Bismillahhirrohmanirrohim.
Assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ni ramai blogger buat entry pasal BERTUDUNG ni . so aku rasa entry ni mungkin menembuskan dahi aku sendiri . Tapi aku hanya cuba berfikir di luar kotak dan fikirkan sesuatu secara rasional dan yang selayaknya la kan .
Sejak muncul Yuna , pakai shawl ni dah macam trend , dan segala fesyen bertudung mula naik . Ramai ikutan . Tapi dalam yang suka pasti ada yang tak suka . Lepas tu ada orang pertikaikan pemakaian orang bertudung . So aku pon tak de la pandai gila ilmu aurat ni . Aku search lah dekat google . Untuk tambahkan ilmu .
Aurat wanita:
Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.
Termasuk di dalam kategori mendedahkan aurat juga ialah memakai pakaian yang nipis. Kerana menurut satu hadis bahawa pada suatu hari Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis sehingga menampakkan warna kulitnya, lalu baginda menegur ” wahai Asma’, seorang perempuan apabila kedatangan haid tidak harus dilihat kepadanya kecuali ini dan ini sahaja”. Sambil baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak tangannya.
Dalam satu riwayat lain, Hafsah binti Abdul Rahman berkunjung ke rumah Aisyah (isteri Rasulullah s.a.w.) dengan memakai kain tudung yang nipis lalu dikoyak oleh Aisyah dan diganti dengan tudung yang tebal seraya berkata : Rasulullah pernah bersabda : Allah melaknati perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.”
Batas-batas aurat bagi perempuan
a) Ketika solat – seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b) Di hadapan wanita kafir dan wanita Islam yang fasiq atau rosak akhlak – seluruh anggota kecuali kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kaki.
c) Di hadapan lelaki yang bukan mahram – seluruh tubuh tanpa pengecualian menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie’.
b) Di hadapan wanita kafir dan wanita Islam yang fasiq atau rosak akhlak – seluruh anggota kecuali kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kaki.
c) Di hadapan lelaki yang bukan mahram – seluruh tubuh tanpa pengecualian menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie’.
Sumber : http://drdakwahremaja.wordpress.com
Dalam banyak-banyak aku paste kan artikal ni. paling mudah dan senang kita nak paham , rasa nya semua sekolah . Mesti pandai baca , lepas tu nilai sendiri . So dari artikal dekat atas ni dia dah bagi tau yang orang islam perempuan yang aqil baligh wajib menutup aurat . Dia tak cakap wajib pakai tudung . Tapi menutup aurat .
Dan yang menjadi isu sekarang , pakai tudung tapi telanjang . Pakai tudung tapi pakai seluar ketat, baju nampak pusat dan sewaktu dengan nya . Lepas tu ada pulak yang cakap , kalau nak pakai seksi baik tak payah pakai tudung . Lebih kurang la macam tu .
Di Malaysia ni , orang kita selalu menganggap . kalau pakai tudung mesti kene baik . Tak boleh silap . Tak boleh buat benda tak senonoh . kene sopan dan baik sentiasa . Tau tak yang kami juga manusia ? yang tak lepas dari buat silap .
Rasa tak adil bila ramai yang pakai tudung ni kene fire , konon nye melaram la , menjelekkan la . Tapi sekurangnya ada percubaan menetup sekalian aurat lah kan . Yang pakai tudung lepas tu pakai legging lah,baju ketat lah tu dah satu hal . Kalau yang tak pakai tudung lepas tu pakai pakaian yang sama . Kan berganda dosa tu ? Kira dua-dua berdosa. Sama je lah .
Wajib tetap wajib . Jangan cakap soal haram . Kita cakap soal wajib. Sebab kalau nak cakap pasal haram memang banyak . tak terkata berbanding yang wajib .
Pada aku , bila muncul nye trend pakai shawl ni sedikit sebanyak dah menarik minat orang untuk pakai tudung . Alhamdulillah . Then ada orang cakap kalau pakai tudung setakat untuk berfesyen , baik tak payah . ! see typical Malaysia . Bila dia dah pakai tudung , tak kesahlah sebab fesyen pun . Apa kata kita doakan semoga dia terus pakai tudung. Kemudian pelahan-lahan berubah sebagai muslimah yang lebih sempurna dalam menutup aurat . Macam tu jugak orang yang sememangnya dah lama pakai tudung. Kalau nampak pemakaian dia tak sempurna jangan la kutuk. Kalau rasa diri tu dah tinggi ilmu apa kata pergi tegur elok-elok. cakap depan-depan . kan bagus .
Apa dan sebab apa dia pakai tudung. Kerana Allah atau kerana Fesyen serta lain-lain lagi kerana. itu urusan dia dengan Allah . Kadang-kadang Allah turunkan Hidayah tanpa kita sedar . Kemudian perlahan-lahan perubahan tu kita sendiri akan nampak .
Ok aku dah kehabisan idea . Yang penting pada aku setiap orang belajar dari kesilapan. Sebab kesilapan yang sentiasa mendewasakan seseorang . Dan setiap hari kita belajar . Belajar untuk menjadi insan yang lebih baik . Dan menjadi semakin baik bila kita sama-sama mendoakan orang disisi kita berubah kearah kebaikan .
Dan bila kita dah sempurna menutup aurat , dan di tambah dengan solat yang teratur dan ilmu-ilmu tambahan lain . mesti nak buat dosa pon macam . Hati terdetik . Ilmu menghalang. Teringat cerita pemilik sendayu tinggi yang dah berpurdah . Dia kata purdah tu mengelak dia dari buat perkara-perkara yang tak elok . macam mengata orang . lebih kuranglah . aku pon dah tak ingat .
Kesimpulannya , semua sama. bila pakai tudung tapi seksi dan tak pakai tudung tapi tak seksi . 2-2 tak tutup aurat . Jadi toksah lah nak menghentam berlebih-lebihan . Sebab akan datang 'kita-kita' ni ada anak-anak dan cucu-cucu. Haaaa waktu tu kita tengok apa yang kita mampu buat dekat keluarga kita sendiri , darah daging kita dengan isu sensitif ini .
Berpesan-pesan kearah kebaikan . Sebab tak ramai yang suka di tegur dan di arah untuk berubah .
ok that all .
Now feeling macam aku ni baik sangat pulak .ahaks. aku tak sesempurna itu . Ini adalah pemikiran otak disebelah kanan . eceh. Aku pon ada kekurangan . dan semua isi padu entry dari kepala otak aku , takde kaitan dengan mana-mana pihak, sama ada belah mak aku even belah bapak aku . belah suami takde sebab tak kawen lagi.hahaha. tapi aku harap suatu hari nanti aku akan sempurna sebagai seorang muslimah . InsyaAllah .
bye !
p/s : See betapa flexible nya aku . I'm on with everything :P
No comments:
Post a Comment