Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

A Story to share


'suami saya adalah seorang jurutera'


Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai letih...lelah. Alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana romantik dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya. Bahawa saya inginkan perceraian.

“ Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.
“ Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan. ” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, Nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah. Seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan peraasannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “ Apa yang boleh abang lakukan untuk mengubah fikiran Siti? ”. Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“ Siti ada 1 soalan. Kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, akan Siti ubah fikiran Siti. Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-gunung itu, abang akan mati. Apakah yang abang akan lakukan untuk Siti? ”

Dia termenung dan akhirnya berkata. “ Abang akan memberikan jawapannya esok ”. Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah segelas susu hangat yang bertuliskan..

“ Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu. Tetapi izinkan abang untuk menjelaskan alasannya. ” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“ Siti boleh mengetik di komputer abang dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut. ”
“ Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu untuk Siti ketika pulang ” .

“ Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari 1 lot kedai ke 1 lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah. ”

“ Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu teman baik Siti datang setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu. ”

“ Siti lebih suka duduk di rumah, dan abang selalu risau Siti akan jadi pelik, dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang abang alami. ”

“ Siti selalu menatap komputer, membaca buku, dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti. Abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. ”

“ Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu. ”

“ Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang. ”

“ Sayangku, abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada abang mencintai Siti. ”

“ Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata abang tidak cukup bagi Siti, abang tidak akan menahan Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti. ”

Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“ Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita. Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. ”

“ Tetapi jika Siti tidak puas hati, sayangku..biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang, dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia abang bila Siti bahagia. ” Saya terpegun. Segera saya memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh, kini saya tahu. Tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

“ Itulah cinta. Di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam *kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam * kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan senbelum ini. ”

“ Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan-itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan-itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan-itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan-itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji. ”

“Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan. ”

p/s: begitu susah kita menyemai cinta, jangan disebabkan perkara kecil boleh menjadi punca untuk perpisahan....


credit to mimy

Tuesday, June 23, 2009

Bahaya masturbasi bagi Perempuan

wah! tajuk nak sebut pon segan! tapi kire ayat berlapik la tu an, sape boleh agak bagus ar!
ni aku nak kongsi lagi satu email dari kawan aku, sengal gak la tapi agak kelucahan kowt! maybe! tp memang funny giler!wahaha! check it out!

Lelaki pun boleh baca gak... boleh sampaikan kat bini atau aweks...hahaha...
Khas buat kaum wanita, terutama yang suka masturbasi:

Ada seorang wanita datang ke klinik, umur 50 tahun, penampilan masih ok
lah, dia mengeluh kencing kadang-kadang ada rasa sakit. Biasalah doktor pun
melakukan pemeriksaan rutin termasuk menyuruh wanita itu periksa urinenya.
Besok paginya si wanita itu kencing dan dimasukan ke botol lalu menyuruh
pembantunya untuk bawa botol itu ke klinik, pada waktu itu hujan lebat dan
pembantu si wanita itu tiba-tiba tergelicik, sehingga menyebabkan botol
yang dibawanya pecah. Dia bingung nak minta majikannya kencing lagi takut,
pasti kena hamuk, lalu dia berpikir, lebih baik aku ganti air kencingku aja
daripada kena hamuk. Si pembantu itu pun cari botol dan kencing lalu
dikirim ke klinik dan dia pulang sambil membawa resit tanda terima lalu
diserahkan kpd majikannya.
Keesokan harinya wanita itu datang ke klinik lagi, dan doktor itu terkejut
melihat hasil urinenya, lalu bertanya kpd wanita itu:

Doktor : Puan mempunyai suami?
Wanita : Tidak, udah lama jadi janda, suami saya meninggal..
Doktor: : Maaf, apakah puan punya boyfriend atau lelaki yang suka menemani
puan.
Wanita: Tidak, saya dirumah saja, kadang2 ikut kegiatan sosial sikit-sikit.
Doktor jadi tambah bingung, tapi sebagai doktor mesti berwibawa di muka
pesakit, akhirnya doktor itu berkata:
Doktor : Puannnnnn, dengan nada sehalus mungkin, dari hasil pemeriksaan air
kencing yang saya jalankan saya mengucapkan tahniah kepada puan, kerana
ternyata puan saat ini sedang mengandung, jadi mungkin rasa sakit kalau
kencing itu diakibatkan kerana kehamilan puan dan untuk itu saya beri surat
supaya puan dirujuk oleh doktor ibu mengandung untuk merawat kandungan
puan.

Muka si wanita itu tiba-tiba pucat, akhirnya dengan langkah longlai dia
berjalan pulang. Sesampainya di rumah wanita itu lari ke dapur dan membuka
almari lalu mengambil TERONG UNGU YANG BESAR DAN PANJANG yang disimpannya,
lalu dia membanting-banting terung itu ke meja sampai hancur sambil
berkata:
SIAL KAU TERONG...! SIAL KAU TERONG...! PASAL DEK KAU LAH AKU MENGANDUNG,
MACAMANA ANAK AKU NANTI RUPANYA,
JANGAN-JANGAN NANTI MUKANYA UNGU, SIAL KAU!
AKU TAK MAU PAKAI KAU LAGI!!!

Monday, June 22, 2009

JANDA YANG DAHAGA


Mungkin ade yang da bace cerita ni, tapi aku nak kongsi ngan korang cerita ni!hihi
email dari mmber aku

Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah [bukan nama sebenar] seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam.... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi..... beliau bangun dari
katilnya... badannya terasa panas..... tekaknya terasa haus......
beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula...

Sekian... Terima Kasih..
Itulah kisah seorang janda yang dahaga...... .....

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer.
Ha.....haa...haaa




Tuesday, November 04, 2008

WANITA SUKA MENANGIS!




Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya..
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh
menjadi seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dari Tuhannya dia mengetahui...


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia; namun, harus cukup lembut
untuk memberikan kenyamanan "


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk
mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang
seringkali datang dari anak-anaknya "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap
keadaan,
bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya
dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kau tahu:
" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."



Selami lah hati wanita mu..
dan
ingat lah...,
..Setiap Wanita itu Cantik...

"aku menyintaimu kerana aGama yang ada paDamu, jika kau hiLangkan aGama daLam diRimu,hiLanglah cintaku padamu ~iMam naWawi"