Sunday, May 29, 2011

Bilakah Umur yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga?

Bissmillah...
entry ni akan lebih best bila aku baca balik sambil dengar lagu sebelah ni. hihihi.

Satu hari ni aku berjalan je, aku perasan sekarang aku cepat penat. Hari tu aku drive pegi sg Buluh dengan ambik adik aku je pon. Itu pun dah sakit kepala and letih gila.

ee apasal aku tulis macam ni ek ' sakit kepala and letih gila ' , aku dah terbiasa la, nak speaking tak pro, pandai cakap and confirm ejaan tak salah and, yes dengan no je. so aku gunakan kelebihan yang ada dengan sebaik-baiknya.
Ok sambung balik, cepat penat. Tadi makan kenduri, jumpa lah ramai kawan-kawan mak aku.Lepas makan pegi Uitm Puncak Alam, tengok adik aku. Hostel dorang ade lift woi. Best gila, adik aku duduk tingkat 8 la tapi, cuba kau bayangkan kalau tetiba lah kan lift takde? HAHAHA gasak kau fahan.

Lepastukan pegi makan mcD, semata-mata nak kumpul cawan mcD.Sejak study dekat UUM aku memang dah lame gila tak makan mcD. Nampak sangat UUM ni huluuuuu.

Lepastukan dalam kereta sembang-sembang la dengan mak, mak cerita la ada kawan opis dia muda sebaya dengan aku umur 24tahun ada anak sorang.
tapi mak umur akak 23 T________T


owh lupa mak ade cakap tua setahun. 


Lepas tu mak cakap lagi 3, 4 tahun semua anak-anak mak dah keje bersamaan waktu tu dia pon dah pencen. Semua tu dalam lingkungan aku,fidaus dengan fahan la kan. Fadil memang out SPM pon tak lepas lagi. Masa aku ambik dia Jumaat tu dia bagi tau result dia. Rasa macam nak tampar, lepas tu free kene bebel dengan aku siap aku beza-bezakan dia dengan abang dia. Padan Muka kau!

Ok sambung. Lepastukan, mak cakap nanti anak-anak dia keje serentak. dan aku diam sejenak. cewah. meditasi dalam kete pikir balik kata-kata mak.

Aku habis lagi 3 or 2 tahun setengah fidaus aku rasa lagi 3 tahun  kot tak pon 2 tahun setengah. Farhan pulak asasi setahun. Sambung degree 4 tahun so lagi 5 tahun. owh nampak nye fahan tak termasuk dalam list semua. aku dengan fidaus je yang dalam list semua tu. kenapa mesti ada aku.

Lepastukan, masa habis nanti umur aku 26tahun adik aku tu 23 tahun. dia dah confirm la dapat keje, tapi aku?

Lepastukan, bila masa aku nak kumpul duit nak kawen yer? let say 26 aku habis belajar 27 baru dapat keje. 27tahun bro muka dah tumbuh wrinkle dah. Aku tak boleh bagi adik aku kawen dulu dari aku. takan dia kawen umur 24 tahun aku kawen umur 27. adoi. Tapi andaian je la dia nak kawen umur 24 sebab abang sedara aku lepas balik je dari oversea, setahun keje terus kawen.aku risau dia ikot cara tu. Habis aku. habis. mesti rasa macam anak dara tua gila nanti. damn.
Lepas tu mana aku nak cari suami, kalau dekat UUM ni memang tak la. itu kalau takde lagi laaaa kan.

Kalau dah ada,
'bro lu sanggup nak tunggu wa habis belajar ka?' 


wawawa. boleh imaging tak? bila aku nak pikir kawen weyh, kalau 27 tahun aku tak keje lagi. Ini serius! dah la ramai wanita di Malaysia kawen lewat. damn la. member-member aku sume pulun kawen awal kot. eeeeeee. nak kawen. nak kawen. HAHAHA


Tak boleh jadi aku tak boleh biarkan adik aku langkah bendul. nampaknye aku kene ambik langkah-kangkah drastik. extend belajar lah macam ni nak cari keje, kumpul duit untuk kawen. dah kawen aku sambung belajar balik.


bye.



p/s: ini hanyalah luahan rasa yang comel-comel je. Kau takde hak nak judge pendirian dan pandangan aku. Kalau pun kau tak nak kawen awal or kau rasa macam, 'ala aku tak kesah pon' tak kawen pon takpe' . simple word.   
ADE AKU KESAH? hahahaha~ 


this is my life =)

2 comments:

Nadira Noor said...

jodoh di tangan tuhan
yang dah hbes belaja pon ada jer yang tak kawen lagi
uhuksss
banyak berdoa dan pasrah
hehe
Ecceh

NOIN said...

haha, betol weyh. aku baru terfikir.
bila aku nak pikir semua tu kalau umur 26 pon tak keje lagi. sadis je. HAHAHA