Bissmillah ...
Ada kisah yang aku nak cerita .
Kisah 1 .
N jalan-jalan on the way nak pergi kelas, sekali lalu lah seorang hamba Allah yang N rasa macam kenal tapi nak tegor takot hamba Allah tu pulak tak kenal. Takot malu pulak salah tegor orang. Tapi si hamba Allah macam pandang-pandang N. hmm . Esoknya si N jumpa la seorang member yang bekermungkinan kenal si hamba Allah ni, N pon cerita lah yang die jumpa hamba Allah ni. Rupanya si hamba Allah ni pon cam si N tapi same jugak la macam si N takot tak kenal nanti malu sendiri.
Kisah 2 .
N jalan-jalan dekat pasar malam, tengah sebok-sebok tu tiba-tiba die ternampak la kelibat seorang hamba Allah yang die kenal. Tapi die macam teragak-agak nak tegor, takot orang tu tak layan. Yang selebihnya hati die kata, buat ape tegor kalau hamba Allah tu nampak N pon bukan die tegor. So N pon tak tegor die blah je dengan alasan hamba Allah tu pon tak akan tegor kalau die nampak N. ni kira macam ego plus takot tak di layan la. Lepas tu tiba-tiba ada cerita timbul kate N sombong. pulakkkk!
Kisah 3 .
N ni memang jenis pemalu, bukan pemalu kot tapi takot perbuatan die tak kene tempat. Satu hari die tengah duduk makan dekat kedai makan tiba-tiba ada sorang hamba Allah duduk dekat belakang die, dia toleh. Eh kenal. tapi die nak tegor macam takot tak kene tempat sebab hamba Allah ni dengan kawan. Segan pon yer, takot timing tak sesuai pon yer. so die diamkan je, dengan sedikit harapan kalau si hamba Allah tu tegor die, die akan tegor si hamba Allah dengan mesra.
Kisah 4 .
Ni dengan roommate pulak. Kalau dah memang mempunyai masalah, memang la sentiasa berkaitan je masalah si N ni. Kalau dengan roommate lain cerita dia, ada masa dia dengan roommate mesra, ada masa suam-suam kuku. Si N ni jenis yang tido awal bangun awal. roommate sebaliknya, bila si N bangun roommate dah tido, so bila si roommate bangun si N dah tercangak la bangun. So si N macam tak tau nak cakap ape SELAMAT PAGI! ke atau NAK GI MANDI KE?. hmm . kadang-kadang kalau N balik awal, die tengah study roomate die baru balik die macam tak tau nak greet macam mane. nanti die mesti kejap-kejap toleh kat roommate nak tengok tengah buat ape, kalau time sesuai die tegor la . PENAT KE? or KELAS MACAM MANE?. tapi tak sempat tanye sekali lagi toleh roommate die dah tidoooo. zzzZZzzzz.
the end...
Kesimpulanya :
kesian N. Aku tak tau la nak cakap ape dengan dia, tapi aku cume boleh bagi die satu nasihat je, untuk die jadi kan peringatan or garis panduan ke kan, nak cakap lebih-lebih kadang-kadang aku pon 2 x 10 je. Aku tulis kat blog supaya orang yang bace pon boleh kongsi sama lah kan , mana tau korang pon ada masalah yang serupa ke kan ?
muka suci murni takan nak tipu pulaakkk :P *tiba-tiba
Hadis ;
Hassan bin Ali berkata, " Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulallah SAW kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah( yang memiliki nama samaran Abu'Abdullah). Hind adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulallah SAW. Antara sifat yang dikisahkan oleh Hind yang ada kaitan dengan menegur/memberi salam kepada orang lain.
'' Apabila Rasulullah SAW berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Beliau melangkah dengan mantap, dan berjalan dengan tenang dan tawaduk. Jika beliau berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah beliau sedang turun ke tempat yang rendah. Apabila di panggil, beliau akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.
Pandangan matanya terarah kebawah. Beliau menunduk kepala menatap bumi lebih lama daripada memandang ke langit.
Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah SAW akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, beliau yang akan terlebih dahulu memberi salam. "
Jadi bersama-sama lah kita berdoa supaya N mampu berubah. Sempena malam Jumaat yang Mulia rajin-rajin la baca Yassin. Pesanan kepada semua Peringatan untuk diri Saya, tapi aku bulan merah. haha :P
Yang baik hanya dari Allah.
Yang batil dari diri aku sendiri. Wallah hu alam.
bye!
2 comments:
Ehhh..N tu bukan noin ke ;p
N for Nadya laaa. hahaha :P
Post a Comment