Saturday, May 07, 2011

Tolong Aku

Bissmillah.. 

Ini kisah aku. Mungkin macam geli sikit orang baca tapi ini je cara aku nak luah kan rasa.

Macam-macam aku dah lalui, macam-macam sudah. Dan macam-macam jugak la boleh aku jadi kan alasan untuk aku pergi jauh dari sesuatu. Tapi aku masih teguh berdiri, menahan rasa hati. Melanggar lumrah diri demi sesuatu.

Aku tau aku akan sakit, aku akan rasa disiat-siat. Tapi aku tetap bertahan.

Aku tak tau untuk apa aku disitu. Mungkin sekadar menyakitkan hati sendiri.

Ada yang seperti tiada. Sunyi sepi yang menyelubungi.

Tapi aku tetap teguh berdiri.

Aku inginkan kekuatan. Kadang-kadang aku rasa kan kekuatan itu, tapi aku takot untuk buat keputusan.

Mungkin aku Pengecut. Kecut dengan kenyataan mendatang.

Puas aku mencari jalan penyelesaian.

Mendamaikan hati dengan alasan. Tapi pasti seribu alasan lagi yang datang bagi menidakkan.

Mungkin tak ramai yang paham.

Aku berperang dengan perasaan.

Setiap hari aku berperang.

Mana perlu aku turutkan.

Kata hati atau perasaan.

Kerana aku terlalu Sayang

Sehinggakan Iman tidak mampu lagi menghalang.

Maafkan aku atas ketelanjuran perasaan.

Sehinggakan diri aku ketepikan.

Demi sesuatu yang aku belom pastikan.

Maafkan aku.

No comments: