Bissmislah...
Study dengan Bee macam study dengan mak tiri, garang sangat T_____T
Entry yang datang tiba-tiba, tiba-tiba rasa nak bercerita. Aku macam pelik tiba-tiba. Kucing dekat luar bilik dah mengiaw. comel berbulu putih ekornya hitam :)
Sekarang macam satu konflik, rasa macam tersekat bila tengok ada kawan yang dah tak bertegor sapa. Bukan nak menyebok tapi ambik berat. bertanya sekadar untuk tau sahaja. Tapi bila keadaan semakin 'worse'.
Bila aku pandang dia, dia buat-buat tak nampak aku. Jadi pelik. Bila orang lain dia boleh tegor beria,sampai satu dewan mampu dengar suara dia. Kalau ada masalah dengan aku takpe, aku tak kesah sebab aku memang jenis orang yang bawak diri, pergi bergerak sendiri. Tak terikat dengan sapa-sapa. Contoh macam kalau kau nak makan kau kene ajak aku, kalau kau tak ajak nanti aku kecik hati seminggu. Owh, itu bukan aku.
Pelik. Tapi aku malas la nak pergi dan bertanya sebab dah banyak kali aku terkena. Hari tu ada sekali aku tegor depan orang ramai, dia boleh blah macam tu je. Langsung tak jaga air muka aku. Cukup bagus waktu tu aku tak tengking dia, aku fikir jugak air muka dia. Tapi bila jadi macam sekarang ni, aku serba salah dengan A, sebab A rapat dengan Z dulu. Andai sebab A ikot aku study dengan roommate Myra dia kecik hati or rasa cemburu ke hape. Aku tak nak mintak maaf sebab aku bukan niat nak rampas kawan dia, aku cuma berkongsi ilmu. Ambik lah A balik, aku pon dah terus terang dengan A kalau sebab aku pergi je lah dekat Z. selama ni pon aku memang sorang-sorang. Tak suka terikat, bebas aku bergerak.
Sedih bila kita tengok orang yang selama ni rapat, tiba-tiba dah tak rapat. Dan lagi sakit bila keadaan nampak macam kita yang di tengah-tengah.
Umur macam sekarang sepatutnya manusia semakin matang dalam berfikir, bukan berfikir gunakan ego. Cara aku senang. Kalau dah tak suka tak payah kawan. Buat apalah hipokrit dan bermuka-muka, buat tambah dosa. Kawan biar ikhlas baru kekal.
Tapi kalau masing-masing nak teruskan dengan ego, silakan. Sebab aku pon ada ego yang aku harus pertahankan.
Cewah.
Kawan biar ikhlas, Tak guna ramai kawan kalau tak ada kualiti dan tak membantu, biar sikit kawan tapi semuanya berkualiti dan sangat-sangat membantu.
paham tak?
tak paham sudah.
ada kucing baru, nama YASMI.. hahaha .
dema yang cakap. aku tulis je dekat sini.
dema yang cakap. aku tulis je dekat sini.

bye