Assalamualaikum.
Hari ni 8 esok 10 . 9 takde sebab result . bye !
haaa.. boleh tak ? tapi 9 Januari ada AJL. memang AJAL aku hari tu. hahahaha *sigh
Mak aku dah tanya dah semalam 'eyh! result akak 9haribulan kan ? mak nak cek' . OMJ how do yo know mamah!
Macam mane ni , macam mane ni . Risau dah . aku nak buat buat tido lah dari pukol 3 sampai AJL. lepas tu buat buat tak tau pape . hahahaha (gelak kuat gila dan mengilai macam ponti anak )
Aku ni suka percaya benda-benda karut . Contohkan kalau macam mata kiri berkedip aku percaya yang aku akan menangis nanti . Lebih kurang la . Eyh memang aku selalu pikir macam tu pon . Lepas tu an , tiba tiba mak aku boleh terbukak tv3 time tu ada ceramah la lebih kurang macam Al-Kuliyyah, tapi aku lupa tajuk . ke memang Al-Kuliyyah. Dia bincang pasal KHURAFAT . khurafat kau . tembus la dahi aku ni dengar . Asyik dok cayo bendo bendo gini .
* mana ada aku caya khurafat doww! Sumpah tak! mak niiiiiiii~
Ada banyak lagi aku ni selain mata berkedip tu, dah macam orang dulu kala kau tau . Example nye ini lah ,exampleeeee ok . Kalau aku buat keje an , tiba tiba la benda yang aku pegang jatuh haaa tu pon aku cakap ade petanda tak baik, kalau cermin pecah lagi ar aku kecoh . Dengar dek bapak aku free free je kene fire dengan die . Macam Orang Tak Solat! . lebih kurang la . Lepas tu an kalau macam hati aku tak sedap ke mesti aku kata ada something nak jadi or tak kene . Haa then mesti mak aku membebel bebel kata aku ni suke lambat solat la kurang bace Al-Quran la sebab tu hati tu tak tenteram . Tapi bukan all the time macam ni . Dia macam ada waktu waktu dia , dan selalunya bila aku tak sedap hati memang ada benda yang akan jadi or aku akan dapat tau . Haa tu kira kebetulan yang sangat selalu , sampai dah jadi habit . Kalau-Tak-Sedap-Hati-Mesti-Ada-Benda-Nak-Jadi .
Masa tengok rancangan tu ada Dato' Yusuf Haslam , promosi cita anak dia lettew, kan datok? nak ajak orangorang surau orangorang masjid pi tengok cita anak dia kot . hihi . Ustaz jemputan pulak Ustaz Hassan Din . Best !
Ustaz tu bagi perumpamaan khurafat dengan penggunaan batu cincin . La ni ramai gila yang percaya khasiat batu, Batu ruby la, batu zamrud la, batu geliga la, lamalama jadi gila! sampai ada yang pakai cincin untuk kesupuluh sepuluh jari dia (terutama golongan lelaki). Kononnya cincin cincin ni terdiri dari pelbagai batu yang ada berbagai khasiat. Then ustaz tu kata dekat dunia ni , batu Hajarul Aswad yang paling mulia or macam paling bagus la sebab dari syurga tapi tu pon takde apa apa cuma Nabi kita Muhammad s.a.w cium batu tu sebab tu semua para sahabat ikot . Kalau tak batu tu pon takde apa-apa sebenarnya cuma ia nya dari syurga . So apa lah sangat hebatnya batu yang asalnya dari dunia ni sampai ada orang kita pakai 10 batu kat jari tu ?
* Ustaz tu ada cakap satu sunnah menyokong , tapi aku tak ingat daaaaa.
Ha lebih kurang la dari apa yang ustaz tu huraikan , aku ada tokot tambah sikit kot . Biasalahhh . Aku pon tak pandai nak berhujah . Kalau nak tengok korang pegi la dekat laman web TV3 yer . hahaha . Tapi aku macam tak sentap sangat sebab takde contoh tepat kat dahi aku ni . Lagi pon semua yang aku percaya penah jadi . So dia macam 'eerrr aku dah fobia ni' bila mata kiri berkedip kedip or hati aku tak sedap tiba tiba terutama bila esok dah kuar result (T_T)
bye .
p/s : ada lah seminggu lebih lebih lebih aku tak sedap hati and mata kiri berkedip kedip . hmmm