Hye barbie
Assalamualaikum . Mesti semua orang penah dengar barah otak kan . Penyakit famous hamos ni . Masak kecik2 dulu , masa darjah 3 4 5 . aku cukup takot dengan leukemia . Sebab masa tu penyakit ni memang famous ( tadi bukan aku cakap pasal barah otak ke ? ) , terutama dikalangan kanak2 la sebab pesakit2 dia kebanyakannya kanak2. Dan waktu tu di sebabkan terlampau takot . Hilang semua tabiat and kegemaran aku . huhu .
Kalau dulu , habis je sekolah aku mesti nak kuar cepat sebab nak beli keropok super ring and asam merah . Kene kuar cepat sebab takot lambat masa beli tu and kene tinggal bus . So aku akan berebut nak kuar cepat . orang lain berebut kuar cepat sebab nak cop tempat dalam bus . tapi aku sebab nak beli jajan. ceh .
2 benda tu antara kewajipan aku , sanggup tak makan waktu rehat sebab nak beli banyak2 benda tu . Tak masuk sampingan lagi , contoh gula2 macam tepung dalam kertas yang panjang macam straw takpun gula2 madu yang dalam dia ada asam boi. ha ingat tak ? kalau korang penggemar macam aku mesti korang tau lah . terutama untuk 80-an babies .
Tapi itu kegilaan zaman darjah 2 3 4 . Darjah satu tak reti lagi sebab kecik lagi kot . tak pon sebab aku tak ingat pape dah . hahaha .
Tapi kegilaan tu hilang bila famous pasal ada sorang budak kecik meninggal sebab leukemia . habis gugur rambut , sampai jadi botak . semua gara2 penyakit tu .
Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah
Di sebabkan kes tu . Aku jadi boikot untuk semua kegilaan aku tu sebab mak cakap punca2 untuk dapat penyakit tu dengan makan2 makanan ringan yang ada banyak pewarna and pengawet . So kalau dah budak kecik biasa lah . Gertak sikit terus cuak . Waktu ni memang takot mati punya. hahaha macam sekarang tak takot mati pulak -__-
So aku tinggalkan zaman tu dengan rela hati . Sejak darjah 5 tak pon 6 . memang aku dah pulaukan asam merah yang makan sampai bibir merah . tak yah pakai gencu . sbb bibir dah merah makan asam tu . Kalau keropok Super Ring pulak aku tak mampu nak pulaukan . Aku cuma kurangkan makan . Kalau dulu sehari tu berbungkus2 aku tibai , so aku kurangkan jadi sehari sekali sampai lah . seminggu sekali . cewah . perumpamaan la . pandai pulak aku merancang waktu tu . hahaha .
Jadi untuk masa sekarang aku macam tak heran sangat la dengan Super ring tu . Tapi kalau orang offer Twister dengan super ring . aku pilih super ring . kalau Big apple dengan super ring . aku pilih big apple la kan . hukhuk .
Tapi untuk budak2 zaman sekarang ni dah macam2 keropok ada , sampai keropok yang berkhasiat pon ada macam 'kiss' haaaa .So Super Ring ni apalah sangat . tak hot pon . so i was wondering . if their knows this kind of junk food or tak . Sebab depa ada banyak pilihan yang lebih best dari Super ring tu . Sekarang dah macam2 dah . aku tengok je pon rasa dah nak termuntah .cehh.
so habis dekat situ cerita leukemia aku . Untuk lebih ilmu pasal leukemia ni . cek dis out ! :
LEUKEMIA YANG SERING BERLAKU
- Leukemia limfositik akut
- Leukemia jenis ini banyak berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya yang berusia 65 tahun ke atas.
- Leukemia mielositik akut
- Leukemia jenis ini juga biasa menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.
- Leukemia limfositik kronik
- Banyak menyerang orang dewasa yang berusia 55 tahun ke atas dan juga dewasa muda.
- Leukemia mielositik kronik
- Biasanya menyerang orang dewasa.
Di bawah adalah tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh pesakit :
- anemia - pucat, letih dan pendek nafas
- mudah jatuh sakit
- sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
- purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit
- mudah lebam
- hidung kerap mengalami pendarahan
- hilang nafsu makan dan turun berat badan
Sumber : http://www.angelfire.com
Bila naik sekolah menengah pulak . Aku dapat penyakit baru , Iaitu sakit kepala. Sakit kepala ni memang femes. Semua orang sakit kepala. Betul tak ?
Belajar sakit kepala, lebih tidur sakit kepala , kurang tidur sakit kepala, Tak makan sakit kepala , Putus cinta pun sakit kepala . tapi times sekolah aku tak de cinta2 ni okeyh . What the Fish monkey love ??? hek hek hek .
So many kind of Sakit kepala kita boleh jumpa . Dan selalunya orang akan cakap . Aku Migraine lah !
Sebenarnye sakit kepala dengan pening tu berbeza ye kawan-kawan . Bagi aku lah . Sebab aku penah rasa pening and sakit kepala :P
Yang pasti migraine pon sakit dekat kepala. pening pon sakit kat kepala. So sama je lah . semua sakit tang otak .
Aku dapat penyakit kat kepala ni pon sejak dari sekolah rendah sebenarnye . Tapi masa sekolah rendah aku pi cek dekat dokter biasa je . Disebabkan dokter tu kata bahaye takot barah otak . aku pura2 ,konon2 aku rabun . Bila test mata aku cakap la tak nampak untuk huruf2 yang kecik cenonet tu . Than teros dokter tu kata aku rabun . Ceh! bila pegi cek mata memang lah rabut tapi yang normal . But mak aku buat jugak spek mata konon nak elak aku sakit kepala . Dan aku pon still sakit kepala even dah pakai spek tapi pura2 tak sakit kepala sebab takot kene jumpa doktor lagi. wakakaka. Waktu tu aku baru darjah 3 . Tak silap aku . dan sebab tu jugak aku berhentikan kegilaan aku . Takot mati!
Tapi aku pakai spek tu sekejap je . Sebab macam nerd gila . kah kah . Bila sekolah menengah semakin menjadi sakit kepala aku ni . Bila cek dokter dia kata aku stress la . tension la . konon time tu form 3 nak exam . ok fine i admit it . tapi penyakit ni teros berlarutan sampai la aku form 5. dalam masa 2 tahun tu . dah berbakul-bakul panadol aku makan . Sampai la habis SPM . Penyakit masih berterusan dan semakin kerap . Tapi mata aku ok je . Banyak kali cek mata ok , free lagi . Depa kata tak de masalah . Tapi aku still sakit kepala malah berperingkat ko tau nokkks. haaa ni mak nak cite * sambil singseng lengan .
Tapi aku pakai spek tu sekejap je . Sebab macam nerd gila . kah kah . Bila sekolah menengah semakin menjadi sakit kepala aku ni . Bila cek dokter dia kata aku stress la . tension la . konon time tu form 3 nak exam . ok fine i admit it . tapi penyakit ni teros berlarutan sampai la aku form 5. dalam masa 2 tahun tu . dah berbakul-bakul panadol aku makan . Sampai la habis SPM . Penyakit masih berterusan dan semakin kerap . Tapi mata aku ok je . Banyak kali cek mata ok , free lagi . Depa kata tak de masalah . Tapi aku still sakit kepala malah berperingkat ko tau nokkks. haaa ni mak nak cite * sambil singseng lengan .
Sakit kat kepala aku ni ada 3 peringkat .
Peringkat pertama :
Sakit di bahagian kanan kepala . hah yang paling best mesti start kanan. Jarang - jarannngg start kiri . Bila start belah kanan . Aku mesti ada sedikit kesukaran untuk menyebut beberapa patah perkataan . atau kadang2 lidah aku akan terbelit-belit bila bercakap. kalau cakap ngan orang aku macam weng2 je . macam lalok . dan kadang2 aku akan lupa apa yang aku nak buat dan apa yang aku nak cakap . Contohnya : aku nak naik atas ambik baju bila sampai kat atas aku lupa aku nak ambik ape then aku turun bawah terpinga-pinga sebab tak tau ape tujuan aku naik atas. hahahaha . * Gila . tapiiiii selalunya aku akan marah2 adik2 aku suroh depa ingat balik sebab apa aku naik atas and untuk ape aku naik atas. kah kah kah * padan muka .
