Agak-agak Ptptn tarik Loan kalau Pointer bawah berapa ek? Disebabkan terlampau thing Worse . Hah macam ni lah gamak nye . Get the worse feeling ever . dan yang tak boleh blah nya ayat-ayat clichéd yang kedengaran dan sentiasa di laung-laungkan pasti bermain-main di telinga kita . Antaranya .
Penah dengar ayat macam ni .
' mulai sem depan aku nak berubah lah, nak focus! '
tak pon macam ni ..
'menyesalnya, kalau aku tahu aku study rajin-rajin '
lagi sadis macam ni
' diploma aku main-main , nanti time degree aku pulun habis lah'
Tapi bila dah sampai masa yang dijanji kan. Apa idak! cakap saja, buat nya tak . hah! teka lah sape budak yang cakap ayat dekat atas tu . haaa teka-teka . Sedih kan . Kesian .
Sekarang ni budak dekat atas ni kan , Dia tengah risau if pointer die tak lepas 2.00 . Sebab kalau tak lepas 2.00 pointer PTPTN tarik loan . sekarang ni dia dok menggelupur lah, sebab baru tau fakta ni. Baru tau okay !
' Tu lah kau ! dah banyak kali orang cakap kau buat bodoh je.
kan dah betol-betol nampak bodoh '
kan dah betol-betol nampak bodoh '
Tapi yang peliknya, even dia menggelupur pon, dia masih lagi relex gila. Kira macam menggelupur tu hanya cakap-cakap sahaja. Tindakan ???? cool habes .
Lepas tu kan, dok pi hasut orang jangan study . Yealah orang tengah rajin nak study, dia pergi ajak tengok movie . Member tu pulak lemah semangat . Melayanlah . leburrr .
Lepas habes tengok movie , ape lagi tido lahhh. Eyh sebelum tidur dan sebelum tengok movie , Si member tengah study budak ni boleh pulak buat lawak bodoh kacau member tengah study . Bukan setakat tu je, member dia study sambil on9 . Dia pi kacau member tu dekat Fb. Sampai member tu leka and layan dia dekat fb pulak. Tapi silap member tu jugak , lain kali study jangan bukak fb okay .
Sedih lah dapat kawan macam ni , yea la . Kita ni boleh berkawan tapi kalau sampai nak study pon jadi macam ni . Kira kawan ni bukan kawan yang baiklah kan. Asyik nak kacau and melekakan je . Apalah kawan macam ni. Mungkin patot dihindari . Kita boleh berkawan tapi jangan ikot perangai kawan . Sedih la . Lagi sedih bila jadi macam ni . Yea lah , kita mampu cakap je . Tapi kita tak mampu nak tolong orang macam ni . Mungkin dia ada konflik identiti .
Mungkin ada tekanan yang dia tak mampu nak tangani , dan cara nak menangani. Dia menghiburkan hati dengan mengacau kawan-kawan dia . Siapa tahu ? isk . Tak pon tujuan dia macam tu sebab nak menggembirakan hati kawan-kawan dia . Tapi macam tak kene waktulah, kalau sehari sebelum exam pon nak ajak gelak-gelak lagi . Takot nanti takda sape nak kawan dengan dia. Tak pon takot nanti semua lari taknak kawan dengan dia bila time exam . eyh! patot ke tindakan macam tu ?
Tak patot lah , Yang Sepatotnya nasihatkan lah dia. Okay ? Sebenarnye dia nak belajar tu . Cuma dia lost tu . Sebab tu dia jadi macam tu. kalau tak kenapa dia nak risau dengan semua yang aku cakap kat atas tadi. Betul tak? kalau dia tak minat belajar baik die berhenti je . Aku rasa dia ade masalah tu . Kawan-kawan bantu lah dia .
Mari sama-sama kita berdoa semoga ada peluang kedua untuk dia okay ?
p/s : nak mandi , nak solat , nak makan and study . satu hari tak tido ni. Mampukah ?

2 comments:
sape 'orang' tu wehh?
a.k.u :D
Post a Comment