Thursday, May 12, 2011

What You give You Get back.

Bissmillah....


Apabila kita ikhlas kita tak akan menyesal. Kan?

tapi bila perbuatan kita tu berpura-pura dan terpaksa. Itu yang ada ayat menyesal.

Macam orang yang sayang seseorang sepenuh hati, dia tak akan menyesal even one day dia kene tinggal. Dia pasti bersyukur jugak even benda tu sakit. Mungkin ada yang tak paham.

Yang aku nak cakap dekat sini keIkhlasan.

Ikhlas dalam berkawan, rasa macam budak-budak bila dalam peringkat usia yang macam ni boleh lagi bergadoh sebab kawan.

Ada yang jenis jaga hati kawan, ada jenis yang main redah, ada yang jenis tak ambik tahu langsung.

Semua jenis ada kelebihan dan keuntungan. Tapi pesan aku satu je, ape yang kau bagi pada orang itu yang orang bagi balik pada kau.

Kalau kau penah dengar ayat ni, mungkin kau akan paham apa yang aku maksudkan...


Seorang sahabat sejati tidak akan berbicara keburukan sahabatnya kepada orang lain walau itu benar atau tidak. Seorang sahabat sejati tidak akan melihat satu keburukan sahabatnya,tetapi sejuta kebaikan yang dimilikinya. Kerana IMAN kita bersaudara. Betapa bahagianya memiliki sahabat yang selalu berusaha membahagiakan dirinya kerana Allah..




apa pon yang penting, NIAT kerana ALLAH.
IKHLAS dalam berkawan , kalau nak berkekalan.


Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan ,
Belajarlah menghormati kalau ingin di hormati ,
Belajarlah memahami kalau ingin di fahami ,
Belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi ,
Belajarlah menghargai kalau ingin dihargai ,
Belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi .



p/s : mungkin ada yang cakap, 'alah cakap je boleh la' . Ade aku kesah? HAHA. jom layan maharajalawak ;)

No comments: