Monday, November 01, 2010

UUM banjir!!

Kebaikan - Bila banjir, jalan masuk ke UUM sememangnya ditutup dan oleh itu kami boleh duduk dirumah lebih lama (pada yang balik cuti study weeks) , dan berkemungkinan besar juga exam akan ditangguhkan kalau banjir tak surut. Hati rasa best sangat mendengar nye kan, dan keadaan ni membuatkan masa tuk study jadi lebih panjang. Dan membuatkan mereka bertambah senang lenang (ini dah masuk bab keburukan). Tapi bagi yang study menggila pasti best dapat study dekat rumah (kalau bawak buku la) dengan senang hati nye, dapat dengar bunyi tv even tak tengok tv, dapat dengar suare mak dengan ayah , suara adik-adik, suara kucing-kucing. Bagi aku itu adalah muzik yang paling indah yang aku penah dengar (selain dengar budak kecik tu bace al-Quran , ehem!) .

Keburukan - Pada semua yang terlibat dengan majlis konvokesyen, ditangguhkan (mungkin). Kasihan juga pada siapa yang tak balik pada study weeks mereka terkurung atau terkepung kat dalam sintok tak boleh keluar kemana-mana. Lagi kesian budak kachi la kan. Memang terperap dekat kachi je sebab dalam kampus pun banjir. Tapi keadaan ini jugak boleh melalaikan pelajar, membuatkan pelajar sambil lewa (merujuk pada isi kebaikan tadi) sebab cuti makin panjang. Yang makin tak best mestilah cuti sem akan lagi pendek? kan? pastilah punye. Dah la sem ni cuti semester tak sampai sebulan (cuti aku la orang lain tak tau la kan). Exam habes 1/12/2010 dan start semester 1/1/2011, ok tak?


Tapi aku tak tahu keadaan sebenar macam mane. Banjir tu start bila pon aku tatau. Tapi aku harap cepat-cepat la surut. Sebab aku ade hajat bila balik Sintok nanti dan aku harap sangat aku sempat tunaikan hajat aku tu. Memang berharap sangat!

p/s : Ya Allah tolong la, Hold it on. Untuk seketika sahaja :'(

gambarajah :
Jalan Menghala ke SINTOK

Dalam Kampus


No comments: