Sunday, December 26, 2010

Chill at Chiling - Gathering Pelajar 5 Awam 1 (^_~)V

Penah dengar Chiling waterfall ? Aku tak penah . Baru lah sebulan ni aku dengar . itu pon sebab exclassmate aku nak buat gathering dekat sana. Babe! i give you 5 untuk tempat yang best giler . nak masuk memang berkorban kaki dan tangan la. Tapi bila sampai sana 'wa cakap lu , berbaloi-baloi macam celcom ' . ayat takde kene mengena . Tapi memang enjoy gila . memang memenuhkan weekend aku . 

Bermula dari hari itu lah , badan aku dah start nak demam sampai lah keharini baru nak ala-ala baik dah . moga2 baik terus lah . Nikmat betol sehat . Tapi sakit tu sesungguhnya ada rahmat di sebaliknya . (pencuci dosa) .

Hari yang di setkan 18hb . Pada mula nya perancangan asal nak pegi Hulu Langat . Air terjun Pansung . Tapi tak di galakkan oleh Jabatan kesihatan daerah gombak. Sebab takot ada wabak kencing kucing tikus . Aku pon tak pernah tau wabak tu dah sampai tahap ni , kira baru tahu jugak la ni . Tapi apa-apa pon thanks to our gathering planner kerana begitu mengambil berat sampai call jabatan kesihatan daerah. Thanks Soeraya .

Seperti yang dirancang . Hari yang di nantikan tiba . Kononya berkumpul dekat Stesen bus minyak sebelah Giant Batu Caves Jam 7 pagi . yang aku ni bersemangat waja la sampai sane tepat 7 pagi . Aleh2 jam 10 pagi baru bergerak . TOLONG JANGAN TANYA KENAPA . ha ha ha * tensyen jugak ok. menunggu .

Bila dah sampai sana. memang mood camping habis . sebab kitorang siap dirikan khemah . dan Soe dah ala-ala AJK masakan pulak . Padahal masa sekolah dulu die Biro Sukan dekat blok aku . Jantan Habis . bak kata soe ' dah ada orang nak , kene la berubah ' hi hi hi . Kira ada bakat terpendam la makcik ni . ok sambung cerita . Kitorang sampai sana dalam Jam 11 pagi . Perjalanan dalam sejam sebab banyak trafit light and jam sikit . Ingat kan bila dah sampai sana . Terus lah nampak air terjun tu . Ghupanya kene jalan 4km kedalam! yes ! itu yang kami mahu .

Tapi sebelum nak bermula perjalanan 4km tu . Kitorang kene berjalan selama 15min untuk sampai ke kawasan untuk mulanya 4km perjalanan tu . paham tak ? ayat dah berbelit-belit nih. Sebelum perjalanan kene bayar rm1 sorang dulu ye adik-adik . hihihi. RM1 je kalau masuk Sunway lagoon lagi mahal tau, sanggup je! jangan nak berkira sangat  :D

So masa nak mula perjalanan tu , everyone so excited . Keterujaan habis. Tapi bila dah redah 2 anak sungai adalah suara-suara yang merungut . Tapi aku tetap sokong kau soe! yeaaa . I love adventure . I loikee . dan paling tak tahan tu . Soe akan jawab macam ni . ' sabar-sabar 5 minit lagi 5 minit lagi ' . lepas tu ada yang menjawab ' dari tadi 5 minit , air terjun tak nampak-nampak jugak' dan-dan tu si minah tu tukar ' okey-okey lagi 10 minit ' . HA HA HA . korang ni sengal lah .  

Tapi sangat berbaloi-baloi bila kami nampak air terjun nih !


best gila kan ????



jarak dekat dekat pulak 
cantik kan , cantik kan ?????



budak yang tadi dok merungut tu lah yang depan sekali pi amek gambar air terjun yang cantik gila ni.*SubhanAllah .

So average memang enjoy gila . Keturajaan mandi sungai memang terubat sudah . Boleh aku kata weekend yang best gila . Cuti semester yang terisi dengan aktiviti sehat . Tak sabar next gathering . Biar lagi Extremeeeeeee ! yeah .


Ogey bebeh ! enjoy gambarah .
Penyelia aktiviti


 







Peringatan : Sila klik Gambar untuk view lebih baik.


tak banyak gambar sebab malas nak upload , sebab kalau upload banyak-banyak kene letak tag 'annoin.blogspot.com' . Kalau tak letak nanti tak sedap hati pulak , takot gambar disalah guna . * bajet famos hamos. Padahal dekat Fesbuk tu selamba je aku lambakkan gambar-gambar nih . (sebenarnye trend jeh binatang 'tag' nih . kot lah )

eyh!

suka hati aku lah kan . Kau ada!? HA HA HA .

ok bye

p/s : sila baca slow-slow even nampak macam entry ni laju laju gilarrrr .
p/p/s : Okeyh lepas ni nak update sikit pasal marhaban and pasal mandi lumpur dekat PD pulak . wakaka eh eh . Mood please come to momma .

No comments: