Kerana kau laptop aku terus bertahan.
Aku boleh kene migraine seminggu berturut-turut, semata-mata sebab laptop sahaja. Yelah! aku memang seorang yang emosi bila ada 'sesuatu' jadi pada aku and pada family aku. Kalau adik aku tertinggal bas pon aku boleh nangis, kalau adik aku nangis dekat asrama pon aku boleh nangis. Tapi takde la aku nangis depan diorang or bagi tau diorang. Anak sulung kan ego, sometime aku sembunyi kan. tapi kalau tak dapat tahan aku lempiaskan.
Kalau macam bab laptop ni, aku boleh jadi sangat-sangat kurang ajar dan mencarot macam-macam semata-mata sebab bengang charger laptop ni problem! T________T
Sumpah aku sakit hati sampai takde mood nak study, takde mood nak buat assignment, Sakit kepala seminggu, lepas tu ketuk-ketuk botol lotion dekat dinding. nak ketuk kepala tak berani. takot sakit. Paling kuat pon aku tumbuk-tumbuk atas katil. Bila dah bengang sangat aku nangis. HAHAHA.
Kenapa aku suka nangis ek?
sedih aku nangis,
rasa berdosa aku nangis,
rasa bersalah aku nangis,
rasa sakit hati aku nangis,
rasa marah aku nangis,
rasa bengang aku nangis.
Mungkin itu je cara untuk aku avoid panas baran aku ni jadi melampau. Air kan padam kan api. Sifat aku panas baran mungkin air mata tu jadi air yang mampu padam kan panas dari api baran aku ni. Mungkin sebab tu aku suka nangis. Mungkin :)
bye. Take care.
p/s : Saya nak laptop baru . boleh ?
2 comments:
Anak sulunggg..
Sebab tu kot :D
mungkin :P
Post a Comment