Assalamualaikum.
Ini post ke 2 untuk malam ni , tiba² idea datang membuak-buak pulak . Kalaulah , penah tak korang kalaulah . dia lebih kurang macam berangan la. macam membayangkan kalau lah ..... Berangan la kan ?
Sape yang tak penah berangan. Tipu lah kalau tak penah . blah la lu .
Aku nak share seberapa banyak apa yang aku penah berangankan dulu² . hihi
Zaman Kanak-kanak
- Waktu tadika aku selalu berangan kalau lah aku comel gila kan best , mesti ramai orang suka . Sebab dekat sekolah aku dulu ada satu pertandingan menari so im one of the dancer la kan then ada sorang kakak ni tukang make up kitorang,dia macam tak suke je make up aku (aku rasa la) . Dia macam suka gila make up sorang budak kelas aku ni. then bila aku mintak die touch up maskara aku , celak aku . Dia buat nak tak nak je . Aku bengang gila la , tapi apa boleh buat . Mintak banyak kali last² , dia macam nak marah aku pulak .cis . Jadi sejak tu aku akan berangan-angan. KALAU LAH AKU LAGI COMEL DARI DIA . 'lagi comel' ok . sebab aku semamang nye comel . hahaha ~
- Masa zaman ni jugak kegilaan aku kumpul anak patung, yang barbie tu , tapi bukan real barbie la . Ade jugak barbie tapi takat 1 2 je colection aku . Selebihnya clone barbie.kah kah kah.Masa aku kecik mak & bapak aku selalu keje luar , dan setiap kali tu aku akan mengharapkan bila bapak aku balik dia akan beli kan aku anak patung baru. Kira dalam setahun tu kalau sebulan sekali bapak aku keje luar , aku dah ada 12 anak patung x 2 kalau mak aku joint venture sekali ada lah 24 anak patung setahun ! hihi. KALAU LAH AKU ADA SATU ALMARI KACA BARBIE . so dalam jangka masa makbapak aku keje luar tu , aku dok rumah ni berangan la bila balik nanti bapak aku bawak ole²
babibarbie. hihi . tapi tak dapat ponnnnnnnnnnnnnnnnnn. argh !
Zaman Sekolah Rendah
- Masa darjah 4 aku dah mula duduk rumah sendiri bila mak aku keje . lepas tu mak aku mesti pesan , kemas rumah yer . kemas rumah . aku pon, baik mak nanti akak kemas . Tapi bila mak aku balik tak kemas pon. hahahaha . bila dah kene bebel baru nak jalan . Lepas tu aku mula lah berangan KALAU LAH AKU ADA ORANG GAJI kan best, tak payah kemas rumah goyang kaki je. sebab kawan aku sorang ni ada orang gaji, kalau aku call rumah dia mesti bibik dia yang angkat . So aku selalu lah berangan sampai aku tak kemas rumah sebab berangan. ceh!
- Lepas tu pulak , masa aku sekolah takde la handphone zaman² aku dulu . Sekolah menengah pon aku tak pakai handphone lagi tau . So telefon rumah je la selalu kalau ada apa². Dan setiap kali call mane² member aku mesti diorang lambatttttt gila nak angkat sampai aku naik geram. Bila aku tanya dorang jawab, tak dengar la, jaoh la . Sekali aku pegi rumah member aku . Wahhh! besar rumah dia patot la lambat angkat call . Sejak tu aku pon berangan la KALAU LAH RUMAH AKU BESAR . dan setiap kali phone rumah aku bunyi aku mesti saja lambat angkat . hahaha konon rumah besar you !
- Waktu darjah 6 aku ada 2 orang kawan baik, dua² kawan aku ni ada abang and kakak. aku je takde. Sebab aku anak sulung . So aku macam down gila sebab takde brothah and sistah! hahaha . So aku pon berangan la KALAU LAH AKU ADA ABANG AND KAKAK KAN BEST . Mesti ada orang tocangkan rambut aku , mesti masa ambik report card abang and kakak aku ikot . hihihi. lepas tu member bisik². eyh tu abang kau ke . ensemmmmnyeeee. * pangggg!
Zaman Sekolah Menengah Rendah ( 1,2,3)
- Zaman baru nak up! memang teruja gila ni . Time ni aku memang gila tahap tak tau nak cakap . Zaman baca novel. lepas tu berangan . Terutama bila baca Novel yang ada Yohanna dengan Yohanni . Tak silap la nama dia. Dan yang paling penting nama betul carector dalam novel tu Ain Yohanna , Ain Yohanni . Sebab nama aku Ain laaaa . dan disebabkan tu, aku pon berangan lah .KALAULAH AKU ADA KEMBAR, Lepas tu couple dengan kembar jugak ! haaah ~
- Waktu Form 3 aku ada sorang kawan, suka betol main adik angkat dengan abang angkat ni, siap buat borang lagi . hahaha . tapi aku tak berminat pon cume boleh pulak aku terberangan KALAULAH AKU ADA ADIK ANGKAT PEREMPUAN , lepas tu aku bercinta dengan abang dia . eyh tu dah bukan angkat tu ipar la kan :P
- Zaman ni jugak femes dengan group². sebab pengaruh ada apa dengan cinta . So kitorang pon ade, tapi macam tak jalan , then aku pon berangan la.KALAU AKU ADA GROUP WANNA BE (opps OMJ), one group 5 orang. Dalam group tu semua ada couple . Aku sorang je takde and aku yang paling cool gila . And likeable gila ! semua orang nak kawan dengan aku . and aku akan jadi orang tengah setiap kali member group aku ada masalah dengan couple diorang . hahahahaha . ok2 sila muntah . memang melampau aku berangan .
- Masa ni ada sorang budak baru masuk kelas aku , so dia jadi femes gila sebab dia budak baru . Lepas tu semua orang nak tengok dia . Member perempuan aku pon ramai tanya 'eh ada budak baru ek kelas ko'? , 'mana dia ek nak tengok ? ' . Aku macam pelik ape heran sangat haa dengan budak baru . So aku macam terberangan . KALAU AKU PINDAH SEKOLAH BARU mesti aku femeskan .? hahaha mesti ramai yang nak kenal and mintak couple * Blerghhhh!!!!
- Waktu ni jugak aku memang tak di izinkan untuk keluar hang out dengan kawan². aku pon tak tau . mak aku macam protective gila . So di sebabkan tak boleh aku pon berangan la. KALAU LAH AKU DAPAT KELUAR DENGAN DIORANG Pergi KLCC (zaman ni klcc je ado, TS takdo lagi yer adik²)dapat jumpa kawan sekolah, dress up cantik² . kah kah kah . annoying gila ok . sila lah .
Zaman Sekolah Menengah Atas ( 4,5)
- Ni zaman sekolah teknik, waktu ni dah relevant sikit . takde lah nak berangan gila macam form 1 2 3 . but ada la sikit . Waktu dekat sekolah ni aku masuk kawad and basketball . so as a basket player aku selalu berangan time aku perform ada one guy tengok aku and falling in love with my style . hahahahahahahaha ! gila bongos do! sumpah geli . ni taip ni pon geli . tapi benda dah lepas . just sharing here. Cam hareeemmmmm .
- Kalau kawad pulak i just wonder i jadi ketua platun and bagi command . sebab aku macam adore gila one of my member bagi command . So macam berangan la if i can do it too kan best . tu je . takde la geli macam basket tu . eerrrrrr. blah la. wek wek !
Tu je lah aku nak share . ni pon dah blushing gila sebab cerita macam , tah!membuka pekung di dada . hihi . Just sharing . bila mood blogging melimpah ruah .
Thanks for reading .
bye .
No comments:
Post a Comment