Bissmillah....
Ramai individu minta dihormati apabila ada perbezaan pada usia. Kalau macam aku 23 korang yang 20 kene panggil aku kakak. Boleh?
Perumpamaan la. tapi pernah tak kita fikir yang panggilan kakak atau abang tu sebenarnye telah meletakkan kita satu kedudukan yang atas sikit pada seseorang. tapi bukan la macam kedudukan dato' or tan sri tu. Bila kita mintak orang panggil kita kakak, mesti ada sesuatu sebab kenapa perlu di panggil kakak. Tapi selalunya atas dasar umur la. aku akui.
Tapi bila diperhatikan zaman sekarang ni umur bukan lagi pengukur kematangan seseorang. Hari ni aku baru kagum dengan seseorang, sebelum ni aku kagum dengan attitude adik aku, sekarang aku kagum dengan attitude 'cikgu' aku. Sem ni aku berguru, aku belajar dengan seorang budak yang umurnya baru nak masuk 21 lepasan matrik. Tapi aku umur 23 tahun lepasan diploma.
Sebenarnye banyak sangat beza, antara orang yang pandai dengan orang yang pandai jugak tapi malas.
mana boleh cakap diri sendiri bodoh dol! HAHAHA.
Aku pandai la aku tahu aku pandai. cuma untuk capai ke tahap pandai aku kene rajin. lebih rajin dari orang yang dah sedia pandai.
So aku tengok cara dia uruskan diri dia. aku kagum.
Aku kalau bab makan aku memang tak kira, rasa nak makan aku beli. Kadang-kadang apa yang aku makan bukan sebab aku perlu untuk makan tapi hanya sebab nafsu. Tapi dia ada bajet. Bajet untuk makan, bajet untuk print and photostat, bajet untuk buku, bajet untuk tambang balik kampung, bajet segala bajet lah. Bayang kan?
Student tajaan JPA dia ni, setiap sem dia akan simpan rm1000. Pada mula nya aku rasa biasa je, sebab dia dapat RM4000 satu sem, so macam tak mustahil untuk simpan banyak tu. Tapi bila time matrik dulu dengan alaun RM2500 dia mampu simpan RM1000++ ....... ok aku kagum T_____T
aku dulu poli yuran RM200++ kot, kalau setakat buku tu, ala paling mahal pon tak sampai RM100 lah kurang RM60-70. Kalau lah aku ikot cara dia, aku rasa aku dah boleh pegi NZ melawat adik aku. KALAU LAHH...
Itu baru urus duit, belom urus diri. Pertama kali aku dengar orang puasa untuk taknak bagi malas. Kau penah dengar? ini pertama kali aku dengar. Punya kuat la semangat dia kan, punya tekun la. hmm
Untung kau myra dapat roommate macam tu,
sila-sedut-semua-semangat-dia-lepas-tu-kita-share-dua
Tadi aku pegi belajar MAII dengan dia, lecture dia ajar tanpa slide lepas tu pulak ramai budak kelas dia failed kalau lulus pon takat C, dia lulus dapat B- itu pon dia kecewa sebab B- jatuh kan pointer dia. Lepas tu dia macam terkejut aku ada slide. Sempat dengar dia cakap 'kalau kita ada slide ni sem lepas mesti dapat A' T___T wuwuwuwuwu~
Dia anak sulung, aku pon anak sulung. Tapi kenapa aku tak mampu jadi macam dia!? Aku rasa sebab Firdaus yang dah ambik segala kebijakkan aku lah. cis pulangkan balik!
Kesimpulanya yang dapat aku simpul rapikan, kematangan seseorang bukan bergantung pada usia. Tapi bergantung kepada keperitan, kepayahan dan ketekunan seseorang dalam meniti kehidupan tu sendiri. Yang penting jangan kedekut ilmu, tapi kita tak boleh lah nak harap orang datang dekat kita, tapi kita usaha rendah kan diri pegi belajar or mintak apa-apa tips yang mungkin seseorang tu dapat bagi dekat kita. Tak hina merendah diri dalam menuntut ilmu.
'Jadi kurangkan ego demi kejayaan bersama'
Tapi macam biasa aku ikot resmi cermin biasan. kalau orang sombong dan ego dengan aku, kesombongan dan keegoan dia tu terbias balik la kepada dia. HAHA. takde kenemengene.
wasalam...
4 comments:
Bagusnya dia noin..
Dia ada bf x?
Kalau xde,adik aku free lagi..
Cuma dia baru form 3 la..
Hihihihi..
alamak. dah ade laaa. hahaha kalau takde aku kenen kat adik aku dulu :P
tapi kalau nak tunggu adik ko form3 tu anak dara tua la dia. HAHAHA
Alaaa..ruginya adik akuuu..kui²..
Aku macam kau ah,kalau rasa nak makan memang aku beli je..
Joh ahh pose khamis ni..
Kita dulu buku paling mahal pun de berapa buah je..
Tax,costing,acc..
Yg lain² sume photostat dekat glober..:D
haaa tau pon kau. hilang calon menantu bekualiti tok mak aku. haha
jom ah pose. itu pon kalau aku cukup tido keyh!?
betol2. 2 buku je la. costing tu murah je bukunye. tak sampai 50p pon :D kalau tak silap la....
Post a Comment