Peringkat kedua :
Sakit ni akan bergerak ke bahagian kiri kepala aku . bahagian kiri ni selalunya akan lagi lama dari belah kanan . Bila belah kiri pulak aku mesti jadi blank bila mengira . Aku perasan masa sekolah dulu time form 5 , bila simple math pon aku tak mampu nak settle kan . Padahal selalu ok je . Sekarang pon sama jugak la. dah la aku ambik Akaun . so bila sakit belah kiri ni aku memang tak boleh nak pikir . Nanti dia macam 'menarik' . So aku selalu ambik penyelesaian dengan makan ubattttt . And kalau naik bus time sakit belah kiri ni memang rasa nak muntah lah . Berbanding dengan yang kanan . yang kanan selalunya kalau bau makanan . Memang tak laaaa. dah macam morning sickness . !
Peringkat ketiga :
Ini peringkat terakhir . dah kadang2 dia tak tercapai keperingkat ni bila aku ambik ubat berterusan . cewah .dah macam dokter pulak . last stage ni akan melibat kan satu kepala . tapi paling sakit tang ubun2 sampai ke dahi . bila sampai dahi ni memang berdiri pon dah tak mampu . dan aku memang dah tak boleh tahan . WAJIB makan ubat jugak . Kalau tak . pasti MUNTAH. sekian .



kesemua gambar dari pak google. Sila klik Gambar untuk lebih besar .
Ramai orang marah and bersungut sebab aku makan ubat yang kerap dan banyak . Bayangkan setiap bulan aku mesti ambik paracetamol . Tapi itu time sekolah bila dah habis sekolah aku makan ponstan pulak . sebab paracetamol dah tak berkesan untuk aku dah . Dan setiap bulan lah aku bergantung dengan ubat-ubat tu sejak dari sekolah rendah lagi . Cuba korang bayangkan berapa tahun aku hidup dengan ubat-ubat tu ?
Paracetamol ambik masa 2 tahun untuk larot dalam badan .? tah la lebih kurang la. tak sure macam mane tapi itu fakta yang aku tahu. So i don't know how it function when i ate that medicine .* mulut berbuih-buih.
Untuk pengatahuan ubat-ubat ni hanya dapat mengurangkan sakit kepala aku. NOTED ! Bukan menghilangkan . macam mane dia hilang hanya Allah yang tahu . cewah * drama disitu . hihi
Ok, Lepas tu aku cari lah tanda-tanda tumor otak. Ini semua gara-gara drama tv 3 . Yang Rozita che Wan jadi nurse and die sebok2 tanya doktor pasal tanda2 barah otak sebab anak dia selalu sakit kepala. Macam aku . tapi tajuk tak ingat la. hihi . bila dia cakap pasal tanda2 tu macam ala2 ada je dekat aku sikit . kah kah kah .
So aku search dekat internet , tambah pengetahuan umum . Than i got this :
Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut:
* Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah.
* Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri).
* Gangguan percakapan.
* Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
* Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental.
* Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi).
* Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala, kelemahan atau kekebasan sebelah badan.
* Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.
Budak kecik pon ada . Kalau nak tau pegi dekat laman web bawah ni ;)
Sumber : http://penyakitkritikal.blogspot.com
So masuk hari ni dah 3 hari kepala aku ni buat hal, Ikot kepala dia je . Dan kebiasaan nya bila macam ni memang tak buat keje rumah la. Sebab keseimbangan badan yang rendah . Takot tertumbang :P
Dan aku kerah tenaga adik2 aku untuk tarik rambut aku sekuat hati depa . Even risiko rambut tercabut tu tinggi aku paksa jugak . haha so sekarang rambut aku yang sememang nya sikit semakin sikit dah macam orang leukemia dah @_@ * weh mana satu ni , kejap barah otak kejap leukemia . ok. dua-dua .senang.
Tapi malam ni masih sempat menaip entry sebab tadi dapat call dari Korea. So semangat bangkit sekejap . yelah dapat call dari orang yang kita tunggu .
Telinga belah kiri asyik rasa macam kene tiup2 je , kalau aku mati esok tolong bagi tau didi aku sayang die tau .
bye !
No comments:
Post a Comment