Friday, July 13, 2012

No 3

Bissmillah.

Selalu aku cerita pasal yang no 2. Hari ni nak cerita yang no 3. Adik aku yang paling pelik dan lambat kalau dari mata kasar nya la kan.

Masa kecik-kecik dulu dia yang paling kurang. Kecik lagi dah dapat adik. dah la lahir bulan 11. tak cukup 2tahun dah dapat adik. Mak cakap farhan kurang perhatian. Sebab tu dia pelik. sebab kecik kecik dah dapat adik. Aku rasa mcam pelik je teori mak tu. LULz

Kalau sekolah pulak, dia seorang saja yang tak pegi tadika. Semua sebab yang no 2 dulu melolong tak ingat dunia. So mak aku tak nak hantar takot yang no 3 ni pon akan ikot jejak yang sama. Akibatnya bila masuk sekolah dia macam lambat sangat berbanding kawan-kawan yang lain. sebab dia tadika satu tahun je. Menulis paling ketara lambat. Menangis pun kuat dekat sekolah, penah sekali dia melolong satu sekolah. Kesian. huhu.

Bab menulis pulak, dia memang lambat. Kewajipan ayah akan ambik anak-anak yang sekolah petang. So setiap petang ayah akan ambik siapa sekolah kebangsaan yang belah petang. Masa darjah berape aku dah tak ingat. Bapak aku tunggu sampai orang semua dah balik. Pelik sebab dia tak muncul-muncul jugak. Sekali bapak aku pegi kelas dia, tengok tengok dia tengah menyalin soalan dekat papan hitam. Kelas dah kosong! dia tak habis-habis lagi menyalin.

Bila masuk sekolah menengah pulak. Perkara yang sama, dia menulis sangat lambat. Bergerak pon same je. Bila orang suruh buat keje. adoi tolong la menangis tengok dia. Aku la yang stress. HAHA. Tapi dia ringan tulang berbanding dengan yang no 2 dengan no 4. Kelebihan dalam kekurangan.


No 3 ni memang paling pelik. Sebab dia suka menyendiri. Duduk dalam bilik dengan laptop dia. Sebelum ade laptop dia sental nye computer bapak aku. Macam-macam dia godek. Dia install download. Kira dia memang minat sangat la pasal computer ni. Tapi dari segi software je rasa nye Hardware aku tak sure.

Bila nak pmr. Mak risau kan dia sebab dia tak focus asyik dengan computer. Dia kurang tengok tv tapi dia suka main game. Tapi Alhamdulillah. PMR dia cemerlang gemilang dan terbilang. Tapi dia tak masuk asrama. Dia still sekolah yang sama. So kira macam terbalas la masa zaman kecik-kecik dia yang kurang kasih sayang tu. Dia paling lame luang masa dengan mak. Sebab anak-anak yang lain form 4 je dah chow dari rumah tu. 

Dia pon banyak masa la dalam jaga kucing ni. Aku tukang kutip kucing. Dia tukang bela bila aku kene balik asrama. Nak buat cane kan dah aku belajar jauh. hehe. Tapi dia tak penah kesah nak tolong jaga kucing kucing tu.

Bila SPM, lagi lah mak bertambah risau. setiap kali aku balik mak merungut tak penah nampak farhan study. Sampai aku yang naik stress tengok fahan kene bebel. Kesian die sebab tak masuk asrama. kalau masuk asrama mesti tak kene bebel. haha.

Tapi Alhamdulillah sekali lagi dia buat mak terkejuzz sebab dia dapat result yang baik 7A 3B. Okay la tu untuk budak yang kuat main game. Yang malaszzzz study macam dia. Yang penting core subject dia score. Fizik.Kimia.Math.Addmath. Surprisingly dia ambik akaun untuk SPM ganti EST. Aku saje nyakat dulu. Sambung la akaun. Tak nak dia. Haha. 

Lepas SPM dia dapat Asasi Kejuruteraan dekat UITM Puncak Alam. Masa asasi ni la aku sebagai kakak memainkan peranan penting. HAHA. dia confuse nak ambik Kejuruteraan apa. Aku dok hasut ambik la meka ambik la meka. Memula dia cam nak Elektrik. Tapi aku cakap la Elektrik tak best scope kecik je. Kalau meka banyak, boleh masuk factory, Kereta ke, mesin mesin ke. Bersepah la. 

Akhirnya dia perform time Asasi pon dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Asasi 2 sem. Kedua dua sem dia 3.9 and above u allss.. Terkentutz aku. Jadi bila keluar purata UPU. Pointer dia 4 flat. yeay! 

Aku tak pernah pandang rendah dengan dia. Cuma mak je asyik risau kan fahan, sebabkan masalah kelambatan dia buat kerja. tapi aku yakin dia mampu. Dan dia dah buktikan dia mampu :)

Aku rasa mak sepatutnye risaukan aku. Bukan nye anak-anak yang lain. hehehe

Last but not least. Kenapa mak mengharap sangat dia dapat UTM, sebab dia mohon Biasiswa UTM. Setahun dapat 12ribu. Every sem dapat 6k. Can u imaging ? 

Tapi aku percaya fahan tau nak buat apa dengan duit tu. Ditambah dia tu memang seorang yang sangat sangat la penjimat ! sehari belanja rm6 je noks. Dah habis Asasi pon duit alaun dia still ada lagi.

No 3 ni jugak pandai mengait. Pandai bab computer. Dia belajar tanpa 'guru'. Semua ilmu computer dia dari internet. Tanpa buku. hanya sumber internet. Banyak lagi lah. 

Penat nak menaip dah. Esok dia keluar PLKN. Terisi cuti dia. Bulan 9 masuk UTM. Harapnye aku dapat lah hantar dia. Teringin jugak nak pegi UTM.

Adik no 3 dah masuk U. Kakak no 1 tak habis habis belajar lagi. Aduh. Sadis kisah hidup aku ni.

Takpe lah. Kita doakan yang terbaik. Untuk Keluarga.Sahabat handai dan Saudara seagama. Semoga semuanya berjalan lancar. Aminn.



Anak pembawa rezeki. Murah rezeki pon yea :)
-mak cakap-

No comments: