Assalamualaikum . Hari ni bangun2 pagi sunyi sepi je . Keluar bilik gelap je kat bawah . rase seram jugak nak turun . Tapi kene la turun tak kan aku nak duduk dekat bilik sampai petang . huh !
Mana semua orang pegi aku tak tau . Fadil dah start sekolah hari ni . Farhan dah start keje . Die kene keje 12jam selame 3 hari untuk training. kau bayangkan 12 jam ? adoi loteh mak dongar ni . Firdaus pulak tah kemana aku tak tau . merayap la kot . ( tadi aku cakap mana semua orang pegi tak tau kan ? )
Sekarang ni aku keseorang dirumah yang sunyi. Sedih sangat . tak suke sunyi2 ni . so aku pasang la tv kuat2 biar tak sunyi rumah ni . lampu pulak aku bukak dari depan sampai lah belakang weh. hahaha . jangan salah anggap aku bukan takot tapi rumah ni sunyiiiiiiiiiiiiiiiii sangat ( tah apa kaitan sunyi dengan lampu ) .
Lepas tu baring tengok tv sambil pangku laptop adek aku . macam ni
Style kan . haha . Aku mencari kucing aku tah mana tah . time2 macam ni lah dua ekor tu nak merayap . Time aku sorang2 . bila semua ada kat rumah sebok tido la lepak2 la dok kacau satu rumah . Hari ni tiba2 lesap. Hampeh . Redha je lah aku .
Bila dah sorang2 ni macam2 lah aku pikir , so banyak lah idea datang nak membebel dekat blog tercinta ni . Result lagi beberapa hari je . 9 Januari 2011 . Fuh ... neves bro ! gila ketar kaki aku nih .
Aku risau aku tak dapat teruskan Semester ke - 2 je . hahaha gila tak aku punya pemikiran ? Tapi itu lah aku risau sangat dah la malam ni mak aku ajak pegi shopping barang nak bawak balik Sintok . Gila kalau tiba2 aku tak dapat go sem 2.

Tapi itu just expect the worse , di segenap hati aku yakin aku lepas cume mungkin cukup2 makan tak pon ada la 1 2 3 paper yang kene repair . hihi . kalau lepas pon dah Alhamdulillah . Bukan susah pon paper sem 1 ni cume biasalah . Aku ni tak reti nak focus bila ada yang datang menguji . Itu kelemahan aku . alaaa normal la .

Itu satu hal . hal lain . lain pulak hal dia . Bertimpa-timpa dah ni . Its complicated . sangat2 . Sampai satu tahap aku takot aku yang ter over dose . tapi bila dengan aku die macam beria tapi tah la . Maybe its no the right time . i need to focus for thing that need my full attention . maybe . Just may be .

So aku boleh cakap ini dugaan pertama tahun ni. sangat tough . mungkin kalau bace korang tak dapat nak bayangkan . Sebab Azam tahun baru aku taknak kontrovesi sangat dengan kisah2 hidup aku dekat blog ni . setakat yang ringan2 je dah la kan . Takot
Tapi apa pon tu semua sebahagian hidup . dan aku ambik sebagai positif untuk menguatkan aku lagi . Sebab tahun ni dah 23tahun . 23 tau dah nak dewasa dah . lagi 2 tahun nak 25 . dah dewasa . So aku kene sentiasa belajar dengan sekitar dan setiap perkara yang aku lalui sekarang sebab ini adalah sebahagian dari pengalaman yang aku boleh guna tok akan datang . Ye tak ?

Nak share satu quota sikit .

Bye !
No comments:
Post a Comment