannya terdiri dari blogger2 yang mempunyai beriban dan berjuta lemon follower. tapi yang ada belas-belas,puluh-puluh,ratus-ratus follower pon ada dalam list yang aku follow. Aku bace entry diorang dan kebiasaannya aku akan baca komen skali. Tapi aku tak komen dan sememangnya jarang dan mungkin tak pernah komen . Tapi kali ini sangat teruja gila bila baca komen-komen yang ada dalam list komen satu blog yang aku baca ni. Terutama dari Anonymous . Bila jadi anonymous ni , mereka-mereka selamba je bermulut lancang berkata-kata eh bukan tapi bertangan lancang menaip kata-kata . dan paling ketara perubahan pada emosi penulis blog lah kan. Tapi pada aku its normal lah . Setiap insan ade perasaan mempertahankan diri bila ada orang usik kan ?

ada ke orang yang kene fire duduk diam main dam ? tak pon main jutaria sampai nangis2? haha..


Masalah berdepan dengan Anonymous adalah antara masalah ketara yang di hadapi oleh blogger-blogger . Atau lebih terperinci Masalah kepada blogger yang famous dan ramai follower . Eh kalau dah famous mestilah ramai follower kan ? yang tak tahan tu , bila si blogger letak gambar artis sebagai rujukan untuk membuktikan sesuatu pon dia nak bantai . Aku dah tak paham lah . Kalau sebelum famous boleh la cakap 'Blog aku suka hati aku lah' . itu sebelum orang kenal blog kau lah kan. Tapi bila dah kenal . Blog kau tu dah macam public figure lah. Semua dah kene jaga, tak boleh lebih-lebih . Kalau lebih-lebih nanti kau kena bantai . Macam artis yang pakai seksi-seksi lah tak pon macam artis yang tak mengikut kehendak peminat. ape kehendak peminat ? Berbalik kepada gejala anonymous ni. Kalau kene 'sound' dengan orang yang beridentiti ok lagi, sekurang-kurangnya kita tau lah sape yang menegur dan kita lebih rasa senang menerima teguran atau kritikan tu . Tapi malangnya kalau dapat semua tu dari Anonymous .

Kadang-kadang aku terpikir . Bila jadi famous blogger ni jadi susah tau, kalau dulu korang boleh la update pasal 'Kayu balak ku tercinta' , 'baby busuk I miss yau' dan banyak lagi lah . Kalau dah famous and ada entry macam ni mesti kene hentam habis. Kira korang punya blog tu bukan lagi blog peribadi . So kira bersyukur lah aku sekarang tak banyak follower (hahaha. tapi bunyi macam mintak follower) eyh! tak. betol tak. Tak betol betol. kah kah kah . tipu la kalau kita buat blog taknak orang follow. Baik buat privet blog, betol tak ? tapi bila tengok keadaan macam ni. Aku rasa takde follower pon tak pe, tak pon aku cadangkan buat syarat . follower hanya pada sesiapa yang berfikiran terbuka sahaja. Kalau boleh lah. Takpon untuk orang macam aku, reti baca tak reti komen . Pada aku blog ni kawan aku bila aku perlukan seseorang untuk bercerita dan share sesuatu. termasuklah meluah kan emosi .

Berbalik pada anonymous . Bila aku baca komen anonymous kelakar pon ada, sakit hati pon yea dan yang peliknya macam mane dia boleh bace entry blogger-blogger dan tau setiap update blogger kalau tak dia pon ade blog sendiri ? berapa percent kah rasanya yang takde blogger tapi rajin gila bukak blog orang untuk di baca ? hah!? kira-kira .

Cuba lah gerakkan minda sikit . Tapi aku masih pada pendapat aku. Blog adalah tempat suara di keluarkan . Sama ada dari segi pendapat atau kritikan , so kalau ada yang terasa dan tak boleh terima , sila terima je lah kan. Haa . lepastu defend . kritik dan defend kritik dan defend. sampai mati pon tak habes. habes tu nak buat ape? DIAM. kan lebih baik. adoi . eh kalau ada orang nak kritik blog ni pon ok jugak. kritik sambil tolong femeskan la. (tiba-tiba) . Takde point nak cari point macam ni lah . Dan yang aku tak sangke, untuk dunia blog yang kecik cenonet ni pon boleh ade kutuk mengutuk antara blogger? agak-agak blog ni ada orang kutuk tak ? orang kenal pon tak. nak kene kutuk apa . podah kencing. tapikan blogging ni luas la, seantero dunia yer Noin. Tiada sempadan. Sila take note . !


Kesimpulan nya alam maya ni a.k.a Internet ni dah macam hidup seharian. Ada kritik mengkritik, umat mengumpat , Kawan berkawan, tegur menegur. Apa lagi . macam-macam lah . Tapi cuma dekat dunia sebenar belom ada lagi manusia boleh jadi anonymous. ke memang ada? Manusia tiada nama . aku tak tau lah kalau ada menakutkanya. kau dengan badan dan muka kau tiba-tiba jadi anonymous ? kira macam halimunan lah kan? macam cerita hallowman tapi kalau perempuan hallowomen la . eyh tak tu tak nampak badan terus . Kira bila ada orang tak suka aku, dia pergi dekat aku marah-marah tapi aku tak nampak muka dia cuma dengar suara je ? err tu dah hantu namanya . tapi sama lah dengan keadaan anon tu, komen tanpa tahu siapa . kan . so0 anonymous = ghost . Tapi dalam BM anonymous tanpa nama bukannye tak nampak muka/badan . nampak nye contoh dan huraian aku tak releven . sila abaikan .


Fakta yang paling utama dan paling tepat dalam entry aku kali ni. Aku pernah jadi ANONYMOUS. Tapi aku golongan yang baik. aku tak kutuk cuma komen je. Sebab sekian lama bace blog beliau , tanpa meninggal komen. Rase geram nak bagi komen. perlu ke aku cakap pasal tu ? ok tak perlu . Yang pasti setiap orang ada sebab tersendiri . macam tu juga pembuat entry iaitu blogger-blogger . Hak aku, hak kami dan hak mereka . Kalau entry diorang tu tak patot atau salah. Apa kata korang buat report terus ? kan dah ada akta keselamatan dalam web. (suka hati aku je) tak tau lah name tapi berkaitan dengan alam maya ni lah. Kalau ada melanggar peraturan dan undang-undang haa lagi bagus ape terus je report, hati pon puas . Tu pon kalau dah tak puas hati sangat. Tak payah lah nak menghentam . Macam tu jugak dekat blogger, kalau anon melampau report je. wahaha dah jadi kes besar pulak nanti . Aku kesian tengok blogger2 yang terkena . Pada yang membina tu , bolehlah diambil iktibar. tapi kalau yang sekadar nak menjatuhkan ?

pikir sendiri ...

respek pada blogger yang berjaya mengatasi Anon2 ni, bukan senang nak puaskan hati semua orang dan berhadapan semua orang.
terutama yang tak beridentity = Anonymous .


itu belum lagi anonymous yang saiko . isk2 .


Blog anda pilihan anda .

bye .

p/s : kenapa aku sebok-sebok pasal anon ni? suka hati aku lah. hihi . chill !

No comments: