Bissmillah...
Sejak Akil Baligh ni, semalam la pertama kali aku menghayati sebuah pernikahan (wah kau ayatt.tak ley blah). Kelmarin 24042011, kakak Puteri Amirah iaitu Puteri Adlinna bernikah, pastu aku macam khusyuk gila nak dengar lafaz nikah tu, sampai tok kadi bagi ceramah pon terhangguk-hangguk. hahaha aku tertido T_T
Lama gila kot, hadoiii.. Buat pengantin lagi nervous ada la. pastu aku baru tau yang soalan dari tok kadi tu permintaan dari keluarga perempuan, so lepas ni aku nak suro ayah aku tanya soalan yang paling susah and paling senang. Soalan yang paling senang adalah berapakah no surat beranak aku and yang paling susah adalah sila baca surah sajadah, baca surah al baqarah and baca surah yassin. hahahahaha *melampau tau you ni noin mau tertido orang tunggu dia baca, silap-silap bawak Al-Quran terus XD
bukan ape nanti senang, nak imam kan subuh setiap jumaat buat sujud sajadah. kan bang kan...err bang bang!
Tapi ok la, tok kadi tu buat lawak even aku yang mamai baru sedar dari tido pon boleh ikot gelak, kang pelik pulak orang lain gelak aku buat muka toyer. dah la aku dok depan bajet ahli keluarga pengantin perempuan. hye-saya-puterinurul'ain... please la Noin oiiii.!
lepas tu lepas tu. bila dah sampai nak akad tu aku yang nervous sebab rasa macam panjang je nama kak lyn. takot abang ejump semput nak sebut satu lafaz, tergeliat lidah. *aku takot abang ejump semput nak sebot mas kawen je sebenarnye $_$. hahahaha
So kepada lelaki-lelaki di luar sana yang ada angan-angan nak kawen dengan myra, sila bekerja keras! kerana maskawen/hantaran dia pasti berganda-ganda. Faighting! :P
bila lepas akad pulak, lepas je aku dengar abang ejump cakap tunaiiiiiii... aku dah sebak. haha over tau i ni. tiba-tiba aku terbayang yang lepas je ayat 'tunai' tu. Terlepas lah semua tanggungan dan tanggungjawab mak dan ayah selama ni. Kalau dulu syurga dibawah telapak kaki ibu, sekarang syurga di sisi suami. tiba-tiba aku over nak nangis, cover konon-konon menguap mata berair nak tengok pengantin pon segan sebab pengantin cool gila. haha (jangan gelak ni mood sedih) mak pengantin pun nangis pastu aku lagi sebak bila tengok mak pengantin. Terus tunduk. wuwuwuwuw~ time tu rasa tak nak kawen, nak mak ngan ayah je jage sampai bila-bila :"(
Kepada pengantin baru Selamat Pengantin Baru Kak Lyn dan abang Ejump. Kirim salam dekat Heliza Helmi. ehhhhh..
silap-silap
Selamat Pengantin Baru. Selamat melangkah ke alam baru. Saya doakan semoga, murah rezeki anak dan keturunan. Murah rezeki harta dan kebahagiaan. Semoga Keluarga kalian sentiasa dibawah redha dan lindungan ALLAH. Tabah lah hadapi setiap dugaan yang mendatang. Perkahwinan ni jadi sentiasa berdua, cari duit sama-sama, selesai masalah sama-sama dah takde erti kata asing-asing dah. Bak kata buku dalam novel bila dah kawen ni takde lagi istilah 'saya' tapi dah jadi 'kita' . cewah. ucapan aku. melampau tau. hahaha
ni yang nak kawen ni.
bye!
p/s : I do enjoy the wedding, but at the last part of it AKU SAKIT KEPALA HOI! what the time you came babyyyyy. I'm Sorry puteri , really mean it :(
p/s : I do enjoy the wedding, but at the last part of it AKU SAKIT KEPALA HOI! what the time you came babyyyyy. I'm Sorry puteri , really mean it :(
2 comments:
tQ noin.. :-)
most welcome abg ejump :)
Post a Comment